Serunding Daripada Cendawan Di MAHA 2008

SERDANG, 14 Ogos (Bernama) — Antara produk yang menarik perhatian di Pameran Pertanian, Kortikultur dan Agropelancongan (MAHA) 2008 yang sedang berlangsung di sini ialah produk daripada cendawan termasuk serunding, tempura dan tepung.

Produk baru ini diusahakan oleh Sinona Shaari, pengasas syarikat Ladang Genting Permai Resources, yang mengusahakan ladang cendawan dan produk berasaskan cendawan.

Beliau berkata beliau teruja untuk menambah guna kepada cendawan setelah menyedari cendawan tidak dapat bertahan lama.

“Cendawan segar hanya dalam dua hingga tiga hari sahaja. Lepas tu ia akan busuk. Jadi kami fikir macam mana nak kait untung daripada lambakan cendawan kami. Akhirnya kami buatlah tempura, tepung dan baru-baru ni kami buat serunding cendawan,” katanya kepada Bernama.

Sinona berkata pihaknya kini memproses serunding cendawan menggunakan tangan dan dalam peringkat perancangan untuk menggunakan mesin bagi memprosesnya dengan jumlah yang banyak dan cepat.

Satu lagi produk yang didapati menarik di MAHA 2008 ialah minuman rumpai laut bercampur lemon yang dicipta oleh pengarah syarikat Fitrah Food, Hasim Mohamad.

Beliau berkata walaupun terdapat banyak produk bersasaskan rumpai laut yang mempunyai khasiat kesihatan, tetapi belum terdapat orang yang mencipta minuman rumpai laut.

“Saya tertarik dengan cincau dan khasiatnya dan terdetik di hati saya bahawa belum ada sesiapa yang mencipta minuman daripada rumpai laut. Jadi saya membuat keputusan menciptanya.

“Produk saya ini tidak mempunyai bahan pengawet atau pewarna bagi menjamin kesegaran dan kesihatannya. Kini terdapat beberapa pasar raya besar yang sanggup menerima produk kami dan saya berharap akan mengembangkan pasarannya ke luar negara,” kata Hasim.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s