Pengeluar Serai Di Pantai Timur Akan Perkenal Sistem Francais

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Bio Daun Plantation Sdn Bhd, salah satu pengeluar serai terbesar di Pantai Timur, akan memperkenalkan satu sistem francais untuk mewujudkan pengusaha dan mempercepatkan pengembangan.

Serai merupakan satu herba yang dikenal pasti bagi pembangunan pertanian dan merupakan satu sumber penting pendapatan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan Daerah Mersing di Johor.

“Serai merupakan produk yang mengeluarkan hasil yang tinggi yang boleh dituai dalam tempoh singkat enam bulan,” kata Pengarah Bio Daun Mohd Nizam Mohamed dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya minyak dan ekstrak tepungnya sangat lumayan disebabkan mempunyai komersil yang besar di dalam negara dan untuk eksport.

“Pasaran serai yang bernilai RM1.618 bilion, meningkat 10-15 peratus setahun. Permintaan terbesar datang dari Eropah, khususnya dari Jerman, Amerika Syarikat dan Jepun,” katanya.

Mohd Nizam berkata 9,125 benih serai boleh ditanam di atas kawasan tanah berkeluasan sehektar, yang bakal memberikan pulangan antara RM35,000 dan RM42,500 selepas dituai dalam tempoh enam bulan.

Serai banyak digunakan sebagai herba dalam masakan Asia. Tanaman itu juga digunakan dalam industri sebagai ubat serangga, bagi aromaterapi, minyak wangi, kosmetik dan produk anti kanser.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s