Ternakan belakang rumah beri hasil lumayan

Wan Mahmud Wan Ibrahim (dua dari kiri) dibantu oleh dua isterinya, Halimaton Saadiah Pandak Hassan (kanan) dan Aminah Jaafar (dua dari kanan) serta anak lelakinya, Zamri Wan Mahmod (kiri) di kandang kambing di belakang rumah mereka di Kampung Tiak, Baling, Kedah, semalam.
– Gambar ISMAIL KAMADIN


BALING 14 Sept. – Minat mendalam terhadap bidang ternakan walaupun bermula dengan usaha kecil-kecilan ternyata menjadi kunci kejayaan kepada Wan Mahmud Wan Ibrahim dari Kampung Tiak, Kupang dekat sini yang kini menjadi penternak kambing berjaya.

Bermula dengan hanya lima ekor kambing yang diternak di belakang rumah, Wan Mahmud, 65, dan keluarganya kini memperoleh hasil lumayan apabila ternakannya kini meningkat 100 ekor.

Selain dibantu anaknya, Zamri, 32, dia dibantu oleh dua isterinya setiap hari bagi memastikan projek ternakan tidak gagal.

Dua isterinya, Aminah Jaafar, 59, dan Halimaton Saadiah Pandak Hassan, 58, memastikan penjagaan dan pemakanan kambing-kambing tersebut terkawal dan teratur.

Dengan tiga buah kandang berukuran 30 meter X 50 meter setiap satu, Wan Mahmud memulakan ternakan kambing baka Australia (F1) iaitu jenis Boer dan Jamnapari sejak dua tahun lalu bermodalkan duit simpanan sendiri.

Wan Mahmud berkata, pada permulaannya, percubaan menternak sebanyak lima ekor kambing Boer menunjukkan peningkatan memberansangkan apabila ada pihak berminat dengan teknik kacukan ternakan yang dijalankannya.

“Selepas menunjukkan perkembangan baik, saya mula menambah induk kambing bagi mendapatkan benih untuk dijadikan baka,” katanya kepada Utusan Malaysia di rumahnya baru-baru ini.

Bapa kepada tujuh anak itu memberitahu, walaupun menternak di belakang rumah, ternyata penjagaan persekitaran, makanan dan kawalan binatang ternakan itu tidak mendatangkan masalah kerana minat mendalam mengatasi segala-galanya.

Jelasnya, harga kambingnya mengikut jenis iaitu antara RM500 hingga RM6,000 seekor yang turut bergantung kepada saiznya.

Lebih menarik, keluarga tersebut tidak mendapat kursus penternakan secara intensif daripada mana-mana pihak namun mereka mahir menyediakan pemakanan dan pengawalan penyakit termasuk penggunaan garam bukit, daun-daun kayu dan dedak bagi membolehkan baka yang dihasilkan terhindar daripada serangan penyakit mulut.

“Kami menggunakan garam bukit, daun-daun kayu dan dedak sebagai makanan kambing supaya ia dapat membesar dengan baik dan terhindar daripada penyakit,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, keluarga Wan Mahmud turut menjadikan kawasan lapang bersebelahan rumah mereka sebagai kawasan tanaman rumput jenis Napier yang menjadi makanan utama kepada ternakan mereka.

Berkat kesungguhan keluarga itu, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah menyediakan peruntukan bagi membesarkan lagi projek ternakan

DAPUR TERBUKA… Sebaik tibanya bulan Ramadan, pelbagai promosi dibuat pihak pengurusan hotel dalam memperkenalkan hidangan berbuka puasa mengikut menu dan resipi istimewa mereka. Hotel The Regency Alor Star juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan kehadiran bulan Ramadan dengan menawarkan pelbagai masakan lazat ala kampung dengan memperkenalkan konsep ‘Dapur Terbuka’ bagi menarik pengunjung. Menurut Pengurus Residen hotel berkenaan, Ibrahim Ishak, pengunjung boleh memilih lebih 100 juadah berbuka puasa yang disediakan oleh tukang masak berpengalaman di Restoran Seribu Gantang yang telah diubah menjadi sebuah restoran moden. Menurut beliau, para pengunjung pasti berpuas hati dengan Bufet Ramadan yang ditawarkan hotel tersebut dengan harga istimewa iaitu serendah RM35 untuk seorang dewasa dan RM18 bagi seorang kanak-kanak berusia berusia bawah 12 tahun. Antara juadah yang disediakan ialah Kambing Panggang Istimewa, Ikan Gulai Sumatera, Ketam Cili Mangga Kuning, Ayam Bambu Tangkir dan Ayam Pandan. “Kami turut menyediakan 10 jenis pelbagai ulam-ulaman, sambal, kuih muih dan jeruk mengikut selera pengunjung. Menu juga berubah setiap hari,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s