![]() |
Jurujual, Wan Suhaida Salleh melayani pelanggan yang datang membeli kuih-muih di syarikat MHP Interprise, Sungai Besar, semalam.
|
SUNGAI BESAR 22 Sept. – Memasuki 10 hari terakhir Ramadan menyerlahkan lagi kemeriahan suasana Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.
Jika sebelum ini umat Islam tertumpu ke pasar-pasar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa, kini keadaannya mula berubah apabila mereka lebih mengunjungi gerai-gerai yang menjual kuih raya pula.
Dan sejajar dengan minat orang ramai terhadap kuih-muih tradisional, MHP Enterprise yang mengeluarkan kuih-muih tradisional serta makanan ringan mula meningkatkan pengeluarannya bagi memenuhi permintaan orang ramai.
Kilang syarikat itu yang terletak di Parit 7 Sungai Leman Sekinchan di sini mula dikunjungi orang ramai untuk membeli kuih-muih yang sudah siap dibungkus atau membuat tempahan mengikut keperluan masing-masing.
Pengurus Jualan syarikat berkenaan, Musliha Punari berkata, sehingga kini, pihaknya terus menerima tempahan di samping mengadakan jualan terus.
Selain di kilang tersebut, produk syarikat juga boleh diperoleh di Pasir Penambang, Kuala Selangor dan di Pusat Pengumpulan Pertanian di Sungai Leman, Sabak Bernam.
Antara produk yang dihasilkan oleh syarikat itu termasuk pelbagai jenis baulu, kuih ros, kuih sepit, kuih bunga bangkit santan, biskut Mazola, dodol, batang buruk dan sebagainya.
Makanan ringan yang dihasilkan pula ialah pelbagai jenis kerepek termasuk kerepek bawang, ubi dan pisang, pelbagai rempeyek, jejari udang dan bilis serta meruku.
Menurut Musliha, untuk memenuhi permintaan, pihaknya menambah tenaga pekerja dengan mengupah suri rumah dan ibu tunggal selain operasi kilang dilanjutkan hingga larut malam.
Katanya, kedatangan Aidilfitri setiap tahun pasti menambah rezeki syarikat itu dan penduduk sekitar berikutan permintaan dan hasil jualan meningkat berlipat kali ganda.
“Kebanyakan pelanggan datang sendiri ke kilang atau ke pusat jualan untuk membeli kuih-muih dan makanan ringan selain membuat tempahan terutama bagi pelanggan dari luar kawasan,” katanya.
salam pn.musleha..
sy merupakan seorang student dan memulakan prniagaan di sekolah dan kilang2 pd pertengahan bln 7 ni.. klo sy dtg untuk beli sample dhulu n andai byk permintaan br sy beli sekali bundle boleh?? sy br nk berjinak2 dlm perniagaan…ermm jgn risau wlpn sy student sy xda mslah dr segi kewangn.. insyaAllah