Jayropha mampu beri peluang baik

KOTA KINABALU 3 Okt. – Penanaman Jatropha (pokok jarak) berskala kecil dan sederhana mampu memberi pulangan baik kepada golongan belia yang berminat dalam perniagaan pertanian, kata Eksekutif Pemasaran iSHEC Sdn. Bhd., E-Yun.

Sehubungan itu, kata beliau, iSHEC yang merupakan pengasas kepada usaha menghasilkan biodiesel melalui pemprosesan pokok Jatropha di Sabah, akan menganjurkan lebih banyak kursus Jatropha untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda dalam industri jatropha.

Beliau berkata, setakat ini hampir 200 peserta daripada Sabah telah berjaya menamatkan kursus penanaman jatropha.

“Kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu golongan belia di Sabah untuk menceburi bidang penanaman jatropha dan pada masa akan datang, iSHEC bercadang memperuntukkan biasiswa sebanyak RM25,000 untuk para peserta terutama golongan belia yang layak dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut,” katanya kepada Bernama.

Yun berkata, biasiswa itu ditawarkan kepada pemohon tempatan yang berumur antara 20 dan 40 tahun dan biasiswa itu hendaklah digunakan hanya untuk membiayai yuran mengikuti kursus penanaman Jatropha anjuran syarikat berkenaan.

Menurutnya, pihak syarikat juga hanya menaja atau membiayai sebanyak RM100 bagi setiap pemohon daripada keseluruhan jumlah penuh yuran kursus iaitu RM282 seorang dan tidak merangkumi kos pengangkutan.

Yun berkata, kursus penanaman jatropha itu akan mendedahkan peserta dengan potensi pokok jatropha Curcas yang dikatakan mampu menyaingi kualiti minyak diesel yang sedia ada.

Katanya, Jatropha Curcas bukan sahaja sesuai untuk penghasilan biodiesel tetapi juga kegunaan lain termasuk baja organik, bahan membuat sabun, kosmetik dan ubat-ubatan.

Selain itu, katanya, jatropha Curcas akan membantu memaksimakan penggunaan tanah terbiar, menstabilkan harga minyak, mempelbagaikan punca pendapatan negara dan menstabilkan harga baja dalam pasaran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s