KUALA TERENGGANU 12 Ogos – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan membina sebuah kilang memproses ubi keledek Vitato untuk dijadikan tepung, bernilai kira-kira RM4.5 juta, di Kampung Gong Machang Tembila, Besut, awal tahun depan.
Ketua Pengarah LPP Datuk Abdul Rahim Ahmad berkata, kilang itu yang pertama seumpamanya di negara ini, akan dibina di kawasan seluas kira-kira 20 hektar.
“Kita sedang berbincang dengan kerajaan Terengganu berhubung keupayaan kilang tersebut,” katanya selepas melancarkan kedai KPT Peladang Sdn. Bhd. di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata, tanaman itu akan menjadi salah satu sumber ekonomi kepada Terengganu dan petani di negeri ini.
Abdul Rahim berkata, LPP juga akan membina kilang memproses serai wangi di Terengganu untuk tujuan eksport.
LPP dan anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) akan bekerjasama bagi memastikan produk berkenaan mendapat sambutan yang baik terutama di luar negara.
Katanya, pada masa ini, serama 200 petani terlibat dengan projek penanaman serai wangi di daerah Hulu Terengganu.
Sementara itu, beliau berkata, LPP mendapat peruntukan sebanyak RM86 juta untuk membekalkan jentera-jentera ladang kepada semua LPP di seluruh negara pada tahun ini.
“Peruntukan itu boleh mempercepatkan lagi usaha meningkatkan lagi hasil padi dalam negara di samping produk pertanian lain,” katanya.
asslamualaikum w.b.t
saya seperti diatas ingin mmenyahut seruan kerajaan untuk memceburi didalam pertanian. ape yang telah saya rancangkan, saya ingin menanam serai wangi. soalan saya, dimana dan pada syarikat mana yang perlu jualkan serai wangi? diharap pihak tuan dapat memberi jawapan,sekian terima kasih