20,000 sertai projek tanam pokok jarak

Bionas kenal pasti tanah terbiar di seluruh negara sesuai laksana projek komersial

LENGGONG: Bionas Agropolitan Teknologi Corridor Development Bhd (Bionas) mengenal pasti sejumlah tanah terbiar di seluruh negara membabitkan 20,000 peserta untuk projek tanaman jarak (Jatropha Curcas) sehingga Jun lalu dalam usaha meningkatkan pendapatan serta membasmi kemiskinan penduduk luar bandar.

Pengerusi Eksekutifnya, Mohd Safie Jaffri, berkata daripada jumlah keseluruhan tanah yang didaftarkan untuk projek yang berpotensi sebagai tanaman komersial itu, seluas 204,000 hektar di Sarawak, Sabah (184,000 hektar) dan di Semenanjung (41,600 hektar).

Beliau berkata, projek bermula November tahun lalu mula mengeluarkan hasilnya Jun lalu dan selepas diproses sejumlah 100 tan metrik minyak buah jarak dihasilkan bernilai lebih RM850,000.

“Dengan pencapaian yang memberangsangkan itu, Bionas akan terus berusaha mengenal pasti tanah terbiar, khususnya milik golongan miskin di luar bandar untuk diusahakan tanaman berkenaan.

“Sebanyak 120 majlis taklimat sudah diadakan bertempat di beberapa tapak semaian milik Bionas yang diusahakan pengusaha tempatan di seluruh negara,” katanya pada majlis perasmian dan penerangan projek tanaman jarak di tapak semaian Bionas Kampung Kelantan, Kuak dekat sini, baru-baru ini.

Program itu dirasmikan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bionas, Zurina Amnan dan Pengusaha tapak semaian, Saiful Anuar Mohamad.

Mohd Safie berkata, bagi memudahkan pemilik tanah yang akan mengusahakan tanaman jarak, Bionas mempunyai 189 tapak semaian di seluruh negara dan anak pokok jarak boleh dibeli dengan harga RM2.50 bagi setiap sepokok.

Bagaimanapun, katanya, bagi pengusaha terdiri daripada golongan miskin penduduk di luar bandar, Bionas membiayai kos anak semaian dan baja sepenuhnya.

Beliau berkata, di Perak saja setakat ini Bionas berjaya mewujudkan sembilan tapak semaian, iaitu dua di Tapah dan masing-masing satu di Lenggong, Bagan Datuk, Selama, Slim River, Sungai Siput, Batang Padang dan Trolak.

Katanya, permintaan terhadap anak pokok jarak pula semakin mendapat sambutan apabila kebanyakan tapak semaian menerima tempahan antara 30,000 dan 50,000 pokok sebulan berikutan pertambahan pengusaha dan tapak yang diusahakan terus meluas.

Sementara itu, Shamsul Anuar menggesa pekebun kecil di daerah Lenggong memanfaatkan tanah mereka, terutama bagi tanah terbiar dengan tanaman jarak kerana ia berpotensi besar untuk menambah pendapatan.

Katanya, di daerah Lenggong terdapat lebih 600 hektar tanah terbiar terutama tanah bekas sawah yang tidak diusahakan sejak sekian lama kerana kebanyakannya menghadapi masalah pengairan.

One thought on “20,000 sertai projek tanam pokok jarak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s