serdang 22 Ogos – Khabar gembira untuk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) apabila Agro Bank memutuskan untuk menambah jumlah pinjaman skim kredit mikro bagi Modal Usahawan Tani (MUST) kepada kadar maksimum RM40,000 dalam tempoh dua bulan lagi.
Naib Presiden Agro Bank, Ab. Malik Ahamad berkata, skim tersebut hanya dibuka kepada usahawan IKS yang berhasrat untuk membuat pinjaman kali kedua dan seterusnya.
”Kita telah memutuskan untuk meningkatkan jumlah pinjaman, memandangkan pinjaman maksimum sebelum ini iaitu sebanyak RM20,000 tidak mencukupi sehingga ada di kalangan pengusaha yang terpaksa membuat pinjaman dengan Agro Bank secara berulang kali bagi mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di sini hari ini.
Beliau memberitahu, untuk tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, Agro Bank telah meluluskan pinjaman kepada 10,000 usahawan IKS yang ingin memulakan perniagaan di bawah skim kredit mikro sebanyak RM121.4 juta.
Menurut Ab. Malik, sebanyak 90 peratus usahawan di bawah skim kredit mikro telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka kepada 50 peratus dalam tempoh setahun hingga dua tahun sahaja.
”Statistik ini diperoleh daripada kajian yang dibuat hasil kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) selama enam bulan pada pertengahan tahun lalu bagi menilai keberkesanan skim kredit mikro,” ujarnya.
Katanya lagi, hasil daripada kajian itu juga mendapati usahawan IKS masih mempunyai ruang yang luas untuk mengembangkan perniagaan mereka khususnya dalam sektor pertanian berasaskan produk makanan dan herba.
Ab. Malik menjelaskan, Agro Bank juga telah meluluskan pinjaman kepada 91,840 orang pengusaha IKS dengan jumlah pinjaman sebanyak RM2.46 bilion sejak Januari hingga Julai lalu.
Tambah beliau, pinjaman yang disalurkan oleh Agro Bank bukan sahaja membantu usahawan IKS memasarkan produk mereka di dalam negara, malah di luar negara juga.
berita baik nie 🙂
Sy pernah membuka perniagaan yang berasaskan servenior,gift item n toys item…dekat sini,saya nak tahu la sama ada saya masih boleh atau tidak membuat pinjaman apabila saya sudah tidak beroperasi lagi??perniagaan saya terhenti pada bulan november 2008 dan ingin meneruskannya tetapi tidak mempunyai modal…apa yang harus saya buat dan cara untuk membuat pinjaman??
saya nak pinjam RM1000 je nak buat projek dadih. macam mana ek?
sy dah labur hampir rm150k membuat peralatan mesin untuk memproses air kacang soya dan cili boh.sy dah jalan kan bisnes ini tp locakasi yg sy pilih telah silap.maka skrg sy ingin teruskan perniagaan ini di atas tapak milikan persendirian di daerah kota star tp saya tak mempunyai modal lg untul membuat bengkel.(kilang) sy juga mempunyai black list dengan agensi kewangan.adakah sy layak untuk meminjam dgn pihak agro bank?
tlg beri pandangan dan cara untuk selesaikan masalah saya ini….
Salam.
Saya pengusaha cetakan t-shirt teknik silkscreen di rumah bercadang untuk membuka kedai sulaman berkomputer. adakah saya boleh mendapat bantuan pinjaman untuk membeli mesin sulaman tersebut?
Salam, saya mempunyai masalah dengan modal perniagaan saya, cili sos, cili giling dan pest adalah produk yg. saya jalankan.Bagaimana cara saya boleh membuat pinjaman perniagaan saya?
Tolong Saya….
Assalamualaikum..saya ingin mengeluarkan produk tudung sendiri.Ini memerlukan modal untuk membeli kain-kain yang berkualiti.Adakah pihak agro bank menyediakan pinjaman seperti perniagaan saya ini?
saya hanaya nak tanya syarat-syarat untuk apply pijaman.
Saya telah menjalankan perniagaan dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elktrikal.Saya juga memiliki bengkel kimpalan sendiri di atas tanah yang di sewa.Selain itu saya juga menjalankan perniagaan dalam kerja2 binaan.Bagaimana boleh saya mendapatkan modal tambahan untuk menlancarkan perniagaan saya ini
saya ingin membeli sebuah mesin jahit berkomputer bagaimanakah cara untuk memilikinya
saya lepasan siswazah dan telah menjalankan perniagaan kecantikan dan kesihatan di petaling jaya hampir 4 bulan.saya nk menambah modal untuk besarkan perniagaan saya..bolehkah saya membuat pinjaman dengan agro bank dan apakah syarat2 nya?
a’kum dan salam 1 malaysia…sya menjalankan satu perniagaan di dearah gua musang kelantan.dimana saya membina 4 biji kolam ikan air tawar.1 drp 4 kolam tersebut saya telah menjalankan aktiviti memancing..3 biji yg selebihnya saya memelihara ikan yang saya beli drpd suplier dari perak untk dibekalkan kpd semua kolam pancing di kelantan.masalah saya pada masa ini,kuasa Allah swt,kemarau telah berlarutan di tempat saya hampir 5bulan..air kolam saya tidak dpt bertahan untuk jngka masa yg begitu lama,,hampir 85% ikan belaan saya telah musnah dan angka kerugian saya telah menjangkau belasan ribuan ringgit.untuk creat semula pniagaan saya ini,saya telah kehabisan modal….adakah agrobank di luar sana dpt membantu saya??
Boleyh .. keep in touch with me.. insyaallah!
0123805892 (Asz) IKS Agro.. cuba memberi kerjasama utk mengembangkan produk buatan malaysia juga memperkenalkan produk2 anda sendiri di seluruh negara! Hendaknye.. Amin! *Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu,melainkan dia yg mengubahnye* Kami pihak yg diwakili akan cuba mmbntu anda~
terima kasih mohd azroy,,legalah sedikit hati ni,,,kami telah menunaikan solat hajat untuk minta hujan,dan kahendaknya jualah hujantelah pun turun dan keadaa kolam saya dah kembali pulih.sekarang ini pelanggan saya dah beransur2 datang walaupun dalam bilangan yang sedikit… saya akan hubungi cik untuk meminta pandangan dan bantuan nanti…. a’kum
0175706342….macam mana agaknya saya nak apply pinjaman untuk menjalankan projek penanaman cili apakah syarat-syaratnya…terima kasih