Sejarah Rumpai Laut
* Rumpai laut (seaweed) spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii, nama tempatan Agar-Agar.
* Tumbuhan akuatik yang hidup terapung di atas permukaan air laut.
* Pengkulturan rumpai laut dimulakan di Sabah pada tahun 1978 oleh Aquatic Resource Limited, Hawaii dari Amerika Syarikat.
* Tahun 1980 diserahkan kepada Jabatan Perikanan Sabah.
* Jabatan menerusi Projek Pemeliharaan Agar-Agar memulakan kerja-kerja penyelidikan;
* Mengenalpasti tapak pengkulturan dan spesis rumpai laut yang bernilai komersial
* Kaedah pengkulturan yang mudah dan murah
* Proses pengeringan, dan
* Menarik minat nelayan untuk mengusahakan projek pengkulturan rumpai laut ini
* Kerja-kerja yang dilaksanakan oleh jabatan ini mencapai kejayaan pada tahun 1989
* Syarikat Food Manufacturing Corporation (FMC) dari Denmark merupakan agen tunggal pembeli rumpai laut kering telah didaftarkan pada tahun 1988. Syarikat ini berhenti beroperasi pada tahun 1998.
* Pada masa ini terdapat 8 buah syarikat tempatan bergiat aktif memasarkan rumpai laut keluar negeri dan sebuah syarikat OMN-GEL Sdn. Bhd. mengusahakan kilang mengekstrak rumpai laut menjadi tepung.
1.2 Status Industri Rumpai Laut
1.2.1 Kawasan/ladang pengkulturan
Kreteria tapak pengkulturan rumpai laut adalah:
a. Perairan laut terlindung
b. Ketinggian ombak 1-2 kaki
c. Saliniti 30-35 ppm
d. Kualiti air laut yang baik
e. Dasar laut berpasir dan berbatu karang.
1.2.3 Kaedah Pengkulturan
Tiga kaedah pengkulturan rumpai laut, iaitu;
1. Pancang (kayu belian dan tali nylon) ukuran 35’x35’/unit pada kedalaman antara 0.3 – 1.5 m. Jumlah tanaman 14,500 pokok/ekar.
2. Rakit (pelampung stryfoam dan tangsi dengan strength : 150-200 ibs) 15’x85’/unit pada kedalaman 3 – 10 m. Jumlah tanaman 7,700 – 11,500 pokok/ekar.
3. Rawai (tangsi dan pelampung) 300’/unit (paling popular digunakan) pada kedalaman 2 – 5 m. Jumlah tanaman 6,500 – 9,500 pokok/ekar.
Pada masa ini tapak pengkulturan rumpai laut adalah;
1. Daerah Semporna: 800 ekar (Kerindingan, Pulau Bum-Bum (bahagian timur laut), Sebangkat, Pulau Selakan, Pulau Sibuan, Pulau Pababag dan Pulau Omadal (utara dan barat)
2. Daerah Kunak: 100 ekar (Pulau Pababag dan Kunak Jaya)
3. Daerah Lahad Datu: 50 ekar (Bakapit dan Kg. Silam)
4. Daerah Kudat: 50 ekar (Pulau Balambangan dan Banggi)
5. Daerah Kota Belud: 2 ekar (Kg. Baru-Baru)
1.2.2 Jenis Rumpai Laut
Spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii (berwarna hijau, coklat dan puteh)
Jadual 4. Perbandingan Kos Operasi Kaedah Pengkulturan Rumpai
- Laut, daerah Semporna
KAEDAH PENGKULTURAN | KEDALAMAN
( m ) |
KOS / EKAR
( RM ) |
KADAR PERTUMBUHAN |
1. Pancang ( Stake ) | 0.3 – 1.5 | 600.00 – 1,000.00 | 2.0% – 4.0% |
2. Rawai ( Long Line ) | 2.0 – 5.0 | 600.00 – 1,000.00 | 3.5% – 8.0% |
3. Rakit MK II ( Raft Methode ) | 3.0 – 15.0 | 1,300.00
( untuk 15 buah rakit ) |
3.5% – 8.0% |
1.2.4 Kos pengeluaran
Pengkultur memerlukan peralatan seperti kayu belian dengan ukuran 2”x2”x15′, tali nyalon, tie-tie, pelampung botol plastik, dan benih rumpai laut (200-400kg). Dalam masa 1 bulan rumpai laut mengalami pertumbuhan dan para-pengkultur memotong tunas dan mengkulturnya sehingga mencapai keluasan ½ – 1 ekar.
Dalam masa 45-55 hari rumpai laut di tuai, dikeringkan pada cahaya Matahari selama 3 hari, di bungkus (packing) dan dijual kepada orang tengah yang datang ke ladang pengkultur.
1.2.5 Penglibatan Nelayan
Pada mulanya nelayan menjalankan usaha pengkulturan rumpai laut sebagai pendapatan sampingan, tetapi setelah menyedari pengkulturan rumpai laut dapat dioperasikan dengan lebih mudah dan memerlukan kos yang rendah dan tingginya permintaan, banyak dari nelayan di daerah Semporna mengusahakan pengkulturan rumpai laut sepenuh masa atau pengkultur tetap.
Nelayan mendirikan pondok di ladang rumpai laut milik mereka secara berkelompok.
Jumlah nelayan yang mengkultur rumpai lautadalah seperti berikut :-
i. Semporna : 2,048 orang
ii. Kunak : 60 orang
iii. Lahad Datu : 100 orang
iv. Kota Belud : 13 orang
v. Kudat : 17 orang
1.2.6 Pendapatan Pengkultur
Pendapatan nelayan (pengkultur rumpai laut) adalah diantara RM450RM1,500/bulan dengan keluasan ladang 1 ekar.
1.2.7 Penglibatan Sektor Swasta
Syarikat-syarikat tempatan yang terlibat dalam industri seperti Jadual 1.
Jadual 1. Eksporter Rumpai Laut, 2000
-
No. Nama Syarikat Alamat Catatan 01. Juta Fish Sdn. Bhd. Kota Kinabalu Beroperasi di daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu 02. Seng-Seng Lee Semporna Daerah Semporna 03. Takara Sdn. Bhd. Tawau Daerah Semporna 04. Syarikat Merimaju Tawau Daerah Semporna 05. Mutira Bayu Sdn.Bhd Semporna Daerah Semporna 06. Pua Brothers Sdn.Bhd. Semporna Daerah Semporna 07. Prompt Acces Sdn.Bhd. Semporna Daerah Semporna 08. Sabah Fish Marketing (FAMA) Kota Kinabalu Daerah Semporna
1.2.8 Pengeluaran Rumpai Laut
Jadual 2. Jumlah Pengkultur, Keluasan dan Produksi Rumpai Laut Negeri Sabah (1989-2000)
Tahun | Jumlah Pengkultur | Keluasan (ekar) | Produksi Basah (mt) | Produksi Kering (mt) |
1989
1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 |
176
376 480 540 560 800 920 1,200 1,600 1,800 2,200 2,720 |
4
32 88 89 105 1,817 408 608 682 595 877 1,344 |
100
950 2,650 2,670 3,130 9,080 12,230 18,230 20,450 17,850 26,290 40,320 |
10
95 265 267 313 908 1,223 1,823 2,045 1,785 2,629 4,032 |
-
-
Sumber: DOF Sabah, 1989-2000
-
1.2.9 Produktiviti
Purata produktiviti ladang rumpai laut di Semporna sebanyak 14,500 kg/ekar (rumpai laut basah)
1.2.10 Harga
Berfluktuasi, pada mulanya RM0.80, RM1.00, RM1.20, sehingga kini mulai RM2.20, RM1.80, RM2.20 dan RM2.50/kg rumpai laut kering.
1.2.11 Sumbangan Rumpai Laut Terhadap Eksport
Sub-sektor akuakultur menyumbang 10,705 tan metrik bernilai RM114 juta. Dianggarkan 60% dari nilai eksport tersebut dari akuakultur laut (ternakan udang: 48%, rumpai laut: 33%, ternakan ikan hidup: 14% dan moluska: 4%).
Jadual 3: Eksport Rumpai Laut Sabah, 1989-2000
-
Tahun Pengeluaran Rumpai Laut Kering ( m.t. ) Nilai Borong ( RM )
1989 1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
10 95
265
267
313
908
1,223
1,823
2,045
1,785
2,629
4,032
9.32 85.09
238.06
264.84
513.544
656.75
110.58
2,006.32
1,861.89
3,570.00
5,358.96
6,853.04
Sumber: Annual Fisheries Statistic, DOF Sabah
1.2.12 Kegunaan Ekstrak Rumpai Laut
Rumpai laut diekstrak untuk menghasilkan Carrageenan.
Antara lain kegunaannya sebagai bahan campuran dalam :-
1. Industri pembuatan cat
2. Pembuatan shampoo, dakwat, tekstail, spray serangga,
3. Agen pembersih,
4. Sebagai bahan pengikat dalam industri pembuatan bahan letupan,
5. Sebagai bahan pengembang dalam industri permakanan
6. Industri farmasi (pengikat ubat-ubatan)
7. Bahan kosmetik dan lain-lain kegunaan.
2.0 PERANAN JABATAN PERIKANAN DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI RUMPAI LAUT
2.1 Program pemindahan teknologi
2.1.1 Mengujudkan projek demonstrasi di kawasan pengkulturan nelayan
2.1.2 Kursus/Latihan
2.1.3 Pengembangan (lawatan keladang nelayan setiap 2 minggu atau sebulan sekali denganmengadakan dailog bagimengatsi masalah yang dihadapi oleh pengkultur)
2.1.4 Lawatan Sambil Belajar (nelayan (8-10 orang) dari daerah lain seperti Kudat dan Kota Belud dibawa melawat ke Semporna untuk pendedahan dan secara langsung dapat berbincang sesama rakan mereka yang telah berjaya mengkultur rumpai laut)
2.2 Program pakej insentif (bantuan/subsidi) untuk memulakan usaha pengkulturan
Peralatan yang diberikan terdiri dari tali rafia, tali nylon, tangsi, bakul rotan, kayu belian, pelampung, karung plastik, sampan dan pondok penjemuran (7-10 orang/pondok).
Benih rumpai laut antara 150-400 kg/orang.
( Nota: Pemberian bantuan dilaksanakan mengikut prosedur yang ketat, pemohon dan kawasan pengkulturan diperiksa terlebih dahulu dan diputuskan oleh AJK Pakej Insentif peringkat cawangan. )
Kos pelaksanaan program diperolehi dari Projek Pembangunan Persekutuan (P19 248000).
Jadual 5. Jumlah Perbelanjaan Program Pakej Insentif Rumpai Laut, 1990-2000
Tahun | Jumlah ( RM ) |
1990 | 40 360 |
1991 | 10 903 |
1992 | 56 899 |
1993 | 44 047 |
1994 | 58 028 |
1995 | 54 597 |
1996 | 41 000 |
1997 | 54 700 |
1998 | 46 000 |
1999 | 55 000 |
2000 | 165 000 |
2000 | 132 000 |
2.3 Melaksanakan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
Jabatan melaksanakan kerja (bagi membantu Kementerian Pembangunan Luar Bandar) seperti pemberian kursus, penghantaran bantuan peralatan dan benih, dan kerja-kerja susulan (pengembangan) bagi menjayakan program ini.
2.4 Pengeluaran benih rumpai laut
Jabatan menjalankan usaha mengkultur benih rumpai laut di Pulau Selakan, Semporna seluas 3 ekar bagi menampung permintaan jumlah benih yang semakin meningkat dari nelayan. Sebanyak 10,000 – 20,000 kg dikeluarkan setiap tahun.
Bagi mengatasi masalah ini jabatan membimbing beberapa pengkultur yang rajin berusaha untuk mengeluarkanbenih dan menjualnya kepada pengkultur baru dengan
harga RM0.50/pokok.
2.5 Pemeriksaan kesesuaian tapak pengkulturan
Bagi membantu Jabatan Tanah & Ukur meluluskan permohonan tapak pengkulturan kepada nelayan dan syarikat, jabatan membuat pemeriksaan kesesuaian tapak pengkulturan rumpai laut. Sebanyak 30 – 50 permohonan diterima setiap tahun bagi tujuan tersebut.
3.0 MASALAH INDUSTRI RUMPAI LAUT
3.1 Keselamatan
3.1.1 Gangguan ilanun/permopak mengakibatkan pengkultur rumpailaut menghentikan usaha mereka kerana sering terjadi rompakan hartabenda.
3.1.2 Keselamatan yang tidak terjamin akan mempengaruhi bakal pengkultur yang ingin menceburi industri ini
2. Sikap
Ada beberapa nelayan yang mempunyai sikap negatif terhadap usaha yang dijalankan, di antaranya;
3.2.1 Tunggu dan Lihat
3.2.2 Tidak Berkeyakinan
3.2.3 Dengki/iri hati (tidak ingin melihat orang lain maju)
3.2.4 Sikap terlalu bergantung kepada bantuan/subsidi
3.2.5 Tidak rajin dan komited terhadap kerja
3.3 Tenaga Kerja
Kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh para pengkultur rumpailaut menyebabkan kemajuan perusahaan menjadi lambat. Masalah ini diatasi dengan menggunaka tenaga kerja dari kalangan anggota keluarga.
3.4 Penyakit Rumpai Laut
3.4.1 Ais-Ais (reput batang)
Penyakit ini terjadi apabila tapak pengkulturan tidak mempunyai aliran arus air yang kuat dan pengawasan oleh pengkultur kurang memberikan perhatian kepada tanamannya.
3.4.2 Epiphytes (nama tempatan ‘sereng’)
Menurut sumber warna putih pada batang rumpai laut disebabkan kandungan nuterien yang terlalu tinggi. Bagaimanapun kajian lanjut adalah perlu dijalankan penyebab penyakit ini
3.4.3 Penyu
Gangguan penyu yang memakan tanaman rumpai laut akan menyebabkan ladang pengkultur rosak. Bagaimanapun jika ladang diusahakan secara berkelompok dalam jumlah yang luas gangguan ini tidak memberikan masalah besar kepada pengkultur.
3.5 Harga rumpai laut
Harga benih berfluktuasi antara RM0.35 – RM1.20 sepokok, demikian juga harga rumpai laut kering diantara RM0.80 – RM2.20.
4.0 PELAN PEMBANGUNAN INDUSTRI RUMPAI LAUT
4.1 Sasaran pengeluaran
10,500 mt dengan anggaran bernilai RM52 juta tahun 2010
4.2 Teknologi
Kaedah rawai dimajukan dengan menggunakan pelampung yang tahan, peralatan mekanisasi dalam penuaian dan menambah jumlah pokok rumpai laut setiap ekar sehingga produktivitinya meningkat.
4.3 Meningkatkan jumlah peserta dan keluasan pengkulturan
Jumlah pengkultur ditambah sehingga 5,000 orang dan syarikat kepada 20 buah
Keluasan tapak pengkulturan ditingkatkan kepada 10,000 ekar di perairan yang berpotensi melalui pengwartaan kawasan pembangunan rumpailaut. Dengan pembahagian tapak kepada nelayan: 2-5 ekar dan syarikat:100-200 ekar.
Skim mesra pengkultur dengan menumpukan perhatian beberapa kelaurga nelayan yang berminat di kawasan tertentu terlebih dahulu dengan menjalankan kursus setempat diikuti dengan pemberian pakej insentif (peralatan, benih dan kemudahan sokongan)
Jadual 6. Unjuran Jumlah nelayan dan Sektor Swasta yang terlibat dalam Industri Rumpai Laut, 2010
Bil. | Daerah | Nelayan | Sektor Swasta |
01. | Semporna | Nelayan:6,000 orang | Syarikat: 11 buah |
02. | Kunak | Nelayan:500 orang | Syarikat: 1 buah |
03. | Lahad Datu | Nelayan:500 orang | Syarikat: 1 buah |
04. | Pitas | Nelayan: 50 orang | – |
05. | Kudat | Nelayan: 200 orang | Syarikat: 1 buah |
06. | Kota Belud | Nelayan: 25 orang | |
07. | Kota Kinabalu | – | Syarikat: 10 buah |
Jadual 7. Kawasan Berpotensi Pengkulturan Rumpai Laut di Sabah
Bil | Daerah | Lokasi | Keluasan (ekar) |
01. | Semporna | Kerindingan Pulau Bum-Bum (timurlaut)
Pulau Selakan Sebangkat Sibuan Pulau Pababag Pulau Omadal |
15,000
3,500 1,000 7,000 5,000 2,500 10,000 |
02. | Kunak | Pulau Timbun Mata Pulau Pababag | 3,000
2,500 |
03. | Lahad Datu | Silam Membatu
Lok Giong |
1,000
500 500 |
04. | Pitas | MalubangTanjung Piring | 250
500 |
05. | Kudat | Sibogo Laksian
Teluk Long |
1,000
1,000 1,000 |
06. | Kota Belud | Kg. Baru-Baru Buah Pandai
Pulau Mantani |
200
100 500 |
07. | Kota Kinabalu | Perairan Pulau Karang-Karangan,
Pulau Mengalum |
50,000 |
4.4 Pembangunan Industri Hiliran
Menggalakkan pembangunan kilang ‘ekstrak carraganen’ oleh sektor swasta.
4.5. Tenaga kerja
Kursus-kursus dilaksanakan di IPT, Institut Kemaharian MARA, dan lain-lain agensi.
4.6 Pembangunan dan Penyelidikan
Kajian pencegahan penyakit rumpailaut dan automasi dalam pengkulturan dan pengeringan yang akan dijalankan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau sektor swasta.
5.0 UNJURAN PENGELUARAN RUMPAI LAUT
Dalam masa 10 tahun akan datang unjuran ran rumpailaut negeri Sabah adalah seperti jadual berikut;
Jadual 8 Unjuran Pengeluaran Rumpai Laut Sabah, 2000-2010
Tahun | Kuantiti Rumpai Laut Basah
( m.t.) |
Kuantiti Rumpai Laut Kering
( m.t.) |
2001
2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 |
47,000
56,000 68,000 80,000 87,000 96,000 108,000 117,000 125,000 135,000 |
4,700
5,600 6,800 8,000 8,700 9,600 10,800 11,700 12,500 13,500 |
6.0 STRATEGI JABATAN PERIKANAN
Dalam mencapai matlamat pembangunan industri rumpai laut, jabatan telah mengatur beberapa langkah dalam masa jangka panjang (10 tahun) seperti berikut;
6.1 Kawasan pembangunan rumpai laut
6.1.1 Membuat kajian terperinci kesesuaian tapak pengkulturan
6.1.2 Jabatan membuat kertas kerja pelan pembangunan setiap daerah dan dikemukakan kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah di daerah berkenaan
6.1.3 Jabatan mewartakan ladang pengkulturan dengan menandakan tapak ladang untuk dibahagi-bahagikan kepada nelayan dan syarikat yang berminat disetiap kawasan yang telah dikenalpasti sesuai
6.1.4 Kawasan pembangunan rumpai laut diterbitkan dalam bentuk risalah
6.1.5 Program ini dijalankan sekurang-kurangnya dalam masa 6 bulan untuk satu daerah
6.2 Mula mengembangkan projek
6.2.1 Kenalpasti 2-5 orang nelayan berminat disetiap kawasan untuk memulakan projek pengkulturan rumpai laut
6.2.2 Jabatan memberikan pakej insentif penuh kepada nelayan berkenaan dan anggota jabatan bersama para nelayan tersebut membuat ladang pengkulturan
6.2.3 Untuk pengkultur yang telah maju, jabatan menggalakkan pengkultur mengusahakan pengeluaran benih dan jabatan membeli benih dari nelayan tersebut sebagai insentif
6.3 Pembangunan secara berkelompok
Jabatan menggerakkan pengkultur rumpai laut menubuhkan persatuan berdasarkan kawasan/ladang yang dinamakan mengikut kawasan. Kaedah ini untuk memudahkan jabatan membuat program pengembangan atau lawatan kerja susulan
6.4 Usahasama sektor swasta – pengkultur rumpai laut
Jabatan sebagai penggerak mempelawa eksporter rumpai laut mengurus ladang pengkultur dengan berdasarkan ‘çontract farming’.
6.5 Kursus/Latihan
Dijalankan pada kawasan bakal pengkultur dengan mempastikan nelayan betul-betul berminat atau kursus setempat dalam masa 1-3 hari.
Panduan kursus dikemukan kepada institut-institut tempatan untuk dapat diajarkan kepada pelajarnya.
6.6 Pakej insentif (Bantuan peralatan dan benih rumpai laut)
Jabatan hanya memberikan pakej insnetif sebanyak 2 kali untuk setiap pengkultur.
6.7 Sarana dan kemudahan
Untuk setiap kawasan atau kelompok pengkultur sebanyak 2-5 orang didirikan pondok penjemuran dan kemudahan ini hanya diberikan sekali. Kerosakan dibaiki oleh kelompok pengkultur berkenaan.
6.8 Pengembangan
Kegiatan lawatan kerja susulan oleh anggota jabatan dijadualkan sekurang-kurang setiap minggu untuk kawasan yang baru memulakan usaha dan selama 2 atau 4 minggu untuk pengkultur yang telah berjaya.
6.9 Penyelidikan
Jabatan membuat penyelidikan melalui IRPA (dijalankan oleh Cawangan Penyelidikan) dan kertas kerja dikemukakan kepada IPT berkenaan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan mengenai masalah tertentu atau berfaedah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh industri rumpai laut.
7.0 PENUTUP
7.1 Pengenalan industri rumpai laut ini dapat dijadikan sebagai maklumat oleh pelabur-pelabur dalam dan luar negeri bagi menjalankan usaha ini secara skala besar kerana memberikan pulangan ekonomi yang lumayan.
7.2 Jabatan Perikanan akan memberikan bantuan selaras dengan kemampuannya.
Koperasi kami berminat melibatkan diri di dalam industri ini dan maklumat yang diberikan dapat membantu kami. Terima kasih.
Terima kasih di atas info yang cukup bermakna
Industri rumpai laut berpontensi dan boleh membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan asalkan semua pihak ikhlas berganding bahu.
Industri rumpai laut memang menguntungkan asalkan serius dilaksanakan.
Saya amat berminat untuk memulakan projek rumpai laut di semenanjung malaysia(ie kedah penang atau perlis).adakah itu sesuatu yg mustahil?
Saya adalah pengeluar rumpai laut kering.Jika pihak anda berminat untuk membeli bekalan rumpai laut kering berkualiti dari saya,boleh hubungi saya 0128279617.
Saya boleh menghantar bekalan untuk area Kota Kinabalu sahaja.TQ
keluarga sya pengusaha rumpai laut basah & kering. jika ada pihak yg ingin membeli or membeli bekalan tersebut bole hubungi ke talian ini En.Hj. Abd. Karim b. Sahadan di talian 0178087493 area seluruh sabah, Tq !
salam saya nak tanya rumpai kering warna ungu berapa ringgit sekilo?