Ikan doktor rawat kulit

KUALA LUMPUR: Kembali ke alam semula jadi, itulah yang giat dipraktikkan orang masa kini termasuk dalam dunia perubatan dan rawatan kecantikan. Penggunaan hormon dan bahan kimia sintatik yang nyata memberi kesan sampingan, membuatkan pengguna beralih kepada kaedah tradisional menggunakan ikan, lintah serta cacing.

Garra rufa, mungkin satu nama baru di negara kita tetapi tidak di Asia Barat, Korea Selatan dan Jepun. Malah terapi ikan kecil ini yang digelar ‘ikan doktor’ dan ‘ikan spa’ dikatakan pernah digunakan untuk rawatan kecantikan pada zaman Firaun.

Mungkin gigitan ratusan ikan kecil garra rufa pada mana-mana anggota badan untuk memakan sel kulit mati menggelikan pengguna, namun lama kelamaan ia menyeronokkan. Hanya dengan meletakkan kaki ke dalam kolam, ratusan garra rufa akan menghurung untuk memberikan ‘perkhidmatan’.

Pengarah Urusan Garra Rufa Fish Therapy, Alina Wahid, yang membuka pusat terapi di Bangsar berkata, ikan di premis kecantikannya adalah spesies Garra rufa asli yang diimport dari Turki, Syria, Iraq dan Iran.

“Garra rufa ini adalah yang asli walaupun ia juga boleh didapati di kawasan lain. Ikan ini tidak sekadar menggigit sebaliknya turut melepaskan enzim tertentu pada kulit menjadikan kulit kita halus sekiranya terapi dilakukan berulang kali. Ia juga dikatakan berupaya merawat masalah kulit tertentu seperti psoriasis dan dermatitis,” katanya.

Alina berkata, untuk membezakan antara ikan asli dan bukan adalah cukup mudah kerana apabila anda mengangkat kaki, ikan berkenaan seakan-akan ingin mengikut anda.

“Ikan import ini memerlukan penjagaan teliti. Selain makanan, suhu dalam air akan dikawal dengan baik pada tahap 30 darjah celsius bagi membolehkan ia hidup cergas dan sihat.

“Setiap tiga jam sebanyak 10 hingga 20 peratus air dalam kolam berkenaan akan dipam keluar dan air baru akan dimasukkan. Begitulah seterusnya dalam usaha memastikan ia sentiasa bersih. Malah air turut dirawat dengan sinar ultra violet,” katanya.

Beliau berkata, seekor Garra rufa berharga RM50 dan kolam di pusat rawatannya boleh memuatkan lebih 10,000 Garra rufa.

Justeru, bagi memelihara keselamatan dan kesihatan ikan, setiap pengunjung perlu membasuh kaki terlebih dulu sebelum merendam dalam air. Selain itu, makanan atau minuman tidak dibenarkan ketika rawatan bagi mengelakkan air di dalam tercemar sekali gus membunuh ikan berkenaan.

Pusat rawatan yang terletak di Jalan Telawi 4 menyediakan terapi dengan harga hanya RM38 untuk 30 minit. Ia beroperasi Isnin hingga Khamis mulai jam 10 pagi hingga 3 petang.

Sementara itu, pusat rawatan garra rufa terkenal di Turki dikenali sebagai Kangal Thermal Springs dekat Kavak. Ikan di habitat asal dikatakan memakan organisme halus yang mendiami takungan air panas. Ketika menggigit, Garra rufa mengeluarkan enzim unik iaitu dithranol (anthralin).

Ada spesies lain seakan-akan Garra rufa iaitu Farra annandalei dari India, timur Nepal dan Bangladesh), Garra cambodgiensis (Sungai Mekong, lembangan Chao Phraya serta Malaysia), Garra fuliginosa (Sungai Chao Phraya dan Mekong), Garra ceylonesis (Sri Lanka), Gryrinocheilus aymonieri (Mekong, Chao Phraya dan utara Semenanjung Malaysia), Garra congoensis (ulu Sungai Congo), Garra imberba (China), Garra flavatra
(Myanmar), Garra gotyla (Pakistan, India, Bangladesh dan ulu Myanmar), Garra mullya (seluruh India kecuali Assam dan Himalaya) dan Garra bicornuta (India).

PROFAIL

Nama saintifik: Garra rufa

Keluarga: Cyprinidae (kap)

Saiz: 10 hingga 15 sm

Asal: Sungai di Iraq, Palestin, Jordan, Turki dan Syria. Ada laporan dikesan di Arab Saudi dan Oman.

Habitat: Menurut laporan Krupp dan Schneider, kebanyakan garra rufa mendiami saliran berlumpur, sungai dan tasik.

Air: Suhu di tempat asal antara 15 hingga 28 Celsius. Dalam kolam air panas, ia mampu hidup pada suhu 37 Celsius

Peluang baik pada bakal penternak…lepas ni boleh le bela ikan ni pulak..

One thought on “Ikan doktor rawat kulit

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s