Ternakan lintah diperluas

Projek berkelompok galak golongan muda serta industri di Perlis

PADANG BESAR: Perlis bercadang menubuhkan sebuah pusat ternakan lintah secara berkelompok di negeri ini sebagai landasan kepada golongan muda untuk menceburkan diri dalam sektor terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Sabri Ahmad, berkata sehingga kini, 22 belia yang berminat mengusahakan ternakan lintah sudah dikenal pasti untuk menyertai program berkenaan.

Malah, katanya, semua 22 belia terbabit kini sedang menjalani kursus pengurusan dan penternakan lintah melalui sebuah syarikat sejak beberapa minggu lalu.

Beliau berkata, sebagai permulaan, pusat ternakan terbabit akan memberikan fokus kepada industri ternakan lintah dan dijangka diperluaskan sebagai kawasan menternak ikan keli dan cacing menggunakan kaedah ternakan dalam kanvas.

“Kita terima sambutan menggalakkan di kalangan belia yang berminat mengusahakan ternakan lintah. Justeru, cadangan menubuhkan pusat ternakan terbabit akan dipanjangkan dalam mesyuarat negeri terdekat untuk tindakan lanjut.

“Apa pun, saya yakin kerajaan negeri tidak berdepan masalah memberikan bantuan tapak dan keperluan lain kerana bidang ini mempunyai masa depan dan permintaan yang tinggi,“ katanya selepas menemui 22 belia terbabit di pejabat Kemas Beseri, di sini.

Sementara itu, Sabri berkata, pihaknya juga akan turut membincangkan bentuk bantuan yang boleh disalurkan bersama institusi pinjaman tempatan sebagai modal permulaan bagi peserta.

Sehingga kini, katanya, syarikat yang mengendalikan kursus kepada peserta bersetuju memberikan bantuan dari segi latihan, penjagaan serta penyeliaan projek dari semasa ke semasa.

“Justeru, jika projek ini membuahkan hasil, Perlis akan menjadi satu-satunya negeri yang mengusahakan ternakan lintah secara komersial, di samping dapat meningkatkan pengetahuan dan memberikan nilai tambah kepada belia untuk menjana pendapatan sendiri,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s