Siswazah Peroleh Pendapatan RM40,000 Hasil Tanaman Cili

PASIR PUTEH, 26 April (Bernama) — Pengorbanan seorang siswazah yang sanggup berhenti kerja dengan gaji RM1,500 sebulan semata-mata ingin menceburi sektor pertanian tidak sia-sia apabila tanaman yang diusahakannya mula mengeluarkan hasil yang dijangka mencecah RM40,000.

Alimin Muhamed, 24, lepasan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan pernah bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta, berkata tanaman cilinya sebanyak 3,000 pokok yang diusahakan secara projek perintis Fertigasi bermula 18 Januari lepas kini mula memperoleh hasil peringkat pertama sebanyak RM3,000.

“Tidak mustahil dalam tempoh tiga bulan lagi saya akan mendapat hasil sebanyak RM40,000 sebaik sehaja kesemua cili habis dipetik,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di ladangnya di Kampung Kuala Air Jernih, Bukit Awang di sini, Khamis.

Beliau berkata Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang yang menaja tanaman itu telah membeli hasilnya dengan harga RM2.40 sen sekilogram bagi keperluan Syarikat Nestle Bhd untuk mengeluarkan sos cili dan tomato bagi memenuhi permintaan domestik dan luar negara.

Alimin berkata masalahnya sekarang beliau tidak mampu memungut tanaman berkenaan dua kali seminggu sebagaimana yang dikehendaki PPK secara bersendirian kerana pokoknya berbuah terlalu lebat dan di luar jangkaan.

Bagi mengatasi masalah itu, beliau terpaksa mengupah penduduk kampung memetiknya dengan kadar upah 30 sen sekilogram.

Alimin berkata beliau juga terpaksa mengikat kebanyakan pokok itu pada batang anak kayu bagi mengelakkan tanaman itu tumbang akibat ditiup angin.

Dengan kejayaan tanaman itu, beliau bercadang menambah tanaman itu sehingga mencapai 10,000 pokok pada musim akan datang.

“Saya mahu melipatgandakan pendapatan dalam usaha saya ini bagi memberi galakan kepada penduduk kampung mengenai potensi sektor pertanian sekiranya diusahakan mengunakan teknologi moden,” katanya.

Beliau berkata melalui sistem fertigasi, pokok cili yang ditanam dalam polibeg ternyata memberi hasil yang cukup lumayan berbanding tanaman mengikut kaedah biasa.

3 thoughts on “Siswazah Peroleh Pendapatan RM40,000 Hasil Tanaman Cili

  1. Assalamualaikum..Saya merupakan salah seorang pelajar sem 1 di sebuah universiti tempatan.saya amat berminat tentang keusahawanan dan di universiti trsebut,saya mengambik modul keusahawanan.Jadi,saya ingin membuat sedikit kajian mengenai tokoh-tokoh keusahawanan yang berjaya. saudara adalah tokoh yang ingin saya mengkaji dan menjadikan salah satu idola.lebih-lebih lagi saudara merupakan anak jati kelantan.. Oleh itu, jika tidak keberatan, saya berharap agar saudara dapat sedikit sebanyak menceritakan titik awal permulaan perniagaan sehingga berjaya serta dapatlah kiranya saudara ceritakan sedikit latarbelakang diri seperti yang berikut:
    biodata tuan:-
    1.nama penuh
    2.tarikh lahir dan tempat lahir
    3.Latar belakang saudara
    4.Tahap pendidikan dan tempat pengajian
    5.jenis perniagaan yang diceburi
    6.Minat tuan
    7.Pengalaman tuan sepanjang menjalankan perniagaan
    8.Faktor dorongan (dalaman dan luaran)
    9.cabaran, halangan atau kegagalan dahulu, sekarang, dan masa hadapan.
    10.Cara mengatasi cabaran, halangan dan kegagalan
    11.kejayaan dulu, sekarang.
    12.Perancangan masa hadapan.
    13.Prinsip hidup

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s