KUALA LIPIS 2 Sept. – Jabatan Perikanan Pahang menyediakan 30 tangki dan 400 benih ikan keli secara percuma kepada orang ramai yang berminat menceburi bidang ternakan ikan air tawar di daerah ini.
Ketua Perikanan Daerah Kuala Lipis, Mat Rani Yunus berkata, bagi tujuan itu, pihaknya juga menyediakan empat beg makanan ikan, Effective Microorganism (EM) bagi mempercepatkan pembesaran haiwan ternakan itu.
Menurut beliau, kemudahan itu disediakan sejajar dengan program Bumi Hijau sempena Dasar Jaminan Makanan Nasional yang dilancarkan di peringkat daerah itu, baru-baru ini.
“Jabatan Perikanan negeri memberi fokus terhadap ternakan ikan keli bagi meningkatkan pengeluaran di daerah ini,” katanya pada majlis taklimat kepada pengusaha ternakan ikan keli di bilik gerakan Pejabat Pertanian Daerah di sini baru-baru ini.
Mat Rani memberitahu, sehingga kini, terdapat 150 pengusaha ikan keli dan 120 tangki disediakan di daerah itu.
Menurutnya, kebanyakan peserta terbabit terdiri daripada kakitangan awam berpendapatan rendah dan penternak yang berpengalaman.
“Bagi kakitangan awam yang berpendapatan rendah, penglibatan mereka dalam bidang ini dapat meningkatkan lagi pendapatan isi rumah selain mengurangkan bebanan perbelanjaan yang semakin meningkat pada masa ini.
“Kita juga menggalakkan golongan belia menceburi bidang ternakan ikan air tawar ini bagi menjana pendapatan mereka pada masa depan,” jelasnya.
Menurut beliau, menerusi teknologi terkini yang disediakan oleh Jabatan Perikanan, ia mampu meningkatkan pengeluaran ikan keli di daerah itu.
Orang ramai yang berminat untuk terlibat dalam projek ikan keli diminta menghubungi talian 09-3121900 atau datang terus ke Pejabat Perikanan daerah.
Saya amat berminat dengan usaha yg dimajukan oleh pihak jpdkl.Saya menpunyai halaman rumah yg luas untukmenjalankan aktiviti ikan keli ini.Soalan saya…bolehkah aktiviti ini dijalankan dihalaman rumah saya.Dan hasil drpd projek ikan keli ini dimana saya harus pasarkan dan adakah sell back agreement seperti kendalian syarikat lain?tq
Saya lihat ramai pengusaha ikan keli menjalankan perniagaan mereka di halaman rumah..so, ianya tidak menjadi halangan utk berbuat demikian. Selain dari berurusan dengan FAMA, pihak tuan boleh mencari pasaran sendiri example contract farming dengan mana2 pemborong atau hotel2 dan pasaraya.
saya berminat untuk menternak ikan keli dalam tangki/ kanvas. Di manakah saya boleh mengikuti kursus jangka pendek serta khidmat nasihat? Jika di Maran, pihak manakah yang boleh saya hubungi?
Terima kasih.
Saya amat berminat untuk menceburi bidang penternakan ikan keli. Di manakah boleh saya hadiri kursus di Daerah Kuantan. Adakah apa-apa syarat lain untuk melayakkan saya menghadiri kursus dan berapakah kos pembayarannya? Pihak manakah yang boleh saya hubungi dengan kadar segera kerana buat masa ini saya masih belum ada apa-apa tugasan lain.
Saya, Shhabana Bin Mohd. Yasim sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) tahun kedua di Universiti Malaysia Terengganu. Buat masa sekarang saya memegang jawatan Exco Publisiti kos saya. Saya bersedia sekiranya pihak tuan ingin menawarkan sebarang seminar atau apa-apa program berkaitan akuakultur, sebarang iklan mana-mana agensi atau sebarang bimbingan dari pihak tuan.
Pihak saya begitu mengharapkan sokongan pihak tuan sepanjang kami meneroka bidang akuakultur di Malaysia ini demi memangkin ekonomi tanah air pada masa hadapan. Saya akan menghebahkan kepada rakan-rakan sealiran saya jika pihak tuan mengirim sebarang penawaran yang memerlukan keahlian yang ramai. Diharapkan pihak tuan sedia maklum, terima kasih atas perhatian. (nombor handphone saya: 60179565900)
sekom…ayah saya ingin mengusahakan tanah tinggalan arwah atok saya…ayah saya mahu menternak ikan keli….die menyuruh saya mencari sumber2 yang boleh dibuat rujukan untuk inpian nyer itu..boley x pihak encik menolong saya?dr mana saya mhu mendapatkan maklumat dan apa yang patot saya lakukan?tanah nyer di simpang renggam johor dan ayah saya menetap di pasir gudang johor
saya berminat menternak ikan keli dan telah menternak ikan tersebut ,boleh saya tahu kemana kah hendak jual ikan tersebut apabila ia matang kelak ?….
from kuching sarawak .
syarikat saya membeli ikan keli di kuching.kamu boleh jual dengan saya.no hp saya 0146827840.hubungi saya.
assalamualaikum…. saya muhamad hairun anuar bin ibrahim saya daripada sekolah lg berminat dgn ternakan ikan keli.sekarang ni saya ada 10bijik kolam tanah (20x30kaki)skrg saya nak pekembangkan projec saya.mcm mana kah hendak saya mempeluaskan projeck pembenihan anak ikan keli saya…??? from pahang keratong 6. call 103 3062387
salam… saya ingin menternak ikan keli dalam kolam simen…… di manakan saya boleh mendapat krusus- krusus mengenai ikan keli
pandai-pandai lah cari sendiri
Assalamualaikum, saya ada membekalkan benih keli 2 dan 3 inci,harga 6 sen dan 9 sen,harga masih boleh kurang mengikut kuantiti yang ditempah,sila hubungi hafiz 017-2190540 tq
assalamualaikum…
sye plajar jurusan teknologi maritim di universiti pertahanan nasional malaysia..
sy nak tnyer, bolehkah sy hendak mmbuat praktikal di jbtn perikanan…
saya baru naj berjinak2 ngan projek keli bro. kat mana blh saya dapatkan krusus nya singkat
0139913110
ada siapa berminat untuk tunjuk ajar ku sifu????????????
saya jengka kawasan maran