MENGKULTUR TUMBUHAN AKUARIUM BERNILAI KOMERSIAL

Perdagangan ikan hiasan kini semakin berkembang di dunia. Ini termasuk negara kita Malaysia yang menjadi salah satu pengeksport ikan hiasan utama di dunia. Negara-negara pengimport utama ikan hiasan Malaysia terdiri dari Jepun, Indonesia, Perancis, Jerman, Hong Kong, China, Australia dan Brunei.

Apabila diperkatakan industri ikan hiasan, ia juga bermaksud peralatan akuarium, batu dan pasir, makanan ikan, ubat-ubatan dan tumbuhan akuatik. Malaysia juga merupakan salah sebuah negara pengeksport utama tumbuhan akuatik di mana Johor merupakan satu-satunya negeri pengeluar tumbuhan akuatik di Malaysia. Singapura menjadi pengimport utama tumbuhan akuatik dari Malaysia.

Perangkaan pengeksportan tumbuhan akuatik dari tahun 2002 hingga 2004 melalui Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan dan Kuarantin (PPKIK), Gelang Patah, Johor adalah seperti rajah di bawah:

Di Malaysia terdapat lebih 200 jenis tumbuhan akuatik yang dieksport antaranya ialah Riccia fluitans, Azolla japonica, Salvinia auriculata, Marsilea angustifolia, Ceratopteris thalicroides, Bolbitis heudelotii dan lain-lain. Bagi meningkatkan industri tumbuhan akuatik ini, Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT), Jelebu, Negeri Sembilan telah berjaya mengkultur beberapa tumbuhan akuatik secara tisu didik seperti Cryptocoryne lucens danBacopa monneira.

Kelebihan dan kebaikan kaedah tisu didik ini bagi tumbuhan akuatik antaranya adalah:
• Ia akan mempercepatkan kadar tumbesaran dan penghasilan tumbuhan ini dalam jumlah yang banyak.
• Tumbuhan yang dihasilkan terjamin kualitinya kerana ia terhasil dari klon-klon yang terpilih.
• Tumbuhan yang terhasil juga bebas dari sebarang makhluk perosak seperti serangga, kulat dan bakteria.
• Variati-variati baru juga boleh dihasilkan melalui manipulasi genetik.

Teknik Tisu Didik Tumbuhan Akuatik
Peringkat 1:
• Tumbuhan akuatik diambil dari kawasan semulajadi atau dari ladang tumbuhan akuatik.

Peringkat 2:
• Penyediaan stok dan media
• Pengsterilan media dengan kaedah autoklaf
• Pengsterilan tumbuhan akuatik

Peringkat 3:
• Pengkulturan tumbuhan di dalam media
• Inkubasi tumbuhan akuatik

Peringkat 4:
• Penanaman tisu didik tumbuhan akuatik di dalam akuarium

Keterangan gambar:

1. Ladang tumbuhan akuatik
2. Penyediaan media
3. Media dimasukkan ke dalam botol sebelum diautoklaf.
4. Peralatan untuk mengkultur tumbuhan akuatik yang disediakan dalam keadaan steril di dalam alat laminar air flow.
5. Tumbuhan akuatik dikerat kecil-kecil sebelum dibiak di dalam botol kultur
6. Keadaan tisu didik pada hari pertama
7. Peralatan untuk mengkultur tumbuhan akuatik yang disediakan dalam keadaan steril di dalam alat laminar air flow.
8. Tumbuhan akuatik dikerat kecil-kecil sebelum dibiak di dalam botol kultur
9. Keadaan tisu didik pada hari pertama
10. Tisu didik pada hari kesepuluh
11. Tisu didik Cryptocoryne lucens selepas 40 hari
12. Tisu didik Bacopa monniera selepas 30 hari
13. Tisu didik Cryptocoryne lucens di dalam botol-botol kultur.
14. Inkubasi tisu tumbuhan akuatik di dalam bilik kultur

9 thoughts on “MENGKULTUR TUMBUHAN AKUARIUM BERNILAI KOMERSIAL

  1. tak sangka tumbuhan akuatik ini juga boleh di kltur tisu…saya kultur pisang, orkid n cendawan. macam berminat nk tau lebih lagi.

  2. hi,
    saya pernah ada ada pengalaman dalam membuat tisu didik berkaitan pisang, mungkin kita boleh berkongsi pengalaman..

  3. Salam Sejahtera.

    Saya ingin bertanya lebih lanjut mengenai Perangkaan pengeksportan tumbuhan akuatik dari tahun 2002 hingga 2004 melalui Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan dan Kuarantin (PPKIK), Gelang Patah, Johor.

    Bolehkah saya mendapatkan data perangkaan tersebut.

    Terima kasih.
    Amirul Faiz
    amiroul.faiz@gmail.com

  4. Saya nak tahu camane penyediaan bahan utk kulture tisu orkid atau tumbuhan yg lain. Boleh terangkan? Atau ada yg lagi mudah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s