Kaji khasiat kunyit angin

JOHOR BAHRU 23 Ogos – Para penyelidik perubatan hari ini dipelawa untuk melakukan penyelidikan saintifik terhadap keberkesanan dan khasiat pokok kunyit angin yang mempunyai banyak kegunaan terutama dalam perubatan tradisional. Pemilik pokok tersebut, Dr. Mohd. Noh Abd. Jalil, 56, berkata, kunyit angin atau nama saintifiknya curcuma inodora didapati boleh menghasilkan pati minyak untuk dijadikan bahan campuran minyak urut dan minyak angin.

“Setahu saya, kunyit angin ini banyak gunanya. Memandangkan ilmu pengetahuan saya terhad, jadi biarlah pakar dalam bidang berkenaan melakukan penyelidikan,” katanya ketika ditemui pada Karnival Ekonomi Islam 2008, Plaza Larkin, Larkin di sini semalam.

Pesara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu berkata, pokok kunyit angin seberat tiga kilogram itu ditanam setahun lalu.

Katanya, benih pokok tersebut diambil daripada seorang rakan yang memperoleh benihnya dari sebelah utara Semenanjung.

“Saya memang ada menanam beberapa pokok kunyit angin di kawasan rumah. Nanti kalau ada permintaan tinggi barulah saya bercadang untuk menanam secara komersial,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s