Jadikan ayam serama ikon Malaysia

IRA Mastika syamsir bersama ayam serama di MAHA 2008, Serdang, semalam.


SERDANG 18 Ogos – Penganjuran pertandingan ayam serama yang sebelum ini hangat diadakan di seluruh negara harus dipertingkatkan agar haiwan itu diiktiraf sebagai ikon Malaysia.

Menyedari hakikat itu, Serama Corporation Sdn. Bhd. menempah satu ruang di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di sini bagi membantu mempromosikan penternakan ayam jenis tersebut.

Pengurus Pentadbiran Serama Corporation, Ira Mastika Syamsir berkata, usaha itu perlu dilakukan kerana beberapa pihak luar seperti dari Amerika Syarikat (AS) kini cuba mengacuk ayam jenis itu bagi mengiktirafnya sebagai ayam dari negara tersebut.

”Ayam serama berasal dari Malaysia dan ia harus dikenali sebagai ikon negara.

”Keunikan ayam ini seperti saiz yang kecil dan warna yang cantik haruslah dikekalkan keasliannya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ira menambah, Malaysia juga harus mempunyai seekor binatang ikon seperti Iran dengan kucing Parsi dan Thailand dengan kucing Siam.

Justeru katanya, syarikatnya kini cuba mendekati para petani, nelayan dan individu-individu lain bagi menyemarakkan semula minat orang ramai kepada ayam serama.

Katanya, golongan sasaran ini akan dibekalkan dengan ilmu menternak ayam serama bagi memastikan ia tidak pupus, selain menjadi kebanggaan Malaysia.

”Ramai orang tidak tahu ayam serama berasal dari Kelantan dan hanya boleh didapati di negara ini,” tegasnya.

Jelasnya, banyak pihak luar seperti dari Indonesia dan AS telah mula mengacuk ayam tersebut dan mengiktirafnya dari negara masing-masing.

Seekor ayam serama boleh mencecah harga sehingga RM80,000 bergantung kepada saiz, warna dan perwatakannya.

Pada sesuatu pertandingan, ayam serama antaranya dinilai dari segi jenis, perwatakan dan keadaan ekor, kepak serta balungnya.

7 thoughts on “Jadikan ayam serama ikon Malaysia

  1. Serama Corporation sedang menganjurkan pameran dan jualan ayam serama bertempat di Central Market, Kuala Lumpur setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu bermula 15/11/2008 sehingga hujung bulan December 2008. Berminat untuk membeli anak-anak ayam serama gred A atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ayam serama boleh lah berkunjung ke gerai kami atau menghubungi kami di 03-4270 7181 (En. Shazly) atau email : seramacorporation@gmail.com

  2. aslmkm..dlm era90an ayam serama memang mahal harganya walau pun ayam tidaklah secantik mana dan x tahu asal usulnya..peniaga ayam main letak harga tapi olih kerana minat dan terikut2 dgn trend masa itu memiliki ayam serama dan masuk pertandingan adalah satu kepuasan walau ayam tak pernah menang kerana pengadil yg tidak pro dan bolih tahu ayam mana akan menang sbb ada kabel…olih itu tuan2 ayam seolah merajuk dengan keputasan pengadil yg kadang2 x masuk akal..dan harga ayam serama yg x masuk akal..jadi kalau nak untung pun biarlah berpada dan jangan menipu pelangan..saya harap serama coperation menjual ayam ni dengan jujur dan berpatutan ..terima kasih.

  3. Saya dah pi tengok ayam serama di CM. Kenape tak dijual induk betina. Yang dijual tak cantik. Kalau nak baka baik mestilah yang betina cantik.

  4. skg ni ade ap2 promotion kt mne2 ke??
    brminat but x tau na bli kt mne..
    still ade jual anak ayam serama ni kt CM lg kew??

Tinggalkan Jawapan kepada subra Batal balasan