Rezeki biskut raya Aidilfitri

Fatimah Abdul Ghafar (kiri) menyelia proses pembuatan biskut almond London di bakerinya di Taman Seri Rembau, Negeri Sembilan.


REMBAU 21 Sept. – Setiap kali musim hari raya, Fatimah Abdul Ghafar, 61, sibuk dengan perniagaan biskut raya yang menambahkan rezeki kepada perniagaan yang telah diusahakannya sejak 20 tahun lalu.

Dia yang merupakan pemilik Mahera Enterprise berkata, dengan pekerja seramai lapan orang, syarikatnya akan memastikan setiap permintaan dan tempahan biskut raya yang diterima dapat disiapkan mengikut jadual.

Katanya, syarikatnya menghasilkan beraneka jenis biskut raya antaranya tat nenas, biskut cip coklat, almond London, biskut kuaci nestum, bangkit sagu, samperit dan biskut kelapa.

”Setiap kali musim perayaan kami terpaksa bekerja lebih masa bagi memastikan tempahan pelanggan dapat disiapkan.

”Kalau diikutkan, memanglah penat tetapi kami perlu pastikan semua biskut yang ditempah atau yang akan dijual siap mengikut jadual. Kami juga akan pastikan kualiti setiap biskut raya sentiasa terjaga,” kata bekas guru itu ketika ditemui di bengkelnya di Chengkau dekat sini hari ini.

Fatimah berkata, dia memulakan perniagaan itu hanya dengan bermodalkan RM300.

”Ketika itu saya masih lagi bertugas sebagai guru. Setelah bersara kira-kira empat tahun lalu, saya mengusahakan pembuatan biskut raya secara komersial dengan membuka sebuah bakeri di Taman Tuanku Ja’afar, Seremban.

”Pada tahun 2005, lokasi bakeri saya dipindahkan ke Chengkau dan pada Ogos tahun ini, sebuah lagi cawangan dibuka di Taman Seri Rembau,” ujar bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rahang, Seremban, itu.

Ujar Fatimah, kedua-dua bakeri miliknya itu lengkap dengan peralatan membuat biskut raya seperti ketuhar, pengadun, peti sejuk dan mesin membungkus.

”Sebahagian peralatan merupakan subsidi daripada Jabatan Pertanian manakala sebahagian lagi dibeli dengan modal sendiri,” katanya lagi.

Selain biskut raya, katanya, Mahera Enterprise turut menghasilkan kuih baulu, kuih bakar (bumbai), tempeyek, batang buruk, dodol, wajik, kek dan muffin.

Tambahnya, biskut raya keluaran syarikatnya dijual kepada pemborong serta kedai-kedai runcit di sekitar daerah ini.

”Insya-Allah, mulai tahun depan Mahera Enterprise akan membekalkan produk makanan ke Pasar Raya Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor,” katanya lagi.

Ditanya tentang perancangannya, Fatimah berhasrat untuk membuka sebuah kilang khusus untuk menghasilkan biskut raya serta produk makanan keluaran syarikatnya dalam masa lima tahun akan datang.

Menurutnya lagi, orang ramai boleh menghubungi talian 06-6853357 atau 019-6522427 serta melalui faks di 06- 6781284 untuk maklumat lanjut tentang biskut raya dan produk makanan lain keluaran Mahera Enterprise.

2 thoughts on “Rezeki biskut raya Aidilfitri

  1. salam..sy dari Trg…berminat untuk menjadi supplier bg negeri Trg & Kota Baru..bley emailkan detail produk yg ada beserta gmbar kalau ada..dan harga borong secepat mgkin…atau bley ctc sy d talian 0169523464/0148270060..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s