Malaysia-Australia Jalin Kerjasama Bangunkan Bidang Ternakan Kambing

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Malaysia dan Australia bakal menjalin kerjasama bagi membangunkan industri ternakan kambing apabila perjanjian mengenainya ditandatangani oleh kedua-dua negara pada akhir minggu ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata perjanjian itu akan meliputi kesemua aspek dalam program pembangunan industri ternakan kambing, termasuk sokongan teknikal dan penyelidikan serta pembangunan.

“Prospek untuk kemajuan dalam sektor ternakan adalah besar, khususnya dalam bidang ternakan kambing, jadi kita sangat berminat untuk membangunkan industri kambing di negara ini dengan sokongan dari Australia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar ‘Mengekalkan Industri Agrotani di Malaysia’ di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di Serdang dekat sini hari ini.

Mustapa berkata inisiatif untuk menjalin kerjasama terbaru dengan Australia dibuat memandangkan negara itu mempunyai banyak pengalaman dan kelebihan dalam bidang tersebut.

Malaysia, yang juga merupakan negara pengimport kambing hidup terbesar Australia sebelum ini turut bekerjasama dalam bidang pembekalan daging lembu dan kambing biri-biri, selain bidang penyelidikan dan pembangunan bagi industri ternakan.

Ditanya sama ada Malaysia bersedia untuk menjadi pengeksport daging kambing pada masa depan, Mustapa berkata keutamaan kini diberikan untuk menampung keperluan domestik, di mana mengikut perkiraan, negara ini hanya mampu menampung 25.6 peratus daripada keseluruhan keperluan pada 2015.

Namun katanya, usaha sedang giat dilakukan bagi menambah bilangan ternakan kambing di negara ini termasuklah melalui kaedah bioteknologi dan pihak swasta turut digesa untuk menyertainya.

Pemasar Kopi 'Radix' Pemenang Anugerah Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Syarikat pemasar kopi ‘Radix’, HPA Industries Sdn Bhd hari ini dianugerahkan Anugerah Perdana Menteri Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2008.

HPA Industries, yang beroperasi di Arau, Perlis menjalankan pemasaran produk makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian, selain mengusahakan tanaman pegaga, roselle dan mangga.

Dengan nilai jualan RM63 juta pada tahun lepas, HPA Industries berjaya menarik 400,000 keanggotaan dan 21,000 usahawan melalui pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan mempunyai 63 rangkaian pemasaran di seluruh negara dan lima di luar negara.

Selain dianugerahkan pemenang kategori yang baru diperkenalkan tahun ini itu, HPA Industries turut memenangi kategori Anugerah Pemasar Tani Jaya Kebangsaan 2008 yang menjadikan hadiah keseluruhan bernilai RM80,000, selain sijil dan trofi, yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di Serdang, dekat sini hari ini.

Pengarah Urusan HPA Industries Ismail Ahmad berkata pengiktirafan tinggi daripada kerajaan itu akan dijadikan sumber motivasi dalam mengembangkan perniagaannya, terutama bagi meluaskan pasaran eksport.

“Buat masa ini, kami masih terpaksa import roselle dari Sudan dan pegaga dari Indonesia, jadi kami akan cuba untuk mempunyai ladang roselle dan pegaga yang lebih luas untuk kurangkan kebergantungan ini,” katanya kepada Bernama selepas menerima anugerah itu.

Mensasarkan keuntungan bernilai RM100,000 tahun ini, Ismail berkata kejayaan perniagaannya itu menunjukkan bahawa bidang pertanian dan industri asas tani sememangnya membawa keuntungan yang besar jika ia diusahakan dengan betul.

Bagi pemenang Peladang Muda Jaya Kebangsaan 2008 Zulkarnain Painan, 37, yang mula menceburkan diri dalam bidang pertanian sejak 11 tahun lalu, minat terhadap bidang pertanian menyebabkannya berusaha keras walaupun menerima cemuhan daripada orang sekeliling yang merasakan bidang itu tidak punya masa depan.

Namun kini, katanya dengan isipadu perniagaan bernilai melebihi RM2.8 juta setahun, termasuk lebih 18 hektar ladang tanaman kontan dan 11 hektar tanaman sawit serta ternakan kambing boer dan lembu, orang ramai mula membuka mata terhadap bidang itu.

“Saya cuma belajar daripada pengalaman dan selalu bertanya, selain kursus-kursus pengurusan oleh Jabatan Pertanian untuk mengembangkan bidang ini,” katanya yang membawa pulang wang RM30,000, sijil dan trofi.

Pemenang-pemenang lain yang turut membawa pulang wang berjumlah RM30,000 selain sijil dan trofi adalah Mohammad Hassan Mohammad Rawther dan Lenah Simen, masing-masing bagi kategori Peladang Lelaki dan Wanita, Din Ahmad bagi kategori Nelayan, Saidi Mamat @ Ghani bagi kategori Nelayan Muda, Kiew Yoke Loy dan Chia Kee Heng, masing-masing bagi kategori Usahawan Ikan Jaya Kategori Air Tawar dan Air Payau, Zainuddin Zakaria sebagai Usahawan Penternak Jaya Ruminan dan Ishah @ Isa Awab sebagai Usahawan Penternak Jaya Bukan Ruminan.

Pertubuhan Peladang Kawasan Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pula menjuarai kategori Pertubuhan Peladang, Unit Peladang Jaya Desa Sri Taman, Tuaran, Sabah bagi kategori Unit Peladang, Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah, Kedah bagi kategori Persatuan Nelayan, PB Sayuran Kg Melayu Raya, Tangkak, Muar untuk kategori Kumpulan Tani Komersil, Kumpulan Pengembangan Wanita Kampung Medan Jaya, Marang, Terengganu untuk kategori Kumpulan Wanita dan Kebun Rimau Sdn Bhd bagi kategori Anugerah Inovasi Pertanian dan Industri Asas Tani.

Pemasar Kopi ‘Radix’ Pemenang Anugerah Perdana Menteri

Berisiko Dan Tiada Strategi Pemasaran Yang Mantap Punca Sukar Dapat Pinjaman

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) — Berisiko dan tiada strategi pemasaran yang mantap adalah antara punca pihak bank swasta sukar memberikan pinjaman kepada sektor pertanian, kata Pengerusi Agro Bank Datuk Mohamed Salleh Bajuri hari ini.

Beliau berkata jaringan pemasaran yang masih lemah dalam sektor pertanian sehingga menyebabkan banyak hasil pertanian rosak sebelum sempat dipasarkan juga menjadi sebab pengusaha pertanian sukar mendapat pembiayaan bank.

“Macam mana mereka (bank) nak bagi pinjaman, kita tengok saja hasil-hasil pertanian, sering rosak kerana tidak dipasarkan dengan cepat, ini menyebabkan petani rugi. Jadi macam mana mereka nak bagi pinjaman, tentunya pihak bank tak yakin… kita tak boleh salahkan mereka (bank)”, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyuarakan kebimbangan usaha kerajaan membangunkan industri asas tani akan terjejas dengan sikap bank yang tidak yakin untuk memberikan pinjaman kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang pertanian.

Mohamed Salleh berkata jika jaringan pasaran itu mantap, hasil yang berlebihan itu dapat disalurkan dengan cepat di tempat yang mempunyai permintaan yang tinggi dan oleh itu pola penjualan dapat dibuat dengan sistematik.

Beliau berkata faktor lain juga ialah kerana harga produk pertanian yang sering berubah-ubah.

“Kadang kala harga meningkat tinggi, kadang kala turun. Ini menyebabkan pendapatan petani tidak tetap. Jika harga turun, mereka tentu tidak dapat membayar hutang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergiat dalam bidang pertanian kecil-kecilan,” katanya lagi.

Katanya pihak yang bergiat dalam industri ini juga kurang inisiatif untuk melakukan sesuatu jika berlalu lambakan hasil terutama bagi buah-buahan yang mudah rosak dan tidak boleh disimpan lama.

Mohamed Salleh berkata faktor cuaca dan penyakit yang turut menjadikan pendapatan dari sektor pertanian tidak menentu pula dianggap sesuatu yang berisiko tinggi oleh sektor perbankan.

Justeru beliau mencadangkan agar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mewujudkan strategi pemasaran yang mantap bagi memastikan produk pertanian dipasarkan tepat pada waktunya dan tidak berlaku kerugian kepada petani.

Mohamed Salleh berkata dengan adanya strategi pemasaran yang mantap pihak bank mungkin akan lebih yakin untuk memberi pinjaman kepada mereka yang terlibat dalam sektor pertanian.

Mengenai Agro Bank pula, beliau berkata lebih daripada 70 peratus pinjaman bank itu disalurkan kepada petani menerusi pelbagai skim seperti skim kredit padi, skim usahawan tani komersil siswazah, skim kredit pengeluaran makanan serta skim masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera.

Peluang Usahawan Tani Timba Ilmu Di 'Walk-In' Seminar MAHA 2008

SERDANG, 13 Ogos (Bernama) — Sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-pelancongan (MAHA) 2008 di sini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini menganjurkan “Walk-In Seminar” sehingga 20 Ogos ini.

Seminar yang diadakan di Dewan D3 Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) bertujuan memberi panduan dan dorongan kepada usahawan tani dan golongan yang berminat menceburi bidang pertanian untuk lebih maju dan berjaya khususnya dalam industri perniagaan berasaskan pertanian dan makanan.

“Para peserta turut berpeluang berkongsi pengalaman kejayaan dalam perusahaan yang diusahakan berdasarkan pengalaman sebenar oleh usahawan tani contoh,” kata Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Sokongan FAMA, Sahbani Saimin kepada Bernama, hari ini.

Sahbani berkata, peluang keemasan ini harus digunakan sebaik-baiknya oleh peserta untuk mengetahui teknologi terbaru, mencari ruang dan peluang perniagaan, membina rangkaian perniagaan dan mengenal pasti pembeli berpotensi untuk produk yang mereka usahakan.

“Peserta juga perlu bijak menggunakan seminar ini sebagai platform untuk mereka mempelajari teknologi dan penyelidikan terbaru yang perlu mereka adaptasi bagi menjadikan perusahaan mereka lebih efisien dan mudah untuk diterima di pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Sebanyak 20 kertas kerja akan dibentangkan pada seminar tujuh hari itu dan pembentang terdiri daripada usahawan tani tempatan seperti Pengarah Synergy Farm Dr Zainudin Wazir, penyelidik daripada universiti tempatan dan luar negara dan wakil Pasaraya Mydin dan Giant.

Seminar yang dijangka dihadiri 1,000 peserta ini masih membuka penyertaan kepada orang ramai. Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web www.famaxchange.org , http://sdvi.fama.net.my dan www.mahaexpo.com.

— BERNAMA

Peluang Usahawan Tani Timba Ilmu Di ‘Walk-In’ Seminar MAHA 2008

Serunding Daripada Cendawan Di MAHA 2008

SERDANG, 14 Ogos (Bernama) — Antara produk yang menarik perhatian di Pameran Pertanian, Kortikultur dan Agropelancongan (MAHA) 2008 yang sedang berlangsung di sini ialah produk daripada cendawan termasuk serunding, tempura dan tepung.

Produk baru ini diusahakan oleh Sinona Shaari, pengasas syarikat Ladang Genting Permai Resources, yang mengusahakan ladang cendawan dan produk berasaskan cendawan.

Beliau berkata beliau teruja untuk menambah guna kepada cendawan setelah menyedari cendawan tidak dapat bertahan lama.

“Cendawan segar hanya dalam dua hingga tiga hari sahaja. Lepas tu ia akan busuk. Jadi kami fikir macam mana nak kait untung daripada lambakan cendawan kami. Akhirnya kami buatlah tempura, tepung dan baru-baru ni kami buat serunding cendawan,” katanya kepada Bernama.

Sinona berkata pihaknya kini memproses serunding cendawan menggunakan tangan dan dalam peringkat perancangan untuk menggunakan mesin bagi memprosesnya dengan jumlah yang banyak dan cepat.

Satu lagi produk yang didapati menarik di MAHA 2008 ialah minuman rumpai laut bercampur lemon yang dicipta oleh pengarah syarikat Fitrah Food, Hasim Mohamad.

Beliau berkata walaupun terdapat banyak produk bersasaskan rumpai laut yang mempunyai khasiat kesihatan, tetapi belum terdapat orang yang mencipta minuman rumpai laut.

“Saya tertarik dengan cincau dan khasiatnya dan terdetik di hati saya bahawa belum ada sesiapa yang mencipta minuman daripada rumpai laut. Jadi saya membuat keputusan menciptanya.

“Produk saya ini tidak mempunyai bahan pengawet atau pewarna bagi menjamin kesegaran dan kesihatannya. Kini terdapat beberapa pasar raya besar yang sanggup menerima produk kami dan saya berharap akan mengembangkan pasarannya ke luar negara,” kata Hasim.

— BERNAMA

Suri Rumah Boleh Tanam Cendawan Tiram Di Rumah

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) — Bagi menyahut seruan agar rakyat berbudi pada tanah, Jaafar Md Amin, telah mengusahakan penanaman cendawan tiram bukan sahaja untuk kegunaan sendiri tetapi juga bagi tujuan komersil.

Jaafar yang mula berjinak dengan dunia pertanian sejak tamat sekolah menengahnya pada 1982, berkata penanaman cendawan tiram boleh diusahakan sendiri oleh sesiapa sahaja khususnya suri rumah.

“Hanya dengan modal tak sampai RM50, suri rumah boleh menanam sendiri cendawan di halaman rumah mereka. Mereka boleh meletakkan tabung (beg plastik yang diletakkan bahan membantu pembiakan cendawan) sebagai tanaman hiasan.

“Mereka juga boleh meletakkannya sebagai pokok hiasan yang digantung atau meletakkannya di atas para kecil dalam kawasan rumah. Ia tidak memerlukan kawasan yang luas. Tinggal di rumah flat pun boleh tanam cendawan ini,” katanya ketika ditemui di tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan (MAHA) di Serdang dekat sini hari Khamis.

Jaafar berkata persekitaran yang redup dan tidak menerima sinaran matahari terik dapat membantu dalam proses pertumbuhan cendawan.

Katanya tanaman cendawan juga boleh dijadikan antara elemen bagi menghasilkan bahan makanan sekaligus menjimatkan perbelanjaan isi rumah.

Beliau berkata sebuah tabung plastik yang siap dengan medium pembiakan cendawan itu berharga hanya RM2, manakala harga benih cendawan pula berbeza mengikut jenis cendawan.

“Apa yang menarik untuk seseorang melibatkan diri dalam penanaman cendawan ialah anda tidak perlu menanam semula benih selepas menuainya. Setiap tabung yang sihat akan mengeluarkan hasil dalam masa dua minggu dan boleh mengeluarkan hasil untuk enam atau tujuh kali tuaian,” kata Jaafar.

Menurut beliau antara medium yang digunakan untuk menjadi agen pembiakan cendawan ialah serbuk kayu getah, kapur tanaman dan dedak beras.

Jaafar yang mengusahakan penanaman cendawan secara komersil di Kampung Sebatu, Merlimau, Melaka, adalah antara peserta yang mengambil bahagian bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) di pameran berkenaan.

— BERNAMA

Maha jadi pentas penggerak sektor pertanian

ETIKA Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (Maha) diadakan semula pada 1999 selepas 31 tahun, tidak kurang yang terus melemparkan kritikan ia akan menemui kegagalan dan dianggap sebagai pameran biasa yang cuma mempamerkan apa yang orang ramai sudah tahu – lembu, kambing, kelapa, tembikai dan pelbagai sayur-sayuran yang boleh dibeli dengan mudah di tepi jalan. Kurangnya idea dari segi pemasaran apatah lagi menitikberatkan soal pembangunan dan penyelidikan (R&D) menyebabkan pameran seumpamanya terus terbantut pada 1960-an sehinggalah dihentikan pada 1968 berikutan sambutan dingin orang ramai. Malah, apabila diadakan semula pada 1999 dan kali ini di lokasi lebih besar iaitu Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, persepsi itu terus menular apatah lagi penekanan kerajaan ketika itu sudah beralih daripada sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian. Pada ketika sama, kerajaan menyedari betapa negara terpaksa mengimport makanan bernilai RM9.1 bilion pada 1996 dan terus meningkat kepada RM10 bilion (1997) dan RM10.5 bilion pada 1998. Sampai bila kita perlu mengimport makanan sedangkan Malaysia dianugerahkan tanah yang subur. Malah, sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika itu cuma 13 peratus berbanding 40 peratus pada 1960-an. Maka Maha 1999 diadakan secara besar-besar dan kerajaan turut membawa masuk penyertaan sektor swasta. Sejak itu, ia mula menarik perhatian bukan saja kepada orang ramai, petani atau penternak, malah pelabur di kalangan swasta.

Setiap dua tahun sekali, Maha menjadi satu daripada acara terbesar dan terpenting dalam kalendar program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, malah dinanti-nanti setiap lapisan masyarakat di seluruh negara terutama masyarakat tani, nelayan dan penternak. Melalui Maha, mereka berpeluang menyaksikan pelbagai produk dan keluaran hasil pertanian terkini, termasuk penggunaan teknologi canggih bagi memodenkan sektor pertanian. Kerajaan pula sanggup membelanjakan RM220 juta untuk meningkat dan menaik taraf kemudahan prasarana di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) sebagai tapak kekal Maha. Pada Maha 2008 ini, lebih 2,000 gerai termasuk 89 syarikat antarabangsa dari 13 negara mempamerkan produk mereka, termasuk hasil segar dan diproses seperti ikan, buah, produk sejuk beku, herba, kraf tangan serta peralatan dan jentera yang berlangsung selama 13 hari sehingga 23 Ogos nanti. Malah, hasil jualan kali ini dijangka mencecah RM13 juta berbanding catatan RM6 juta pada 2006. Maha bukan lagi setakat pameran, malah satu perniagaan yang amat besar dan mampu meningkatkan hasil tani negara. Misalnya, tahun lalu sektor pertanian memberi sumbangan RM14 bilion kepada ekonomi negara berbanding RM11 bilion pada 2006. Dengan itu, Maha adalah antara penggeraknya dan petani, penternak atau nelayan terpilih dari seluruh negara yang turut menyertai seminar atau bengkel sempena Maha, akan pulang membawa idea baru bercucuk tanam.

20,000 sertai projek tanam pokok jarak

Bionas kenal pasti tanah terbiar di seluruh negara sesuai laksana projek komersial

LENGGONG: Bionas Agropolitan Teknologi Corridor Development Bhd (Bionas) mengenal pasti sejumlah tanah terbiar di seluruh negara membabitkan 20,000 peserta untuk projek tanaman jarak (Jatropha Curcas) sehingga Jun lalu dalam usaha meningkatkan pendapatan serta membasmi kemiskinan penduduk luar bandar.

Pengerusi Eksekutifnya, Mohd Safie Jaffri, berkata daripada jumlah keseluruhan tanah yang didaftarkan untuk projek yang berpotensi sebagai tanaman komersial itu, seluas 204,000 hektar di Sarawak, Sabah (184,000 hektar) dan di Semenanjung (41,600 hektar).

Beliau berkata, projek bermula November tahun lalu mula mengeluarkan hasilnya Jun lalu dan selepas diproses sejumlah 100 tan metrik minyak buah jarak dihasilkan bernilai lebih RM850,000.

“Dengan pencapaian yang memberangsangkan itu, Bionas akan terus berusaha mengenal pasti tanah terbiar, khususnya milik golongan miskin di luar bandar untuk diusahakan tanaman berkenaan.

“Sebanyak 120 majlis taklimat sudah diadakan bertempat di beberapa tapak semaian milik Bionas yang diusahakan pengusaha tempatan di seluruh negara,” katanya pada majlis perasmian dan penerangan projek tanaman jarak di tapak semaian Bionas Kampung Kelantan, Kuak dekat sini, baru-baru ini.

Program itu dirasmikan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bionas, Zurina Amnan dan Pengusaha tapak semaian, Saiful Anuar Mohamad.

Mohd Safie berkata, bagi memudahkan pemilik tanah yang akan mengusahakan tanaman jarak, Bionas mempunyai 189 tapak semaian di seluruh negara dan anak pokok jarak boleh dibeli dengan harga RM2.50 bagi setiap sepokok.

Bagaimanapun, katanya, bagi pengusaha terdiri daripada golongan miskin penduduk di luar bandar, Bionas membiayai kos anak semaian dan baja sepenuhnya.

Beliau berkata, di Perak saja setakat ini Bionas berjaya mewujudkan sembilan tapak semaian, iaitu dua di Tapah dan masing-masing satu di Lenggong, Bagan Datuk, Selama, Slim River, Sungai Siput, Batang Padang dan Trolak.

Katanya, permintaan terhadap anak pokok jarak pula semakin mendapat sambutan apabila kebanyakan tapak semaian menerima tempahan antara 30,000 dan 50,000 pokok sebulan berikutan pertambahan pengusaha dan tapak yang diusahakan terus meluas.

Sementara itu, Shamsul Anuar menggesa pekebun kecil di daerah Lenggong memanfaatkan tanah mereka, terutama bagi tanah terbiar dengan tanaman jarak kerana ia berpotensi besar untuk menambah pendapatan.

Katanya, di daerah Lenggong terdapat lebih 600 hektar tanah terbiar terutama tanah bekas sawah yang tidak diusahakan sejak sekian lama kerana kebanyakannya menghadapi masalah pengairan.