BAGAN DATOH: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Perak melancarkan projek ladang kontrak tanaman pisang abu seluas 121 hektar di mukim Rungkup yang disertai 25 pekebun kecil kelapa bagi memenuhi permintaan buah berkenaan yang semakin meningkat.
Pengarahnya, Basri Jasmo, berkata pisang jenis itu dari mukim Rungkup menerima permintaan tinggi di pasaran tempatan kerana dikatakan berkualiti tinggi.
Katanya, sehingga kini pihaknya banyak menerima permintaan terutama dari Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor yang ingin mendapatkan pisang abu dari mukim berkenaan dalam bilangan banyak untuk dijual di negeri berkenaan.
“Bagaimanapun, oleh kerana pengeluaran hasilnya yang kurang, Fama hanya mampu memenuhi permintaan itu dengan bekalan terhad.
“Pisang abu dapat hidup subur di mukim ini mungkin kerana keadaan tanahnya yang `berlumpur masam’ sehingga tanaman itu boleh mengeluarkan hasil yang banyak selepas 12 bulan ditanam,” katanya kepada Berita Harian selepas menemui 20 pengusaha produk kampung di sini, semalam.
Basri berkata, setakat ini seramai 600 pekebun kecil terbabit menanam pisang abu di kawasan kebun kelapa milik mereka seluas 3,000 hektar.
Beliau berkata, purata pekebun kecil memperoleh pendapatan tambahan RM1,000 sebulan sehektar hasil jualan pisang abu dengan harga jualan runcit, 75 sen sekilogram.
Katanya, kebanyakan pisang abu dijual secara mentah dan diproses menjadi kerepek yang permintaannya semakin bertambah terutama menjelang Ramadan dan Aidilfitri.
Justeru, katanya, menerusi ladang kontrak yang diwujudkan itu, pihaknya berharap dapat membantu petani untuk menambah pendapatan kerana pasarannya yang terjamin.
“Pekebun kecil tidak perlu bimbang kerana Fama sedia membantu mereka bagi mendapatkan pasaran berikutan dengan permintaan pisang abu yang menggalakkan di seluruh negara.
“Fama akan memperluas projek ladang kontrak ini dari semasa ke semasa dan pada masa sama berusaha memenuhi permintaan pemborong yang membuat tempahan awal, ” katanya.
salam…bagaimanakah saya boleh mendapatkan benih pisang abu ini dan berapakah kos untuk memulakan penanaman pisang ini.
salam bagaimana dalam pemasaran pisang berangan ?Adakah fama mempunyai market dalam pisang berangan ?
Terima kasih
ada tak pemborong pisang jenis cavendish? call adi 017 4801012
bagaimana hendak mendapatkan batuan binih pisang abu. saya sedang menyedia tapak sekarang ini.keluasan 5 ekar
salam,saya memang tgh mencari pembeli benih pisang(semua jenis),jika minat hubungi 0193866261