Pantau industri burung walit

Langkah elak gangguan kesihatan, bising dan kegiatan haram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan digesa meningkatkan pemantauan terhadap industri burung walit di negeri ini berikutan kemunculan ramai pengusaha haram di seluruh negeri yang boleh menimbulkan masalah kesihatan dan tahap kebisingan yang mengganggu penduduk.

Penolong Setiausaha Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia, Ooi Siong Hwa, berkata tindakan terhadap pengusaha terbabit wajar bagi melindungi mereka yang menjalankan perusahaan itu mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

“Ketika ini ramai pengusaha burung walit muncul di seluruh Kelantan, tetapi hanya 40 yang berdaftar dengan persatuan ini dan membayar yuran tahunan kepada pihak berkuasa tempatan di negeri ini, khususnya Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) pada kadar RM500 bagi keluasan bangunan 1,400 kaki persegi.

“Namun, ramai yang cenderung mengusahakan secara haram kerana mahu mendapat keuntungan berganda. Kegiatan mengusahakan secara haram ini semakin berleluasa kerana tiada pemantauan dan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan.

“Kami berharap pihak berwajib mengambil tindakan tegas sekiranya mahu melihat keharmonian bandar negeri ini terpelihara dan tiada masalah kebisingan yang mengganggu orang ramai,” katanya ketika dihubungi.

Ooi berkata, Kelantan kini berada pada kedudukan kedua di negara ini dalam aspek kebersihan dan pengeluaran sarang burung walit serta produk berkaitannya.

“Persatuan gembira melihat semakin ramai yang membabitkan diri dalam industri yang lumayan ini tetapi ia wajar dibuat mengikut cara betul. Tahap kebersihan dan kebisingan yang tidak dibendung akan menjejaskan masyarakat sekeliling dan senang dijangkiti penyakit.

“Setiap ahli kami akan diberi kursus bulanan bagi mengekalkan kebersihan dalam usaha menghasilkan sarang burung yang berkualiti. Ketika ini, semua sarang burung yang dihasilkan ahli persatuan dieksport ke China kerana sambutan yang menggalakkan daripada negara terbabit,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini, 99 peratus pengusaha sarang burung walit terdiri masyarakat Cina dan pihaknya berharap orang Melayu turut mengambil kesempatan menyertai usaha itu menerusi persatuan berkenaan.

“Kami mahu orang Melayu turut membabitkan diri kerana hasil yang diterima begitu lumayan. Setiap pengusaha boleh meraih hasil selepas tiga bulan beroperasi dengan setiap pengusaha mampu mengutip satu hingga tiga kilogram daripada keluasan 1,400 kaki persegi premis yang diusahakan. Harga sarang burung walit kini mencapai RM5,000 sekilogram,” katanya.

One thought on “Pantau industri burung walit

  1. baru-baru ini satu jawatankuasa teknikal berkenaan review GAHP layang-layang tahun 2006 dulu diadakan.

    Bagaimanapun representation dari industri tak banyak, cuma jabatan kerajaan berkaitan dan beberapa individu yang kononnya reti pasal industri ini.

    Perbincangan tersebut tak kondusif bagi pengusaha sarang burung. terlampau banyak red tape. walaupun Dr. Redzuan cuba educate dinasaur2 yang hadir, hasilnya tetap sama… pegawai-pegawai jabatan kerajaan berkaitan yang tidak tahu selok belok industri tetapi membuat dasar atau guideline untuk industri. macam tikus membaiki labu.

    sepatutnya kerajaan lebih perihatin dalam menangani isu2 yang dihadapi pengusaha sarang burung. dengan sikap biased, tidak mahu memahammi atau belajar tentang industri ini, macamana nak buat guideline? GAHP yang lama dulu menjadi bahan ketawa semua pengusaha.

    tolong ambil input dari industri dan pihak pengusaha… jangan assume benda yang tak difahami sepenuhnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s