GTE sedia khidmat nasihat kaedah bela ikan dalam kolam kanvas
MUNGKIN ramai tidak menyedari ikan keli Afrika mempunyai nilai pasaran yang tinggi bukan saja untuk pasaran tempatan, malah luar negara dan boleh menjana pendapatan lumayan jika diusahakan secara komersial.
Ramai yang berminat menjadi penternak keli tetapi mengeluh kerana sukar mengusahakannya berikutan tiada kawasan untuk membina kolam ternak.
Kini, alasan tiada tempat tidak boleh digunakan lagi kerana kaedah penternakan moden dan lebih mudah menggunakan kolam kanvas tanpa memerlukan kolam digali sudah diperkenalkan yang memudahkan aktiviti itu disertai sesiapa saja.
Malah, kaedah terbaru itu membolehkan keli diternak di kawasan kediaman seperti di belakang rumah atau kawasan tertentu yang memudahkannya diuruskan setiap hari.
Di Negeri Sembilan, usaha menternak keli dalam kolam kanvas diteroka syarikat Bumiputera, Gagu Ternak Enterprise (GTE) yang beroperasi di Senawang, Seremban sebagai pengusaha dan menyediakan khidmat nasihat kepada orang lain yang berminat menceburi bidang terbabit.
Ketika ditubuhkan pada 2004, GTE lebih menjurus kepada penternakan lembu, tetapi peningkatan kos menyebabkan aktivitinya berubah kepada penternakan ikan keli Afrika sejak awal tahun lalu.
Pengarah Projek, Roslan Mohamad Nor, 52, berkata keputusan itu diambil selepas menyedari potensi besar penternakan ikan keli Afrika yang mendapat permintaan tinggi orang ramai sebagai makanan harian.
“Projek penternakan keli Afrika kami mula menampakkan hasil April lalu apabila seorang pengusaha dari Kampung Gagu, Jelebu menyertai aktiviti ini, diikuti dua lagi dari Kuala Pilah dengan jumlah keseluruhan 28 kolam,” katanya.
Menurutnya, modal asas diperlukan bagi memulakan bidang itu kira-kira RM20,000 untuk menyediakan tapak bagi empat kolam kanvas lengkap dengan sistem air termasuk kos makanan dan benih ikan keli sebanyak 14,000 ekor yang akan dibekalkan GTE.
“Melalui modal sebanyak itu, sudah boleh memulakan projek dan kami akan membantu memastikan projek berjalan baik serta mampu meraih keuntungan. Selain membekalkan peralatan dan benih ikan, pengusaha akan dibimbing dan dilatih dari segi pengurusan makanan, penjagaan serta pemasaran ikan,” katanya.
Beliau berkata, setiap kolam boleh memuatkan 4,000 ikan yang akan membesar sehingga mencapai berat 200 gram seekor dalam tempoh tiga bulan sebelum dipasarkan.
Bekas penyelia kanan sebuah syarikat swasta itu berkata, biasanya berat gabungan lima ekor ikan keli Afrika mencecah satu kilogram yang boleh dijual pada harga RM8 sekilogram pada ketika ini.
“Ini bermakna setiap pengusaha berpeluang meraih antara RM3,000 hingga RM4,000 bagi empat kolam yang bersaiz 20 x 40 kaki. Jangan bimbang mengenai kadar kematian anak ikan kerana setakat ini ia hanya sekitar 10 peratus.
“Selaku pihak bertanggungjawab terhadap pengusaha, kami akan memastikan mereka mematuhi peraturan dari segi menyediakan makanan ikan dan proses pertukaran air kolam untuk memastikan tumbesaran ternakan tidak terbantut,” katanya.
Roslan berkata, GTE memerlukan kira-kira satu tan ikan keli Afrika seminggu untuk dipasarkan di seluruh Negeri Sembilan, sekali gus berusaha melantik lebih ramai lagi pengusaha menjayakan projek itu dengan mengadakan kursus berkaitan untuk menampung permintaan terhadap hidupan air itu.
“Baru-baru ini, kami mengadakan kursus di Kolej Komuniti Jelebu disertai 37 peserta dari Negeri Sembilan dan Melaka. Sehingga awal Julai, syarikat sudah menandatangani perjanjian dengan 52 peserta yang berhasrat untuk melaksanakan projek ini,” katanya.
Mengenai pengusaha yang tidak mampu menyediakan modal awal, Roslan berkata, GTE sudah menghubungi agensi kerajaan seperti Mara untuk membantu pengusaha, tetapi maklum balas daripada agensi itu dijangka diketahui tidak lama lagi.
“Projek ini berdaya maju kerana ada pengusaha mampu meraih sehingga RM4,000 sebulan. Matlamat kami adalah menggalakkan seramai mungkin mengusahakan projek ini kerana ia berpotensi besar, mudah diuruskan serta risiko rendah, manakala permintaan semakin meningkat terutama daripada peniaga ikan keli salai,” katanya.
Saya ada menternak ikan keli sebanyak 30000 ekor dan dijangkakan pada bulan 10/2008 akan mengeluarkan hasil,kini saya masih mencari pasaran.adakah pihak tuan dapat membelinya secara pukal dapat membeli seminggu sekali dengan menggunakan kenderaan pihak tuan,Berapa harga sekilo jika pihak tuan sudi mengambilnya.Lokasi saya di Batu Pahat,Johor dan saya gunakan pallet 100% serta menggunakan kolam kanves.
Salam ,
Bagaimana saya nak joint menjadi peserta
salam jutawan tani
salam DARI anak muda berjiwa usahawan
BAGUSNYA…
MEMANG TEPAT PILIHAN SAYA.. AMIN2X
segala penyelidikan saya dah lakukan
saya baru mula PROJEK IKAN KELI AFRIKA NI PADA 1 JAN 2009, AZAM BARU.. HEHE
pada 31 jan 2009 , anak ikan keli afrika saya telah masukkan sebanyak 10 RIBU DAHULU YANG MANA UNTUK 1 KOLAM
1 KOLAM SAYA BOLEH MUAT= 20 RIBU EKOR
SAYA MEMPUNYAI 3 KOLAM YANG BERSAIZ 20 X 10
DAN PROJEK MASA DEPAN SAYA ADALAH NAK MENGASILKAN BENIH IKAN KELI AFRIKA DENGAN BANTUAN DARI PERTANIAN UPM, SERDANG
SAYA MASIH BELAJAR DI UPM, SERDANG…
TINDAKAN INI SAYA AMBIL KERANA PELBAGAI KURSUS TELAH SAYA PERGI…
TAPI TAK DI APPLYKAN… JADI SAYA TEKAD UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK IKAN KELI AFRIKA DENGAN MODAL YANG SAYA ADA IAITU SEBANYAK RM10 RIBU
jadi skrg projek tu dah berjalan
n saya berusaha mencari daNA TAMBAHAN
harap tuan dapat membantu
segala jasa baik tuan hanya yang ESA dpt membalasnya. amin3
ni phone saya= 013-7045 971
dr.khalifah a.k.a fendi
BAKAL MENDAHULUI ANDA
BAKAL JUTAWAN TANI MODEN
==============
semua pengalaman kepimpinan saya:
NAIP PRESIDEN MTM KOLEJ CANSELOR UPM
EXCO KEUSAHAWANAN UPM
EXCO PERHUBUNGAN DAN DIPLOMATIK KOLEJ CANSELOR UPM
salam
bagaimana tuk buat ternakan ikan keli di negeri sembilan
saya asal gemencheh
saya mencari pemborong dan pembekal benih ikan