Pengusaha miliki 300 kotak simpan sarang mampu peroleh pendapatan RM6,000 sebulan
BERDASARKAN sejarah, khasiat dan latar belakang, madu lebah dikenali sejak zaman Firaun memerintah Mesir sekitar 300 Sebelum Masihi hingga melangkau tamadun Parsi, Greek dan Rom sebagai antara kaedah penjagaan kesihatan.
Di Asia Barat, masyarakat Arab tidak dapat dipisahkan dengan pengambilan madu lebah sebagai minuman kesihatan harian, manakala bagi masyarakat China, memberi madu lebah kepada anak sejak kecil adalah amalan turun-temurun.
Di Sabah, permintaan tinggi terhadap madu lebah dan harganya yang mahal menjadi faktor pendorong terhadap kemajuan industri itu.
Malah, minat terhadap potensi industri madu lebah terus meningkat kerana ia bukan saja mampu meningkatkan ekonomi tetapi juga berupaya mengubah kehidupan pengusahanya.
Pengusaha madu lebah dianggar boleh menikmati sehingga RM6,000 sebulan atau RM72,000 setahun, berdasarkan pemilikan 300 haif (kotak penyimpanan sarang lebah).
Justeru, Koperasi Pembangunan Desa (KPD) menerusi Pusat Lebah Madu Borneo di Sikuati, Kudat, yang menaruh keyakinan tinggi terhadap potensi madu lebah aktif membangunkan industri itu secara terancang.
Mula mengambil peserta awal sekitar 1990-an dan kini mempunyai lebih 300 peserta, KPD aktif di utara Sabah merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas.
Pengurus Projek Lebah Madu KPD, Benjamin Subinon, berkata madu yang dihasilkan KPD bukan saja mendapat sambutan menggalakkan di pasaran tempatan tetapi juga negara luar yang mementingkan produk halal seperti negara Asia Barat.
“Permintaan memang sukar ditampung kerana hasil sedia ada cuma cukup bagi memenuhi pasaran tempatan buat masa ini dan kita akan menggandakan usaha bagi meningkatkan pengeluaran,” katanya.
Perangkaan menunjukkan KPD menghasilkan 20.43 tan metrik madu tahun lalu, manakala sasaran tahun ini ialah 26 tan metrik, dengan pengeluaran setakat bulan lalu mencecah 10 tan metrik.
Pusat Lebah Madu Borneo adalah pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembotolan madu lebah keluaran KPD. Ia turut menyediakan kursus ternakan lebah madu kepada yang berminat.
Benjamin berkata, masa menuai madu lebah dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Mac hingga Jun dan Ogos hingga Oktober, lazimnya tiga kali menuai setahun.
“Koloni lebah dalam satu haif boleh menghasilkan tiga kilogram madu bagi sekali tuaian, manakala secara purata, setiap peserta mampu memperoleh sembilan kilogram madu bagi satu haif menerusi tiga tuaian.
“Bagaimanapun, ada juga yang memperoleh 12 kg madu lebah setahun jika proses penternakan dijaga dengan baik,” katanya sambil menambah hasil pengeluaran madu KPD tujuh tahun lalu hanya mencecah tiga tan metrik.
Benjamin berkata, tanah seluas 0.4 hektar hingga 0.8 hektar memadai bagi menternak lebah madu, dengan syarat mempunyai tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan.
Bagi menuai madu daripada haif, sebahagian besar peserta menggunakan mesin penggempar atau `extractor’ sejak 1990-an lagi walaupun masih ada yang mengekalkan alat toresan atau saringan.
“Menuai menggunakan mesin penggempar lebih baik kerana sarang berisi madu tidak dimusnahkan, berbanding kaedah toresan yang menghancurkan sarang,” katanya.
INFO: Peralatan penternakan lebah madu
# Pengasap
# sarung muka
# haif
# golodok
# pakaian/sarung muka
# pahat
# berus pembersih
# penggempar
# toresan
# bekas yang bersih
FAKTA NOMBOR
# 800 anggaran – Peserta menjelang 2009
# 4 spesies – Lebah di Sabah iatu Apis dorsata, Apis cerana, Apis florea dan Trigona spp.
Saya berminat untuk belajar dan membeli alat penternakan lebah. Dimana saya dapat belajar dan bagaimana cara membeli peralatan?
Terima kasih
Saya berasal dari Limbang, Sarawak dan berminat untuk belajar menternak lebah madu. Saya ingin tahu bagaimana saya boleh mengikuti kursus dan bila kah jadual kursus dijalankan supaya saya boleh mendaftar?
Sekian, terima kasih.
dimanakah alamat di semenanjung malaysia yang bolih sya hubungi untuk mendpat keterangan lanjut tentang kursus menternak lebah madu
saya berasal dari sandakan bandar dan saya berminat sangat dendan perusahaan madu lebah. masalahnya, saya tidak tahu bagaimana nak mulakan perusahaan ini dan adakah ianya melibatkan pengunaan kos yang banyak?
adakah saya boleh mendapat bantuan dari pihak tertentu bagi memulakan perusahaan ini bermula dari 0%.
Assalamualikum..
Saya nak kursus TERNAK LEBAH MADU di semenanjung,di mana ye?
Contact me ;012-2811300
Saya nak kursus TERNAK LEBAH MADU di semenanjung,di mana ye?
Contact me ;017-9146685
Saya berminat untuk kursus usahawan menternak lebah madu di Gua Musang, Kelantan.
hello…saya penternak lebah madu dari sabah..kepada sesiapa yang sukar mendapat koloni lebah…sila hubungi saya untuk mendapatkan teknik menangkap lebah madu liar…matthew.medili@gmail.com
sebenarnya…tak perlu susah2 buang duit untuk pergi kursus ternak lebah…cari buku panduan jeee..sama saja dengan kursus..apa2 hal pun..kalau susah sangat nak cari tempat kursus …hubungi….matboypower@yahoo.com..
semuanya mengenai menternak labah madu…
dekat semenanjung dmana ye ada kursus menternak lebah madu?
saya berasal dari sabah.Saya ingin mengikuti kursus menternak madu lebah.boleh sesiapa beri saya maklumat tentang tempat,no.tel,atau masa kursus yg diadakan????contact sy 0189623075.
Saya mempunyai tanah dekat dengan kawasan hutan di Limau Kasturi, Gua Musang Kelantan Seluas kira-kira 50 ekar. Struktur tanah saya berbukit. Saya berminat untuk mengusahakan penternakan lebah madu di sana. Bagaimana harus saya dapatkan bantuan dr segi tunjuk ajar & juga kewangan jika ada?
sy mahu menternak lebah madu di mana boleh dapat kan lebah ternak dan peralatan.
Assalamualaikom, Tuan sekiranya saya di Seremban di mana dapat saya ikuti kursus menternak lebah, harap dapat beri maklumat, Terima kasih
saya berasal dari sabah menetap di sarawak..berminat utk menternak lebah tapi semuanya belum ada alat-alat yang diperlukan..Apakah ada bantuan disediakan?Terima kasih..
tlong email saya, sya dari kuching sarawak mana nak kursus dapat sumber lebah dll