Sos Teja Lawang hasil kajian 10 tahun


Rozelia Shariff menunjukkan sos Teja Lawang keluaran syarikatnya pada pameran MAHA di Serdang, baru-baru ini.


SERDANG 17 Ogos – Mereka yang tidak pandai memasak kini boleh menarik nafas lega kerana sos perasa Teja Lawang yang diperkenalkan oleh Arvore Cold Case (Arvore) mampu menjadikan mereka sebagai pakar masakan dalam sekelip mata.

Dihasilkan oleh Chef Richard Farhan Abdullah yang berpengalaman 20 tahun dalam bidang masakan, sos berkenaan boleh digunakan dalam 100 resipi masakan tempatan mahupun barat berdasarkan kreativiti pengguna.

Pengarah Urusan Arvore, Rozelia Shariff berkata, sos berkenaan menggunakan kicap cair, lada hitam, minyak jagung, mustard dan beberapa bahan khas tanpa membabitkan penggunaan bahan pengawet mahupun monosodium glutamate (MSG).

“Golongan yang tidak pandai memasak mahupun wanita berkerjaya pasti menghargai sos perasa Teja Lawang kerana ia dapat membantu mereka menghasilkan makanan yang enak dalam masa yang singkat.

“Ia boleh digunakan dalam masakan berasaskan daging, makanan laut, sayur-sayuran malah boleh digunakan untuk memasak nasi goreng tanpa perlu menambah bahan-bahan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di sini hari ini.

Rozelia yang merupakan bekas jurutera mekanikal berkata, pihaknya mengambil masa hampir 10 tahun untuk melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan telah mengadakan ujian makanan membabitkan 1,000 responden sebelum menyiapkan formula sos berkenaan.

Katanya, setakat ini sos berkenaan boleh digunakan untuk menghasilkan 100 jenis makanan tempatan atau barat.

“Sebagai contoh, jika mahu mengukus ikan, pengguna hanya perlu mengelar dan memerapnya menggunakan sos ini selama lima minit, kemudiannya dikukus antara 15 hingga 20 minit sahaja.

“Sekiranya mahu memanggang ayam atau daging, perap sos Teja Lawang selama lima minit dan ia terus boleh dipanggang,” katanya.

Katanya, orang ramai yang berminat mendapatkan sos Teja Lawang boleh menghubungi pihaknya menerusi talian 017-2584589.

One thought on “Sos Teja Lawang hasil kajian 10 tahun

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s