Baja cacing tingkat hasil tani

1,000 petani jangka terbabit dalam projek perintis jana pertanian ECER

KUANTAN: Lembaga Pertubuhan Peladang Pahang (LPP) merintis usaha penternakan cacing untuk pengeluaran baja bagi meningkatkan hasil pertanian di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Lebih 1,000 petani daripada Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Kuantan dijangka terbabit dalam projek perintis itu.

Penggunaan cacing bukan saja dapat meningkatkan hasil serta memperbaiki kualiti tanah tetapi juga dapat menurunkan permintaan terhadap baja kimia selain dapat membantu peladang memenuhi permintaan pasaran bagi makanan organik yang semakin meningkat.

Pengarah Urusan Aiza Agro, Zamsulidayat Ismail berkata penanam buah-buahan dan sayur-sayuran kini beralih kepada penggunaan baja cacing kerana menyedari potensi dan kos yang rendah.

“Kos untuk baja cacing lebih rendah berbanding baja kimia kerana petani hanya memerlukan satu pertiga daripada penggunaan baja kimia.

“Dari semasa ke semasa, petani boleh mengurangkan penggunaan baja berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kos baja cacing lebih rendah, iaitu dalam lingkungan RM3,500 setiap tan berbanding RM4,000 bagi baja kimia.

Selain itu, katanya ladang yang menggunakan baja cacing tidak memerlukan penggunaan air yang banyak dan pada masa sama, tanaman lebih berdaya tahan terhadap penyakit.

Beliau berkata Aiza Agro membuka tiga ladang cacing di Kuantan dan merancang membuka beberapa ladang cacing di Terengganu sebelum akhir tahun ini berikutan permintaan tinggi terhadap baja cacing dan lebih ramai petani di Pantai Timur terbabit dalam penanaman organik.

Aiza Agro sebuah syarikat pembiakan dan penjualan baja cacing di Pahang juga sudah memulakan sistem tanaman kontrak bersama pembiak cacing yang memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Bagi memberikan pendedahan kepada petani berminat dan menggalakkan penternakan cacing, Aiza Agro dan AZR Agro Centre, sebuah lagi syarikat penternakan cacing mengatur pelbagai seminar di Pantai Timur.

Sementara itu, AgroBank dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Nasional (TEKUN) juga menawarkan pinjaman kewangan kepada pengusaha yang berminat dalam perniagaan ternakan cacing.

One thought on “Baja cacing tingkat hasil tani

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s