Jualan kuih tradisi lumayan

Hayani Azrari (kiri) dan pembantunya sedang sibuk menyiapkan kuih bahulu di bengkelnya di Kampung Jalong, Sungai Siput, semalam.
– Gambar TAJUL SAFUAN ABU HASSAN


SUNGAI SIPUT 23 Sept. – Penyediaan kuih dan biskut tradisional negeri Perak kini bukan sekadar untuk disajikan semasa Hari Raya Aidilfitri tetapi ia kini muncul sebagai makanan sepanjang musim.

Kemunculannya dapat bertahan begitu lama hasil daripada ciptaan serta pengubahsuaian resipi baru supaya ia terus diminati sebagai bahan sajian untuk dinikmati sesiapa sahaja.

Bagi Hayani Azrari, 30, beliau menyediakan lebih 16 kuih tradisional asli sepanjang masa sejak 14 tahun lalu dan sehingga kini ia terus mendapat permintaan yang semakin bertambah.

Katanya, antara kuih tradisional asli Melayu yang popular ialah kuih bakar, baulu, rempeyek, tumpi, kuih siput, kerepek dan pelbagai lagi.

Beliau berkata, setelah begitu lama berkecimpung dalam perusahaan tersebut, pelbagai usaha dicetuskan untuk menghasilkan kuih tradisional yang lebih bermutu dengan memasukkan adunan-adunan terbaru.

“Bagi kuih bakar sahaja saya mencipta beberapa resipi baru seperti kuih bakar dengan perasa strawberi, coklat dan pandan berbanding kuih bakar berwarna putih yang sudah dikenali sebelum ini.

“Apa yang menarik lagi tentang kuih bakar yang dihasilkan ini ia mudah cair, gebu, lazat dan boleh dimakan begitu sahaja dan menjadi makanan ringan sepanjang musim,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hayani yang mengusahakan bersama keluarganya dengan jenama ‘Sri Ayunie’ membuat kuih-muih tradisional ini hasil bimbingan Jabatan Pertanian Malaysia.

Oleh kerana ciptaan kuih bakarnya yang menarik dan lazat beliau mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kuih tradisional Melayu peringkat kebangsaan yang diadakan di sini baru-baru ini.

Katanya, beliau mempelajari resipi ini yang diwarisi daripada saudaranya sejak 16 tahun yang lalu dan kini beliau menghasilkan secara sepenuh masa mengeluarkan kuih-muih tersebut.

Beliau berkata, selain mengusahakan sendiri beliau juga turut memasarkan produk-produk yang diambil daripada pengusaha lain.

Hayani berkata, semasa musim perayaan Aidilfitri ini, beliau menghasilkan sebanyak 3,000 hingga 4,000 paket kuih itu sehari untuk dipasarkan ke seluruh negara.

Katanya, sepanjang Aidilfitri ini beliau menjangka dapat menghasilkan sebanyak 80,000 hingga 100,00 paket kuih untuk dipasarkan ke seluruh negara.

“Kita dapati kuih tradisional ini mendapat permintaan yang menggalakkan asalkan kita mengekalkan kualiti yang baik kerana pengguna kini sangat mementingkan kualiti serta keunikan produk,” katanya.

Ketika ditanya langkah yang diambilnya bagi membendung kenaikan bahan mentah seperti tepung, minyak dan keperluan lain untuk pembuatan kuih, beliau berkata, apa yang penting ialah mengekalkan kualitinya.

Katanya, walaupun harga bahan mentah telah meningkat antara 30 hingga 40 peratus, namun kualiti perlu dijaga tetapi harga tidak akan dinaikkan.

“Apa yang dilakukan ialah mengurangkan sedikit kuantiti supaya semua pihak merasakan keenakan kuih tradisional ini,” katanya.

Untuk keterangan lanjut mengenai kuih tradisional Sri Ayunie boleh menghubunginya di 61 Kampung Jalong, Sungai Siput Utara Perak. Tel 05-597 1429 atau 019-4771 283.

2 thoughts on “Jualan kuih tradisi lumayan

  1. salam…..

    saya fikri,berasal dari batu kurau perak….

    saya seorang pekerja kilang dan ingin menambah pendapatan atau sebagai pendapatan tetap kerana kilang tidak menentu ekonominya….

    saya pernah terfikir untuk memulakan perusahaan ini tapi tidak ada pengalama dan tidak tahu dari mana hendak mulakan….

    jika pihak puan/tuan ada cara yang boleh membantu saya amat saya hargai…

    terima kasih…

  2. Assalamualaikum

    Saya su berasal dr tg.tualang,Perak
    saya selalu memasang cita2 untuk mengusahakan sebuah cafe hanya menjual kuih2 talam,bubur2 asal dri perak..tetapi saya tak ada modal serta pengetahuan dalam bidang masakan dan perniagaan.

    jika ada cara dan jalan untuk membantu mencapaikan cita2 saya harap dapat hubungi saya.

    sekian..
    terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s