Patogen bantu salad lebih tahan

SEJENIS mikrob yang hidup serta ditemui pada tumbuhan kekacang dan timun yang ditanam di belakang rumah mungkin boleh dijadikan sebagai penghalang pertumbuhan patogen.

Menurut Ahli Genetik, Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian (ARS) Amerika Syarikat (AS), Michael B. Cooley, beliau sedang mengkaji sejenis mikrob yang dipanggil Enterobacter asburiae sejak 2002 yang dipercayai berkemampuan untuk menentang patogen berbahaya.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Cooley di Pusat Penyelidikan ARS di Albany, California, beliau menunjukkan bahawa mikrob berkenaan berupaya untuk mengurangkan dua tahap patogen iaitu Escherichia coli (E.coli) dan Salmonella enterica secara signifikan.

Penemuan tersebut terungkai apabila beliau berjaya menginokulasikan biji benih tumbuhan bersama-sama tiga mikrob tersebut termasuk thale cress, sejenis tumbuhan kecil yang sering dijadikan bahan uji kaji makmal.

Sementara itu, kajian tersebut telah diterbitkan dalam Mikrobiologi Persekitaran dan Penggunaannya 2003 dan diikuti dengan eksperimen susulan terhadap daun salad.

Tambah Cooley, pertarungan mikrob memperlihatkan satu bakteria iaitu Wausteria paucula bergabung dengan E. coli seterusnya mempertingkatkan ketahanan sehingga enam kali ganda daun salad.

Hasil kajian itu membuktikan contoh pertama mikrob menyokong patogen tumbuhan.

Dalam pada itu, menambah mikrob Enterobacter asburiae pada eksperimen tersebut, secara tidak langsung menyekat E.coli.

Ketika daun salad didedahkan terhadap ketiga-tiga mikrob berkenaan, kandungan Enterobacter asburiae berkurangan sekali gus membuatkan ketahanan daun salad meningkat sehingga 20 ke 30 kali ganda.

Pada masa yang sama, Enterobacter asburiae menunjukkan potensi untuk digunakan sebagai agen kawalan biologi dalam mengekalkan kehijauan daun salad.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s