MATUNGGONG: Projek penternakan lebah madu berpotensi untuk meningkatkan pendapatan Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) di Sabah, selain dikembangkan kepada masyarakat luar bandar dalam membantu usaha kerajaan menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2010.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan, berkata program ternakan lebah madu yang dikendalikan Koperasi Pembangunan Desa (KPD) di beberapa daerah di Sabah bukan saja mampu membebaskan KIRMT daripada garis kemiskinan, malah memberi pendapatan lumayan.
“Istimewanya menternak lebah madu ialah ia tidak perlu diusahakan sepenuh masa dan KPD turut memberi latihan kepada mereka yang berminat.
“Ia termasuk membekalkan peserta dengan peralatan menternak dan menuai selain diberi kursus berkaitan penternakan lebah madu,” katanya ketika melawat Kilang Pemprosesan Madu Lebah di pekan Sikuati, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong, Sarapin Magana; Adun Kiulu, Datuk Louis Rampas dan Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Yusof Osman.
Ketika ini, seramai 300 peserta mengikuti program KPD secara kontrak dalam program pembasmian kemiskinan di Matunggong.
Program pembasmian kemiskinan itu membabitkan peruntukan RM13.1 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi projek penternakan lebah madu 2007-2009.
Tahun ini, KPD mengenal pasti 250 peserta KIRMT dengan peruntukan RM4.1 juta juta manakala 250 peserta lagi akan terbabit tahun depan.
Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri berkata, ramai penternak lebah madu berjaya di daerah berkenaan termasuk Francis Magopal yang menjadi Penternak Contoh 2007 dengan pendapatan kira-kira RM10,000 sebulan.
“Saya difahamkan ramai penternak berjaya mendapat pendapatan melebihi RM5,000 sebulan.
“Justeru, program ternakan lebah madu harus dimanfaatkan penduduk luar bandar kerana ia berpotensi besar selain mendapat permintaan tinggi,” katanya.
tahniah kpd pengusha2 yang telah berjaya, syabas kpd KPD yang memberi khidmat nasihat, harap dpt di teruskan. Suatu hari saya juga akan menceburi dlam bidang tersebut selepas tmt bekerja di saudi arabia, disini pun ramai tok2 arab ternak lebah madu kotak lebah besar2 x sama mcm di malaysia. t ksih
bila nak ada kursus ternak lebah di bahagian utara semenanjung ?
bila nak ada kursus ternak lebah di bahagian utara semenanjung ?macam mana dengan nak cari induk Queen lebah
saya amat bersetuju jika program ini dijalankan di malaysia dan harus disegerakan.
amat dialu-alukan jika program ini berjaya dilaksanakan,dipakejkan sekaligus jenis-jenis lebah berkenaan kpd bakal pengusaha2.
trima kasih
saya amat berminat untuk menternak lebah madu.
masalahnya sekarang susah utuk mendapat mendapat bekalan lebah madu sekarang ni.
sesiapa yang ada senarai pembekal lebah madu di semenanjung malaysia.boleh imilkan pada saya. anakmelayusinglong@yahoo.com.
terima kasih…
teruja dan berminat dengan bidang ini masalahnya tiada tompek nak ternak, den takdo tanah cam no, kjaan boleh bantu ko utk dapekkan tompek .
den tak kisah dalam utan mano pun boleh kalau kjaan bagi tanah utk buek projek ni.
satu laie bagilah den kursus, supaya ia berjalan lancar dan idaklah ianya terseket separoh jalan jo.
den bonar2 ikhlas nak buek projek ni,bukan nak main-main. nak jayakan saranan kjaan dalam menjayakan meb.
saya dari terengganu, saya benar2 ingin menceburi bidang ini dan mohon pihak yang berkenaan dapat membantu.
1.bagaimana nak dapatkan induk lebah?
2.induk lebah tersebut perlu di tempat kan bagaimana?
3.di mana peralatan penternakan lebah boleh saya dapatkan di terengganu, terutamanya sarang lebah tiruan yang di pasangkan pada frame tersebut?
saya amat berminat untuk menternak lebah madu.
masalahnya dimana boleh saya mengikuti kursus ternak lebah ni(di Semenanjung).
sesiapa yang ada maklumat mengenai kursus ternak lebah madu harap dapat maklumkan kepada saya. boleh emilkan pada saya. thesaint.y5@gmail.com.
terima kasih…
salam. saya juga berminat menternak lebah madu kerana dinegara saya kemungkinan belum mempunyai ternakan tersebut. dimana saya mendapatkan ratu lebah? sila email pestcontrol2000@live.com
salam, boleh tlg
Salam, saya berminat untuk ternak lebah, di mana boleh saya mendapatkan ratu, saya tingal d melaka tlg e-mel asri.mansor@tnb.com, atau cal 0195774180
saya ingin dapatkan contact no penternak lebah untuk mendapatkan maklumat cara-cara mengadakan sarang dan ratu lebah untuk kegunaan sendiri. Objektif 1 home 1 hive.. so leh kurangkan penggunaan gula makan.. sy brada di kelantan… 0199568683… zul_sani85@yahoo.com…
Sy pun nk
sy msih bljar…..tpi da ade perangan untok ternak lebah madu…saya perlukan tenaga penjar untok mndalami lebih mndalam dlam perternakan lebah madu ni….bolew tolong saya mendapatkan tempat2 yang boleh saya pergi bljar untok bidang ni??????