Siswazah pasar tani raih RM5,000 sebulan

PORT DICKSON: Sebahagian besar daripada 1,270 peserta pasar tani di kalangan siswazah memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

Pengerusi Fama, Datuk Badruddin Amiruldin, berkata beliau berharap pendedahan itu akan menarik minat lebih ramai siswazah menceburi bidang usahawan dengan menjadikan pasar yang berkonsepkan medan pertemuan pengeluar dan pengguna itu sebagai tapak perniagaan mereka.

“Kita merancang menganjurkan siri ceramah motivasi di institusi pengajian tinggi tahun depan bagi menarik minat penuntut menceburi bidang keusahawanan menerusi penerangan siswazah berjaya.

“Kita berharap meningkatkan bilangan peserta siswazah daripada 1,270 sekarang kepada 3,000 menjelang akhir tahun depan,” katanya selepas pertemuan dengan pengerusi dan ahli jawatankuasa pasar tani wilayah selatan di Institut Latihan Fama, dekat sini, semalam.

Badruddin berkata, hingga kini ada 13,000 peserta menjalankan perniagaan di 294 pasar tani di seluruh negara dengan pendapatan minimum RM3,000 sebulan.

Pihaknya yakin jumlah nilai jualan sepanjang tahun ini mampu mencecah RM350 juta berdasarkan jumlah jualan memberangsangkan yang dicatatkan dalam sembilan bulan pertama tahun ini sebanyak RM285.75 juta.

“Kita berharap dapat meningkatkan jumlah nilai jualan kepada purata RM500 juta setiap tahun mulai tahun depan,” katanya.

Badruddin berkata, ramai tidak menyedari pasar tani bukan lagi tempat hanya menjual barangan berasaskan pertanian tetapi menjual pelbagai barangan lain.

“Kita bersikap lebih terbuka dengan sasaran menjadikan pasar yang diwujudkan sejak 1985 sebagai institusi pemasaran utama dan pusat sehenti,” katanya.

Sementara itu, Badruddin berkata, pihaknya akan mewujudkan kedai rakyat bagi membolehkan orang ramai yang mempunyai hasil pengeluaran pertanian menjualnya pada harga pasaran melalui sistem pertukaran barangan keperluan harian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s