![]() |
lintah akan diletakkan pada kawasan yang dirawat dan dibiarkan sehingga luruh sendiri.
|
Tentu saja kita akan menjerit melihat lintah merayap di tubuh, malah jijik jika pacat melekat pada kasut atau stokin, kita pasti menjerit.
Tapi ramai yang tidak mengetahui, lintah dalam famili Hirudinidae dan nama saintifiknya Hirudo medicinalis mempunyai enzim yang dapat menahan darah daripada terus membeku semasa gigitannya justeru melancarkan peredaran darah.
Malah pelbagai artikel mengenai perubatan menggunakan lintah boleh didapati dalam Internet.
Kini AZR Agro Centre mengambil kesempatan menjalankan bekam menggunakan lintah di Bandar Sungai Mas, Banting, Selangor.
Mustafa Abdul Wahab berkata, pihaknya mendapat idea menjalankan aktiviti berkenaan apabila ramai pengusaha yang berminat mengenai ternakan cacing akan meletakkan kaki mereka dalam kolam ternakan lintah.
“Mereka meminta kebenaran saya untuk meletakkan kaki dalam kolam lintah bagi tujuan perubatan.
“Di sini saya mendapat idea untuk menjalankan usaha bekam menggunakan lintah,” katanya yang mencari artikel mengenai lintah di dalam Internet.
Setelah yakin dengan kajian yang dijalankan, Mustafa menjalinkan kerjasama dengan seorang pakar bekam – Abang Ijam.
Walaupun berpengalaman dalam berbekam, bukan mudah untuk berpindah daripada bekam biasa kepada menggunakan lintah.
Mustafa berkata, lintah telah digunakan sejak berzaman dalam bidang perubatan terutama untuk membuang ‘darah kotor’ dalam badan.
Walaupun penggunaan lintah dalam perubatan dilupakan sekitar 1850-an tetapi telah dipopularkan semula.
Kini, lintah digunakan untuk mengurangkan tekanan dan memulihkan pengedaran darah dalam tisu seperti di jejari dan telinga.
Agen anticoagulant atau anti pembekuan darah yang ada pada lintah juga amat berguna dalam pembedahan bagi membolehkan tempat yang dibedah sentiasa terbuka.
Bagaimanapun di AZR Agro Centre, pesakit akan menjalani pelbagai rawatan sebelum dibekam menggunakan lintah.
“Pesakit akan didaftarkan terlebih dahulu dan diperiksa mengenai penyakit yang dihidapi, selepas itu kaki pesakit akan diurut menggunakan mesin bagi merangsang peredaran darah.
“Selepas itu, pesakit akan akan diletakkan dalam kotak mandi wap selama setengah jam bagi mengumpulkan toksik,” katanya.
Setelah mandi wap, seluruh badan pesakit akan diurut sekali lagi sebelum lintah diletakkan pada kawasan yang sakit.
Mustafa berkata, lintah akan menghisap darah kotor pada badan pesakit yang mengambil masa lebih kurang tiga jam.
“Lintah akan dibiarkan menghisap darah sehingga kenyang dan berhenti sebelum luka dibersihkan menggunakan antiseptik.
“Kami mengutamakan keselamatan pesakit dan lintah yang telah digunakan akan dimusnahkan,” katanya.
Mustafa berkata, pihaknya hanya menggunakan seekor lintah untuk seorang pesakit dan selepas itu lintah berkenaan akan dimusnahkan.
Klinik bekam lintah AZR Agro Centre Sdn. Bhd. dikunjungi oleh pesakit bukan saja sekitar Banting tetapi juga Lembah Kelang dan seluruh Malaysia.
Bagi mengembangkan lagi bekam lintah, Mustafa meluaskan lagi operasinya dengan membesarkan lagi kawasan bekam di tingkat bawah pejabatnya.
“Pesakit yang menjalani rawatan bekam lintah mengakui keberkesanannya dan hampir semua datang lagi.
“Antaranya mereka datang biasanya menghadapi masalah senggugut, gout, sakit kepala, sakit pinggang, bengkak, resdung, kencing manis dan barah payu dara,” katanya.
Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi AZR Agro Centre di 03-31803994/3995/3996 atau Abang Ijam di 014-6484534.
saya ingin bertanya, apakah effect kalau kita mencari lintah di kawasan sawah dan membuat sendiri?
Lintah itu kotor. Takut berlaku jangkitan lain. Biasanya lintah yg digunakan akan menjalani proses pembersihan terlebih dahulu.
bagaimana cara doctor menyelenggarakan lintah semasa merawat barah payudara????
saya jumpe lintah/pacat..xsure..tp dengar2 diorang ni memang isap darah kotor je..
saya jumpa yg kecik punye..kurus je..patu saya letak kat kepala saya..
sbb kepala asek pening2..
takpe ke letak cmtu je?
xde ape2 infection ke?
Bolehkah saya membuat sendiri bekam lintah di rumah? Dan bolehkah kita beli antiseptik di farmasi ataupun tidak menggunakan antiseptik selepas membuat bekam lintah sendiri di rumah.
RAWATANN TERAPI LINTAH TERDAPAT di NASHA D BEAUTY N SPA DEKAT PANDAN INDAH SHOPPING KOMPLEK BAWAH MENARA MPAJ PANDAN INDAH
JENIS RAWATAN SEPERTI
GOUT
RESDUNG
MIGRINE
MENGHILANGKAN JERAWAT BATU
BARAH PAYU DARA
KENCING MANIS
DLL
HUBUNGI SEGERA UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT TEL 016-3647088 / 016 2713419 SEM/NASHA
PERNAH KELUAR DALAM RANCANGAN MAJALAH 3 NONA TV3 DAN MAJALAH KELUARAN TEMPATAN.
boleh tak rawatan lintah digunakan untuk penyakit bisul… adakah ia mujarab… sebab doctor kata saya kene menjalani pembedahan… tapi saya mahu mencuba lintah dahulu.. adakah ia mujarab? saya perlukan maklumat ini segera..
Bagi anda yang berada di wilayah Surabaya & sekitarnya. TERAPI SEDOT LINTAH,LISTRIK, HIJAMAH (BEKAM),HIPNOTERAPY,HERBAL Dll DI :
“THIBBUN NABAWI” JL.PACAR KELING 3 NO.44 KEC.TAMBAKSARI SURABAYA-JATIM . Telp 031-77944367.
Lintah yang kami di suplay oleh eNHa farm. Jd anda tidak perlu khawatir dan ragu mengenai kualitas lintahnya.tarif nya hanya Rp.40.000; aja.…sudah teruji dan terbukti.
Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat dan resdung, sila hapuskan ia dengan menggunakan suatu ‘cecair khas’ yg mampu mencairkan kahak, lendir2 dan kuman yg menjadi penyebab utama jerawat. Info di web page ini:
Hapuskan Jerawat Resdung
Semoga membantu. Trimas.
RAWATAN LINTAH KEMBALI LAGI DI NASHA D BEAUTY N SPA BERTEMPAT DI AMPANG CAMPUTAN . AMPANG SELAMGOR UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI TALIAN 0163459071 SEM/ NASHA 0123471974 RAWATAN YANG DISEDIAKAN IALAH RESDUNG/JERAWAT BATU MIGRINE DLL