Kenaf jadi komoditi masa depan di Malaysia?

KUALA LUMPUR – Ramai yang meragui keupayaan pokok kenaf menggantikan tembakau sebagai sumber pendapatan baru. Tetapi bak kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), para penanam tembakau wajar memberikan diri mereka peluang untuk mengeksploitasi tanaman ini yang dilihat mampu mengubah kehidupan mereka.

Kenaf telah dikenal pasti sebagai sumber biokomposit yang mesra alam dan bakal menjadi bahan terkini dalam sektor komoditi masa hadapan.

Bahan bio komposit yang diperbuat daripada pokok kenaf ini, menjadi tumpuan terkini pihak kementerian seiringan dengan industri tembakau yang menjalani penstrukturan bagi memenuhi komitmen negara dalam pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Rangka Kerja Kawalan dan Kawalan Tembakau.

Lembaga Tembakau Negara (LTN), sebuah agensi di bawah KPPK kini memikul tanggungjawab untuk membangunkan kenaf sebagai tanaman berpotensi menggantikan tembakau terutama di tanah bris yang terletak di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia di mana terletaknya kawasan penanaman tembakau utama.

Protokol Kyoto telah mengiktiraf kenaf sebagai tanaman industri mesra alam dan bahan organik bagi mengurangkan ancaman pemanasan dunia.

Dan, apabila ia digunakan sebagai bahan komposit, syarikat-syarikat akan menikmati insentif cukai khas apabila bahan berkenaan dieksport ke negara-negara dalam Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Di bawah inisiatif terbaru ini, pihak kementerian telah mempergiatkan usaha sejak empat tahun lalu bagi menerokai pelbagai tanaman termasuklah kenaf yang berupaya menghasilkan bahan mentah yang mesra alam serta pelbagai bahan huluan berpotensi besar bagi menggantikan petroleum dan bahan berasaskan pokok yang mengakibatkan kesan karbon yang tinggi terhadap alam sekitar.

“Matlamat kementerian adalah untuk membangunkan kenaf sebagai sumber pertumbuhan mampan baru bagi mempelbagai sektor komoditi negara dan memastikan ia memenuhi ekonomi, sosial dan agenda pembangunan alam sekitar”, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui dalam satu temu bual bertulis di sini baru-baru ini.

“Walaupun penyelidikan awal Kenaf hanya tertumpu sebagai makanan ternakan, kami telah mengenalpasti dan mengutamakan sektor biokomposit dengan aplikasi terhadap industri pembinaan, komponen kereta, perabut dan pembungkusan makanan.

“Selain itu, ia juga membolehkan kami mengaitkan harga kenaf dengan harga petroleum sebagai satu bahan pengganti berpotensi bagi bahan mentah berasaskan petroleum dan fiber tiruan yang berkarbon tinggi. Ia sudah tentunya akan memberi manfaat kepada penanam kenaf yang tidak lagi dianggap sebagai bahan mentah pertanian yang murah” ujar beliau.

Malaysia mempunyai kelebihan kompetitif jika negara membangunkan kenaf dengan pendekatan yang lebih moden dan intensif modal dengan mekanisme dan mekanikal pengasingan fiber serta penggunaan stem menyeluruh untuk biokomposit.

Tanah bris yang tidak sesuai untuk tujuan pertanian, kini menjadi aset oleh kerana ia rata, tidak mengumpul air dan berupaya menyokong penjenteraan sepenuhnya.

Berbanding hutan tropika, tanah bris tidak menyokong hidupan liar ataupun sebarang tanaman dan terlepas daripada isu kemampanan.

Oleh itu, ia akan menjadi aset berharga kerana kenaf dikenali sebagai tanaman hijau.

Bagi memastikan sokongan institusi dan infrastruktur bagi pengembangan industri kenaf yang teratur, Rang Undang-Undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008 telah dibacakan buat kali kedua di Parlimen pada 18 Ogos lalu.

“Saya berharap Rang Undang-Undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara akan dikuatkuasakan sebelum akhir tahun ini. Ini akan memastikan industri kenaf akan membangun dan berkembang seiring dengan komoditi-komoditi lain seperti getah, kelapa sawit, koko dan lada yang kesemuanya mempunyai permulaan yang sederhana,” kata Fah Kui.

Di bawah kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), RM35 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan kenaf yang akan dilaksanakan oleh LTN.

“Dana tersebut akan digunakan untuk menyediakan pelbagai sokongan institusi untuk membangunkan kenaf termasuklah pembangunan tanah (infrastruktur), amalan pertanian baik, penjenteraaan, penuaian dan sistem selepas penuaian, penyimpanan, latihan, pemasaran, pengeluaran benih, kredit dan pusat pemprosesan”, ujar beliau.

Menurut beliau lagi, pendekatan yang diambil oleh LTN ialah membangun ladang model dan menjalankan percubaan dengan para penanam.

Bahagian penting dalam pendekatan ini ialah untuk mencari kilang-kilang pemprosesan di kawasan penanaman untuk menyediakan keyakinan saluran pemasaran buat masyarakat tempatan.

“Oleh kerana kenaf kurang menarik berbanding penanaman tembakau, penjenteraan maksimum bagi mengurangkan penggantungan intensif terhadap tenaga buruh dan meningkatkan pendapatan melalui ladang berskala besar sangatlah penting, ujar Fah Kui.

Disebabkan kenaf adalah tanaman yang mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi ia merupakan faktor penting dalam menarik minat petani yang terlibat dalam pertanian yang sensitif kepada persekitaran seperti di tanah bris.

Di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Kedah dan Perlis telah dikenal pasti sebagai wilayah yang sesuai menjadi pusat benih bagi mengeluarkan benih kenaf berkualiti ke seluruh negara.

Pada tahun 2007, seramai 68 orang petani menanam untuk tujuan mengeluarkan benih di kawasan seluas 152 hektar di kedua-dua negeri tersebut.

LTN mensasarkan 130 orang petani akan menanam 260 hektar bagi tujuan benih menjelang akhir tahun ini.

Manakala di Kelantan dan Terengganu yang terletak di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah dikenal pasti sebagai pusat penanaman kenaf.

Pada 2007, LTN mempunyai 92 petani menanam kenaf untuk tujuan teras dan serat di kawasan seluas 285 hektar di Kelantan dan Terengganu.

Menjelang akhir tahun ini, LTN mensasarkan jumlah petani akan meningkat kepada 250 orang di kawasan seluas 1,200 hektar.

2 thoughts on “Kenaf jadi komoditi masa depan di Malaysia?

  1. Saya berminat utk mengetahui lebih lanjut tentang Kenaf -dimana boleh saya dptkan maklumat dan jika saya berminat utk menanam apakah syarat2nya dan dimana blh saya dptkan bantuan.

  2. jika kita berminat dengan penanaman kenaf.bagaimana kita hendak pasarkan tanaman tersebut, dimanakah tauke yang sanggup membelinya dan adakah kenaf dapat dijual terus kepada tauke tanpa perlu diproses?
    siapa yang ada idea tolong….jelaskan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s