Roselle subur di Manong

abdul Wahab Ahmad menunjukkan tanaman roselle yang hidup subur di Manong, Perak.
– Gambar RAZAK DIN


KUALA KANGSAR 2 Okt. – Tanaman Roselle yang suatu ketika dahulu popular di Terengganu dan Johor kini hidup begitu subur dengan mengeluarkan buah yang begitu lebat di Manong dekat sini.

Buah Roselle yang kaya dengan vitamin C, B1, B2 dan D bukan sahaja begitu subur di kawasan itu tetapi pokoknya juga dianggap sebagai ‘pokok emas’ kerana semuanya mempunyai kegunaan tertentu.

Roselle yang dikenali dengan nama tempatan sebagai ‘asam susur’ itu ialah sejenis spesies bunga seperti bunga raya yang mudah ditanam dan mengeluarkan hasil selepas 80 hari ditanam.

Jus Roselle mengandungi vitamin C sebanyak sembilan kali ganda jika dibandingkan dengan oren, tiga kali ganda berbanding anggur dan 2.5 kali ganda berbanding buah blackcurrant.

Pengusahanya, Abdul Wahab Ahmad, 73, berkata, daripada kajian yang dijalankan, buahnya selain daripada boleh dijadikan kordial, jem atau jus, juga boleh dijadikan minuman seperti serbuk kopi.

Daun Roselle juga boleh dijadikan perencah sayur dan gulai, selain digunakan untuk ramuan produk kosmetik atau kecantikan.

”Apa yang menarik lagi batang pokoknya kini boleh dijadikan bahan untuk pembuatan kertas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, oleh kerana tanaman itu begitu subur di sini, setiap pokok mampu mengeluarkan sebanyak 20 kilogram (kg) buah dalam masa setahun.

”Buah ini boleh dipetik kembali dalam tempoh seminggu dan pada masa itu ia mampu mengeluarkan buah yang matang antara enam hingga 10 kuntum berharga RM1 sekilogram.

”Oleh kerana tanaman ini begitu subur di sini, saya menjadikan kawasan sekeliling Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian di Manong ini sebagai Taman Roselle,” katanya.

Beliau mendakwa tanaman itu begitu subur mungkin disebabkan kesesuaian tanah dan cuaca di kawasan Manong ini.

”Sepanjang saya menanam pokok ini, saya dapati tidak banyak musuh tanaman yang menyerangnya menyebabkan kos penanamannya rendah dan memerlukan hanya baja kompos untuk menyuburkannya,” katanya.

Hasil daripada usahanya yang turut mendapat sokongan Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), beliau kini mencetuskan beberapa produk hiliran lain iaitu jem, jus pekat, jus sedia diminum dan Roselle kering yang boleh dikisarkan untuk dijadikan serbuk kopi.

”Kita sedang merancang untuk menghasilkan halwa daripada Roselle,” katanya yang turut mencipta sejenis alat pengeringan supaya buah berkenaan boleh bertahan lama.

Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan Abdul Wahab di talian 05-7432768.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s