Bio Daun lancar francais tarik penanam serai

KOTA BHARU 8 Okt. – Bio Daun Plantation Sdn. Bhd., salah satu pengeluar serai terbesar di Pantai Timur, melancarkan satu sistem francais bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan mempercepatkan pengembangan industri berasaskan pertanian.

Syarikat yang ditubuhkan pada Ogos tahun lepas kini menawarkan sistem francais kepada orang ramai melalui dua pendekatan termasuk penanaman secara ladang kontrak.

Pengarahnya, Mohd. Nizam Mohamed berkata, mereka boleh mengusahakan sendiri tanaman itu dan melalui perjanjian yang akan dimeterai, kesemua hasil tuaian dijual kepada syarikat.

”Satu lagi cara ialah melalui perkongsian di mana syarikat menyuntik modal termasuk kos benih, baja, racun, tenaga pekerja di mana hasilnya dibahagi dua,” ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Setakat ini katanya sambutan golongan petani agak menggalakkan dan kini terdapat 24 hektar di Segamat, juga di Johor dan Pahang manakala 20 hektar lagi di Kelantan telah diusahakan dengan tanaman serai.

”Syarikat mensasarkan seluas 600 hektar tanah berjaya ditanam serai pada pertengahan tahun hadapan dengan sebahagian daripadanya milik Bio Daun Plantation manakala selebihnya difrancaiskan,” ujarnya.

Serai merupakan sejenis herba yang dikenal pasti untuk pembangunan pertanian dan merupakan satu sumber pendapatan penting di dalam negeri-negeri Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Serai digunakan secara meluas dalam makanan Asia. Ia juga digunakan dalam industri penghasilan penyembur serangga, untuk aromaterapi, minyak wangi, kosmetik dan produk anti kanser.

Selaras dengan Rancangan Malaysia ke-Sembilan (RMK-9) bagi menjadikan pertanian satu perniagaan, Bio Daun telah menanam, memproses dan memasarkan serai atau nama saintifiknya Cymbopogon Citratus sejak Disember 2007.

”Serai merupakan produk pertanian berhasil tinggi yang sedia dituai dalam tempoh enam bulan sahaja dan pasaran di peringkat antarbangsa cukup besar,” katanya.

Tambahnya, minyak pati dan ekstrak serbuknya bernilai tinggi kerana ia mempunyai potensi komersial yang besar untuk pasaran tempatan dan eksport.

“Pasaran minyak pati serai yang bernilai RM1.618 bilion meningkat kepada 10 hingga 15 peratus setiap tahun. Permintaan yang tinggi datang dari Eropah terutama dari Jerman, Amerika Syarikat dan Jepun,” katanya.

Bermula dengan ladang seluas 3.7 hektar di atas tanah terbiar di Kuala Lipis, Bio Daun kini mengusahakan 121 hektar ladang di Pahang dan Kelantan.

“Dengan menanam di tanah terbiar, Bio Daun menyokong polisi ‘Bumi Hijau’ kerajaan bagi menggalakkan pertanian mampan dan mewujudkan alam sekitar yang selesa,” ujarnya.

Mohd Nizam berkata, sejumlah 9,125 rumpun serai boleh ditanam di atas tanah seluas satu hektar bagi menghasilkan pendapatan antara RM35,000 hingga RM42,500 apabila dituai selepas enam bulan.

“Kami baru sahaja menuai serai dari kawasan seluas lapan hektar. Melalui bantuan MARDI, serai tersebut diproses menjadi minyak pati dan ekstrak serbuk di sebuah kilang di Negeri Sembilan,” katanya.

28 thoughts on “Bio Daun lancar francais tarik penanam serai

  1. Cik Zainudin,

    try hubungi address ni

    BIO DAUN PLANTATION SDN BHD
    (Co. No : 574269-A)

    HEAD OFFICE:

    Tingkat 1, PT 107, Seksyen 23,
    Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu,
    Kelantan Darul Naim.

    Telefon :609-747 6066 / 609-747 8066
    Fax: :609-747 5066

    En Zuhawi : 013-966 9966
    En Mohd Nizam : 013-988 9476 / 013-981 1666

    • En Zuhawi Biodaun ni dah menghilangkan diri.
      Saya adalah peserta kontrak serai ni. Bila dah matang kontrak serai saya mereka hantar surat menyatakan syarikat Biodaun mempunyai masalah, dan terpaksa membatalkan kontrak dan berjanji memulangkan modal saya secepat mungkin. Dah lebih 4 bulan saya tunggu.Sekarang hp pun taknak angkat, sms tak jawap. Bukan saya nak jatuhkan martabat orang melayu, tetapi melayu jenis ini la yang buat kita hilang kepercayaan kat orang melayu. Sedih dan kecewa.

  2. saya ade dgr yang ada dana nak buat serai ni. kena pegi kursus (byr rm500) then buat pinjaman 50K-umur 30thn kebawah. betul ke?

  3. Saya terbaca artikal Tanam SERAI jadi jutawan. Saya mempunyi tanah >500 ekar dan mahu tahu tentang 1)pasaran atau pembeli hasil tanaman serai saya itu.untuk pengtahuan saya berasal daripada Negeri Sabah.2)cara2 and tunjuk ajar penanaman secara komercial dan besar2an. 3) bersedia mendengar nasihat dan cadangan berkerjasama. sila respon melalui email saya diatas. T.Kasih.

  4. SAYA SUDAH MENCEBURKAN DIRI DLM PENANAMAN SERAI SETAKAT INI SAYA MENPUNYAI 100EKAR YG DITANAM SERAI..JADI BOLEHKAH SAYA MENJUAL HASIL SAYA KEPADA SYARIKAT TUAN..BAGAIMANA DAN HARGANYA…

  5. bagaimana sekiranya saya ingin memasarkan hasil tuaian serai sy kepada syarikat tuan.bagaimana? dan harga nya? sila email:eidaniaga@yahoo.com.my

  6. Pihak kami ada tanah seluas 14a utk pertanian d Sungai Petani, Kedah. Kami berminat dgn tanaman serai ini. Oleh yang demikian pihak kami berhasrat mendapat bantuan penanaman serai ini.
    Sila balas.
    Terima kasih.

  7. saya bercadang hendak menanam serai ditanah saya seluas 2ekar jadi saya berharap mendapat tunjuk ajar dari pihak tuan .bagaimanakah cara jualannya

  8. Saya mempunyai tanah seluas 4 ekar, dan akan mendapat hasil tuai kira2 bulan 10 ini. Saya bercadang ingin menjual serai kepadA TUAN. TEMPAT SAYA DI JOHOR.. No Tel: 012-7606237 sila hubungi saya

  9. Syarikat nie PENIPU BESAR..CEO dia dah lesap..bila sampai tempoh matang, dia hantar surat kata ada masalah..

    kalau CEO dia baca email nie, ketahui lah bahawa dia orang ISLAM..kalau makan duit haram, jadi daging, konform masuk NERAKA nak bakar daging tue..saya takkan halal duit saya.

  10. saya nak beli benih serai… sape de contact untuk mendapatkan benih.. contact saya ye.
    razman: 017-9616437

  11. Kami ada serai sekitar 2 ekar di bandar baharu, kedah yang ingin diclearkan secepat mungkin setelah ditipu syarikat CF.

    Sesapa yg berminat boleh hubungi kami

    Tel/sms:
    Azhar : 019-5488842
    Azwan : 019-5507565

    Harga boleh runding

  12. Salam kepada EN Zuhawi, terima kasih kerana meyakinkan saya tentang potensi pulangan yang tuan janjikan…

    1) Pertamanya janji tuan tidak tepati setelah 6 bulan pertama keuntungan pelaburan saya tidak diberi. Cakap nak bagi cek bulan 4 tahun lepas sampai la ni takde apa ape pun…..(kiranya dah jadi penipu la ni)

    2) Sepatutnya hasil akan terima 8 ribu tapi tamat kontrak duit pelaburan pun lesap…. (dah kiranya berhutang dengan saya rm 5 ribu -modal)

    3) Call tak angkat cakap dalam paper untung ribu2….tapi habuk pun takdak…

    Ingat setiap sen duit yang tuan guna, dan penipuan yang dibuat akan di tuntut akhirat kelak…kecuali tuan pulangkan modal saya beserta dengan keuntungan dividen 7% setahun.

    Kepada sesiapa yang lain jgnlah labur duit ade pada ape2 bisnes yang anda tidak buat. lebih baik beli barang and jual barang 2.

  13. saya pun tertipu dengan satu projek serai di negeri sembilan…pengusaha dan penipunya juga seorang melayu,islam…sanggup tipu anak bangsa seagama…saya rugi rm16k…demi ALLAH dan rasul saya takkan halal duit saya dunia akhirat kepada penipu tersebut dan tujuh keturunan satu galur dengannya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s