RM100,000 sebulan hasil sayur



SUBUR: Ahmad bekas nelayan berjaya ubah kehidupan menerusi projek ladang sayuran di Kampung Simpang Arang.

30 peratus produk ladang di Kampung Simpang Arang dieksport ke Singapura

GELANG PATAH: Berkat ketekunan berbakti pada tanah serta tidak mahu bergantung simpati orang, Ahmad Md Salleh yang suatu ketika tidak mempunyai pendapatan tetap selepas bergantung pencarian sebagai nelayan pantai, kini mampu tersenyum menikmati pendapatan mencecah hampir RM100,000 sebulan melalui ladang sayurnya.

Melalui tanah terbiar yang dimiliki Nusajaya, Ahmad, 52, bertekad memohon dan meneroka tanah di Kampung Simpang Arang dan Tebing Runtuh di sini, seluas kira-kira 20 hektar untuk ladang sayur.

Selain itu, Ahmad tidak mengharapkan bantuan dan khidmat nasihat agensi atau jabatan kerajaan berkaitan ketika memulakan projek yang menelan belanja kira-kira RM20,000.

“Saya amat bersetuju dengan matlamat kerajaan yang mahu menjadikan pertanian suatu perniagaan kerana bidang ini amat menguntungkan selain membantu negara tidak bergantung kepada sayuran import,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di ladangnya di Kampung Simpang Arang dekat sini.

Ketika tiba di ladangnya, dua lori milik pemborong sayur sibuk memunggah timun, terung, kacang panjang, lada merah serta petola dan Ahmad mengakui ladangnya mampu mengeluarkan sayuran antara empat hingga lima tan sehari.

Ahmad yang mempunyai 10 pekerja warga Indonesia serta seorang ketua pekerja berbangsa Cina, berkata kira-kira 30 peratus sayurannya terutama timun dan terung dipasarkan terus ke Singapura berikutan mematuhi piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa negara berkenaan kerana mengandungi kadar racun serangga minimum.

Katanya, bagi memastikan ladang sentiasa mengeluarkan hasil, setiap jenis tanaman disulam tanaman lain dengan setiap pokok terung ditanam dengan pokok betik dan apabila terung dituai dalam tempoh 45 hari, beberapa hari kemudian betik pula dituai.

Ditanya bagaimana mulanya menceburi penanaman sayuran, Ahmad berkata, pada waktu mudanya, beliau hanya bekerja sebagai nelayan pantai di sekitar Pendas serta Tanjung Kupang dan pendapatan ketika itu diibaratkan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

“Saya kemudian menceburi bidang penternakan udang tetapi tidak berhasil kerana amat sukar dijaga selain makanannya amat mahal,” katanya.

Beliau yang kini memiliki syarikat Ahmad Cemerlang Enterprise mengakui usaha kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menghidupkan semula program Buku Hijau dan mahu tanah terbiar ditanam dengan sayur-sayuran amat bertepatan.

Ahmad berkata, beliau menasihatkan generasi muda terutama Bumiputera menceburi penanaman sayuran kerana pulangannya terjamin disebabkan ia bahan makanan utama.

“Bayangkan, harga timun dari ladang kini RM1.40 sekilo, manakala terung mencecah RM2.20 sekilo dan setiap hari pasti ada permintaan. Kita perlu tekun dan berusaha kerana Allah yang menyediakan rezeki,” katanya.

4 thoughts on “RM100,000 sebulan hasil sayur

  1. Assalamualaikum en.harizamrry.. saya tertarik dalam rungan blog berkenaan dengan agro pertaniaan. banyak info-info dapat diperolehi daripada blog ini.persolan saya,baru-baru ini terdapat artikal berkenaan dengan rm 100 ribu hasil ladang dikampung simpang, gelang patah. Adakah perkara ini benar-benar berlaku di kampung tersebut? Kerana setahu saya tiada ladang yang terdapat “dikampung simpang arang” di luar kawasan kampung benarlah. Kampung ini adalah kampung Orang Asli. Bolehkah en.harizamrry jelaskan perkara ini?

  2. kami membekal baja vermikompos amat sesuai untuk tanaman terutamanya jenis sayur-sayuran.baja ini tanpa unsur kimia,dapat memperbaiki struktur tanah,mengurangkan penggunaan air dan banyak lag.Hubungi Borhan 012-3516002 untuk keterangan lanjut.tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s