Pokok buluh, bagi kebanyakkan orang mungkin melihatnya sebagai tumbuhan liar yang hidup di hutan belantara atau di tebing sungai di kampung-kampung. Sebenarnya ia mempunyai potensi besar untuk dimajukan bagi industri rebung, manakala buluh boleh digunakan untuk industri pengeluaran barangan antaranya seperti parkir, papan lapis, lidi, bakul sayur dan kraftangan.
Justeru itu, seorang pengusaha, Encik Ab. Manas Itam, 64 dari Johol memulakan tanaman pokok buluh sebagai projek percubaan di beberapa kawasan di Johol membabitkan keluasan 4 hektar, bermula pada tahun 2002. Projek pertamanya dilaksanakan di Jalan Serting, Kampung Padang Jual dengan keluasan 0.8 hektar yang mula menghasilkan rebung tahun lalu, manakala yang lainnya termasuk di Kampung Kuala Johol (1.2 hektar) di Kampung Solok Kelubi, Johol yang disulami dengan tanaman pokok jering dan di Kampung Air Taling, Dangi.
Katanya, idea menanam pokok buluh datang secara kebetulan ketika pegawai Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) datang ke rumahnya beberapa tahun lalu. Sambil berbual dengan pegawai itu, katanya, beliau bertanya mengapa empat rumpun pokok buluh yang tumbuh di FRIM satu ketika dulu kini hanya tinggal dua. Lantas, katanya, pegawai berkenaan bertanya sama ada beliau berminat menanam pokok buluh dan FRIM sedia memberi khidmat nasihat dan menyediakan bekalan baka pokok.
“Itulah mulanya saya menanam pokok buluh,” katanya dalam temubual deangan Suara Negeri di kediamannya baru-baru ini.
Tanaman pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja tanpa memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. Ia cuma tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar. Tempoh matang pokok buluh untuk penghasilan rebung juga singkat iaitu kira-kira dua tahun manakala untuk batang buluh enam tahun. Ia juga sukar dijaga kerana tidak mempunyai musuh daripada haiwan.
Katanya, modal untuk memulakan tanaman bagi keluasan 0.8 hektar adalah kira-kira RM7,000 bagi membersihkan kawasan dan memasang pagar. Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar, katanya. Katanya, buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.
Beliau memberitahu rebung yang tumbuh pada penghujung musim hujan dan permulaan musim kemarau, kebanyakannya mati atau dorman kerana kekeringan. Pokok buluh yang mengeluarkan bunga pula adalah tanda bahawa pokok berkenaan akan mati, katanya.
Antara tujuan beliau menceburi bidang itu adalah kerana buluh yang dikategorikan sebagai hasil hutan bukan kayu jika tidak diusahakan, maka ia akan pupus kerana rebungnya diambil orang. Katanya pada peringkat ini beliau memasarkan hasil rebung berdasarkan permintaan seperti kenduri kendara.
“Paling jauh saya pernah menjualnya ke Melaka. Saya belum pasarkan banyak kerana kini mahu menjadikan baka terlebih dulu. Saya nak kembangkan baka pokok buluh.” Katanya.
Katanya harga rebung buluh bergantung kepada jenisnya iaitu RM5 bagi rebung jenis Buluh Betung yang belum diproses dan RM8 yang sudah diproses bagi setiap kilogram, manakala rebung Buluh Beting adalah RM3 bagi yang belum diproses dan RM5 untuk yang sudah diproses. Beliau berkata, perusahaan rebung mempunyai potensi besr untuk dimajukan kerana permintaan yang banyak ekoran semakin ramai yang menggemari rebung.
“Ramai tak tahu rebung boleh digoreng dan paling digemari adalah masak lemak cili api rebung dengan ayam atau daging salai,” katanya.
Sementara itu, menurut buku Panduan Penanaman dan Pengurusan Dirian Buluh Untuk Pengeluaran Rebung oleh FRIM, terdapat 60 spesis buluh di Semenanjung Malaysia iaitu 28 spesis buluh tempatan dan 32 lagi ditanam. Buluh adalah rumpun saka yang tergolong dalam famili Graminae yang mempunyai keistimewaan tersendiri kerana mudah dilentur dan dibentuk.
Buluh mempunyai pusingan tuaian yang endek dan berterusan. Jika dibandingkan dengan pokok hutan yang memerlukan sekurang-kurangnya 20 hingga 50 tahun untuk ditebang, buluh boleh mengeluarkan hsailselepas dua setengah tahun dan berterusan sehingga 20 tahun atau lebih. Enam sepsis utama rebung yang diminatai adalah buluh beting, buluh betung, buluh tumpat, buluh duri,buluh aur dan buluh brang. Yang paling popular di Semenanjung Malaysia adalah buluh betung dan buluh tumpat.
Buluh yang biasanya ditanam dan jarang dijumpai tumbuh liar di hutan adalah buluh beting, betung, duri dan aur manakala buluh tumpat adalah buluh liar yang terdapat terutamanaya di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan. Buluh brang pula terdapat di Kuala Berang, Terengganu.
Rebung buluh adalah sayuran yang boleh dimakan secara mentah/segar ataupun dimasak. Ia kaya dengan nutrien untuk keperluan badan dan komposisis kandungan nutrien bergantung kepada sepsis. Antara bahan nutrien yang terdapat pada rebung buluh adalah B-Karotina, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin C, Kelembapan, Protin, Lemak, Serabut, Kabohidrat dan Tenaga.
Cara Mengambil Rebung
– Kenalpasti dahulu rebung yang hendak diambil sudah cukup ketinggian antara dua ke tiga jenggal
– Cobak dipangkalnya dan potong hujungnya.
– Dibelah kulit dan dikopek.
Peralatan :
– sarung tangan bagi mengelakkandari terkena miang rebung
– Parang atau cobak
Proses membuat rebung
1. Cara Pertama
– Kupas kulit arinya dan buang bahagian pangkal yang keras
– Iris ataupun cincang
– Rendam dalam air garam selama 12 jam bagi mengelakkan:
o Warna putih tidak berubah
o Menghilangkan pahit
o Tidak masam
o Tahan lama
2. Cara Kedua
– Dibelah rebung mengikut saiz
– Direbus sehingga mendidih
– Dimasukkan di dalam plastic dan disimpan di dalam peti sejuk dan apabila perlu baru diiris. (Bagaimanapun cara kedua boleh menghilangkan sebahagian daripada zat yang terdapat pada rebung berkenaan).
Saya baru jual baja zeolite dekat peladang buluh dari kangar.pertama kali dengar buluh dijadikan tanaman ladang.dekat boleh tahu informasi lanjut. Beliau tanam buluh madu.
saya inginkan pengalaman tuan dalam menjalankan tanaman buluh terutama
1.apa masalah kepda tanaman ni sperti penyakit
2. bagaimana dengan pasaran
saya ada tanah dan sedang mengkaji untuk melaksanakan tanaman buluh rebung ni
blh berikan nama pegawai, alamat dan ctc no pegawai frim yang boleh saya hubungi?
blh berikan alamat dimana penanam buluh madu dijlnkan dan dengan siapa saya patut berhubung?
emailkan kepada saya if nak tahu tentang buluh madu
sy nk tau mane nak dapat anak pokok rebung madu… cara penanaman n penjagaan…
saya brminat nak tanam buluh ini..
adakah buluh tuan jenis buluh madu yang banyak ditanam di perli
saya ada 3.5 ekar utk tanam buluh madu … berapa pokok perlu saya beli.. berapa harga sepolibeg
sesiapa yang berminat mendapatkan benih anak buluh madu, boleh hubungi suami saya Haji Muhammad di no.0194245360. Anak buluh disemai dalam polybeg. Anak buluh ini dijual mengikut besar kecil dan baru lama disemai. Kalau boleh sesiapa yang berminat tu, datanglah dengan Van. Disamping membeli anak buluh, beliau juga menjual rebung siapa diproses. Boleh terus di makan.
Di samping buluh madu, pernahkah anda mendengar rebung yang boleh dimakan begitu sahaja. Namanya buluh lemak. Rebungnya boleh dimakan begitu sahaja kerana lemak atau dicicah dengan sambal belacan.
Salam. Boleh tak dapat keterangan lanjut? Saya berminat mendapat anak buluh madu dan anak buluh lemak untuk ditanam di Ulu Langat, Selangor. Nyatakan harga sepokok dan alamat terdekat jika ada? Terima kasih
solan
bagaimana cara saya boleh mendapat maklumat penanaman buluh madu secara ladang
ASSALAMUALIKUM..
SY TINGGAL DI LABIS, SEGAMAT JOHOR & MEMPUNYAI TANAH SELUAS 1.5 EKAR. SAYA & AYAH BERMINAT UTK MENGUSAHAKAN TANAMAN INI. MASALAH SAYA:
1. BRP ANK POKOK YG BOLEH DITANAM DLM KELUASAN ITU?
2. BRP LAMA MASA YG DIAMBIL UTK TANAMAN SEDIA DITUAI?
salam… saya nak tanyakan mengenai baja untuk tanaman buluh madu ini. kalau boleh saya nak dapatkan information segera.
seteleh membaca,menilai saya dapati pernanaman buluh ini sagat mejimatkan kos.bagaimana hendak memdapatkanya.
assalamualaikum.saya berada di kota kinabalu sabah.bagaimana hendak mendapatkan benih buluh madu tersebut.terima kasih.
salam. saya berminat utk menanam buloh madu ni di kawasan kg dingkir inas. saya nak tanam di kawasan kebun getah yang baru di tanam. boleh saya dapatkan maklumat En Abd Manas Itam yang telah berjaya menanam dan membiakan benih buloh madu
Saya boleh dihubngi melalui 0196223255.
Encik Hasanuddin, dah dapat ke anak buluh madu dan buluh lemak?
buluh madu boleh mendatangkan hasil dalam tempoh 8 bulan. Sekiranya tempat you agak panas, anak-anak buluh ini mesti disirim dua kali sehari. Ini yang saya lihat suami saya buat. Sekarang saya hanya tolong bawakan rebung beliau ke Penang setiap kali saya balik cuti.
Suami saya tanam secara suka-suka je. 100 anak di tanam atas tanah yang tak sampaipun seekar. Tanam belakang dan depan rumah. selepas buluh-buluh ini mendatangkan hasil dan pokoknya membesar, kawasan rumah kita begitu nyaman.
kalau minat datang saja, kalau you nak tanam, tak payah beli banyak, cukup 100 anak pokok, kemudian you sendiri biakkan, jimat kos. suami saya dia tak galakkan orang beli banyak-banyak pada permulaannya sebab takut tak terjaga. bila pokok buluh dah keluarkan hasil, dari situ kita boleh dapat hasil dan biakkan anak-anaknya.
Buluh lemak memang suami saya jual mahal RM50. tapi buluh madu cuma RM10, mungkin kurang bila beli banyak.
kalau nak mai, tipon dulu, boleh suami saya masak gulai daging campur rebung dan pacri rebung. Dia juga pandai masak.
memang bestlah blog nih… ingatkan saya sorang je suka bercucuk tanam..