Ikan pelaga makin diminati



TERUJA: Kanak-kanak turut terpikat keunikan ikan pelaga.

Spesies berkualiti, unik cecah harga ratusan ringgit

SUATU ketika dulu, pemeliharaan ikan hiasan dianggap sekadar hobi buat peminatnya yang biasanya menempatkan ikan hiasan seperti ikan emas, kelisa dan ‘flower horn’ di dalam akuarium yang dihias cantik di sudut rumah.

Kini, semakin ramai peminat ikan hiasan beralih kepada pemeliharaan ikan pelaga yang bukan saja berwarna-warni, malah mempunyai daya tarikan tersendiri khususnya di bahagian ekornya yang kelihatan seperti `kepak’, seolah-olah bertindak sebagai perisai bagi menangkis serangan musuh.

Dua jenis ikan pelaga yang banyak dijual di kedai akuarium di negara ini ialah pelaga tempatan (Betta bellica) dan pelaga Siam (Betta splendens) yang dibezakan menerusi bentuk ekornya yang mana pelaga tempatan ekornya pendek, manakala pelaga Siam berekor panjang terurai.

Kecantikan ikan pelaga ini dikatakan terserlah ketika ia berlaga, khususnya ikan jantan yang badannya bertukar warna menjadi warna biru gelap berkilat sehingga mengasyikkan sesiapa yang melihatnya.

Berikutan permintaan yang tinggi terhadap ikan pelaga, banyak penyelidikan dilakukan agensi berkaitan termasuk pengusaha yang membuat proses kacukan spesies ikan terbabit bagi mendapatkan baka yang lebih cantik yang mana ia mampu dijual dengan harga lebih mahal.

BANYAK: Abdul Razak mendapat benih ikan pelaga dari Perak.

Seorang penternak ikan pelaga dari Kota Bharu, Kelantan, Zulkifli Yusoff, 48, yang 15 tahun berpengalaman mengusahakan ikan hiasan, berkata empat kategori ikan pelaga yang popular di negara ini ketika ini ialah tembaga, `half moon`, `crown tail` dan `plaket`.

Beliau mengakui, ternakan ikan pelaga mampu memberi pulangan lumayan sehingga melebihi empat angka setiap bulan berikutan minat di kalangan orang ramai semakin berkembang sehingga ada peminat sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi memelihara puluhan ekor ikan terbabit.

“Ternakan ikan pelaga ini memang memberi pulangan lumayan kerana walaupun bersaiz kecil, harga seekor ikan boleh mencecah antara RM300 hingga RM400 jika jenis ikan terbabit sukar ditemui, khususnya dari jenis tembaga yang popular di Kelantan.

“Harga ikan pelaga bergantung kepada warna dan ekor, semakin besar ekornya, maka harganya lebih mahal. Untuk menghasilkan ikan yang cantik, penternak mesti pandai mengacuk jenis ikan terbabit,” katanya yang menjual ikan pelaga di pasar pagi dan malam sekitar Kota Bharu.

MINAT: Pengunjung melihat ikan pelaga pada pameran ikan hiasan di Pasir Mas.

Zulkifli berkata, bagi peminat ikan pelaga, penjagaannya tidak memerlukan kepakaran dan tidak membabitkan kos yang tinggi kerana ia hanya perlu diberi makan jentik-jentik yang mudah didapati di kawasan takungan air bersemak atau cacing bersaiz kecil.

Seorang lagi pengusaha ikan pelaga di Kota Bharu, Abdul Razak Mohd Ali, 43, berkata permintaan yang tinggi terhadap ikan pelaga yang menjadi hobi baru di kalangan rakyat Kelantan menyebabkan beliau terpaksa mendapatkan bekalan benih ikan terbabit dari Perak dan Pulau Pinang.

Beliau yang pernah membantu bapanya menjual kain di pasar malam sekitar Kota Bharu pada pertengahan 1990-an sebelum menceburi perusahaan ikan hiasan berkata, ikan pelaga yang dijualnya berharga antara RM2 hingga RM40 seekor, tetapi boleh mencecah sehingga ratusan ringgit jika ikan berkenaan mempunyai keunikan tersendiri.

“Secara purata, setiap bulan saya menjual lebih 500 ikan pelaga pelbagai jenis yang dijual di rumah serta pasar minggu di Wakaf Che Yeh sambil dibantu dua anak lelaki saya. Alhamdulillah, hasilnya cukup lumayan,” katanya.

Abdul Razak berkata, ikan pelaga jantan lebih agresif serta mempunyai bentuk badan yang lebih

kecil, tirus dan berwarna terang, manakala induk betina berbadan besar, berperut buncit serta berwarna pucat.

Keunikan ikan pelaga ini bukan saja menarik minat golongan dewasa, malah wanita dan kanak-kanak turut memeliharanya sebagai hobi sehingga sanggup menghabiskan ratusan ringgit semata-mata bagi memenuhi minat yang mendalam terhadap spesies berkenaan.

Di Kelantan, ada di kalangan penduduk kampung yang meminati spesies ikan terbabit menghabiskan masa senggang dengan berkumpul di kedai kopi bagi mempamerkan kecantikan ikan pelaga masing-masing sambil berbincang mengenai penjagaan ikan berkenaan.

Murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Kem Pengkalan Chepa, Mohd Amirul Azlan, 7, berkata beliau memelihara 10 ekor ikan pelaga di rumah sebagai hobi pada masa lapang kerana begitu tertarik dengan kecantikan serta keunikan ikan hiasan terbabit.

“Semua ikan pelaga itu saya jaga sendiri, bagi makan sendiri, tidur pun dengan ikan pelaga. Ayah yang belikan ikan ini sebab saya hendak pelihara di rumah.

“Saya seronok bela ikan pelaga, kawan-kawan di sekitar rumah juga minat memelihara ikan pelaga. Minat ini timbul ketika berumur empat tahun lagi. Ingat nak tambah koleksi, tapi tak ada duit,” katanya.

Mohd Amirul adalah antara lebih 500 penggemar ikan pelaga yang menyertai Pameran Ikan Hiasan Betta Peringkat Kelantan yang diadakan di Pasir Mas, baru-baru ini. Kanak-kanak itu memperagakan empat ikan hiasannya untuk dipamerkan pada program berkenaan.

Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Abdullah Jaafar, berkata pihaknya bercadang memperluaskan pertandingan ikan hiasan jenis Betta atau pelaga ke seluruh negeri memandangkan ia semakin diminati di kalangan peminat ikan hiasan.

Beliau berkata, dalam usaha menggalakkan pengeluaran ikan hiasan di kalangan pengusaha tempatan, pihaknya sedia membantu memberi latihan dan khidmat nasihat kepada sesiapa yang berminat, khususnya dari segi penghasilan baka.

“Kita berhasrat menjadikan Kelantan sebagai pengeluar utama ikan hiasan jenis Betta di negara ini kerana ia semakin diminati termasuk di negara jiran. Malah, harga ikan pelaga ini sudah meningkat, dulu seekor cuma 50 sen, sekarang dah mencecah ratusan ringgit,” katanya.

56 thoughts on “Ikan pelaga makin diminati

  1. Saya tinggal di Kajang , dan saya ingin membiak ikan ini. Tetapi induk betina amat sukar dicari. Di mana saya ingin mencari induk betina di Kajang?

  2. saya merupakan seorang peminat ikan pelaga…dan saya berasal dari sabah….sekiranya encik abdul razak dapat memberikan tunjuk ajar ttg cara-cara utk menternak ikan pelaga ini pasti kita dapat berkerjasama utk menembusi pasaran ikan pelaga di sabah.setakat ini saya berjaya membiakan anak ikan pelaga ini tetapi saya menghadapi kesukaran utk membesarkan anak ikan pelaga ini…kerana saya masih tidak tau apakah jenis makanan utk anak ikan pelaga ini dan dimana utk mendapatkan makanan utk anak ikan pelaga ini…..saya merupakan peminat no 1 di sabah ttg ikan pelaga ini cuma saya masih tidak berhasil untuk membesarkan anak ikan pelaga ini?saya harap encik dpt berkomunikasi dgn saya untuk agar saya dpt mempelajari teknik-teknik pembiakan ikan pelaga ini….saya harap encik dpt membalas msj saya ini ….sekian terima kasih….mohd saiful azizi-peminat no 1 ikan pelaga di sabah

  3. saya telah banyak membaca mengenai artikal membiak ikan ini tapi tak tau mane nak dapat induk betina,,,,boleh saudara bagikan cara-cara untuk mendapatkan bekalan induk betina dan jantan.

  4. Saya memang minat ikat laga,tapi saya lebih minat (half moon dan full moon)sila berikan tunjuk ajar tentang pembiakan ikan ini!

  5. ada sesiapa yang bole bantu,saya tak berapa pasti dengan makanan ikan pelaga ni adakah hanya jentik-jentik saja atau kita bole memberi makanan ikan yang lain…tq

  6. apa makanan terbaik untuk kita beri pada ikan pelaga ni…kemudian bagaimana cara-cara penjagaan ikan pelaga ni…macam mana nak elak ikan ni dari cepat mati..boleh tak bantu saya..sila email kpd saya..

  7. saya menpunyai ikan laga tapi ikan laga saya banyak keluar buih kadang2 nak risau saya. boleh tolong bagi tip penjagaan ikan laga dengan betul

  8. salam…sy syam,sy nk thu mcm mna sy nk dpat baka ikan pelaga brtina dn jntan gred A krna sy xda kdai ikn yg mmbkal skrng,bse sy cri d bndar dgun,kmman dn kuantan.

  9. sy dari kedah….sy nk tnya ckit la….mcm mn nk dpt ikan pelaga gred A dkt alor setar ni…n mcm mn nk biak ikan pelaga ni?

    • ikan laga btina biasa brbntk lbh kcil and tidak mmpnyai corak sprt kan jntn.kdai ikn di mlysia byk mnjual baka jantan brbndg betina so utk mndpt baka trbaik drpd kacukn mngmbl masa yg lama dan amat rumit pemeliharaannya brbndg gupy..slmt mncuba

  10. kltn tgh top ikan plaga siam trutama dr jnis “tembaga”.harga bloh mncecah rtusn rnggit pada satu-satu pertndgn.lau korang mncari baka terbaik blh la dtg sndri ke area psir mas..untuk info lbh lanjut com kta chat kt ym sy.midi_dream89@yahoo.com.my or email.thnk

  11. kpd sesiapa yg berminat nk beli ikn laga jenis biasa, crown tailk n half moon..blh email kpda saya..juga menjual ikan laga betina..

    emailkan nama,jenis ikan, alamat dn no tel kpd hepie_impi@yahoo.com.my

    (sedia membantu)

  12. mcmn nak menjaga anak ikan yang baru menetas supaya tidak mati..
    apa makanan yang patut diberi pada anak ikan tersebut

  13. saya ade ikan pelaga tapi macam ne nak buat die beranak .saya letak dua ekor ikan pelaga jantan & betina tapi asyik bergadoh je ,habis rosak ekor ikan pelaga betina saya .Terpaksa saya asingkan die .kalau tak mati plak.

  14. saya ada dua pasang ikanlaga…
    1) pasangan yg pertama tu da bertelur dan dah menetas pon anaknya semalam… betina saya da asingkan dari akuarium… dan yg jantan perlu ke diasingkan juga selepas 2 hari anak ikan tu menetas???

    2) pasangn yg kedua tu saya tengok da mengawan.. tapi bila si betina tu dah bertelur yg jantan tu plak makan.. kenapa ye??? yg jantan dia x buat buih pon.. heran saya?? boleh tolong bg tau???

  15. Salam.. saya duduk di jeddah,semalam tunang saya hadiahkan saya ikan.. saya rasa ni ikan laga.sbb saya penah nampak ikan ni kat malaysia,.n then saya pon check la kat internet..tup2 saya tgk ikan ni serupa ngan ikan saya,, bentuk.. kaler, mcm ikan laga.. Die ckp sekarang ikan betine tu tgh hamil.. n saya asingkan ngan jantan.. betul ke apa yg saya buat ni..n bila saya harus satukan dgn ikan jantan.. dan pae patut saya buat ngan telor die.. saya tak penah bela ikan.. tlg ajar saya.. sekian wasalam. harap ada yg reply..

    • 1. Pra pembiakan (Conditioning)
      Induk jantan dan betina diasingkan, seekor jantan dipelihara di dalam sebuah bekas sementara betina di dalam akuarium secara komuniti. Pelbagai makanan boleh diberikan tetapi keutamaan ialah makanan hidup seperti Moina, ?tubifex worm? atau ?blood worm?.

      2. Penyediaan tangki Pembiakan
      Tangki berukuran 12?x10?x10? adalah memadai. Tangki diisi separuh penuh dengan air – air paip atau air hujan yang telah diheningkan. Di bahagian bawah tangki diletakkan satu keratan paip PVC 6? untuk induk betina bersembunyi ketika induk jantan bertindak aggresif.

      3. Mencampurkan Induk
      Mula-mula induk jantan dimasukkan ke dalam tangki pembiakan. Apabila ia telah membina sarang buih, ini menunjukkan kesediaanya untuk membiak. Untuk menggalakkan proses ini ikan betina boleh dimasukkan di dalam sebuah botol dan diletakkan di dalam tangki pembiakan untuk merangsang ikan jantan.

      4. Membuat Sarang Buih
      Ikan jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan satu buih yang berbaur dengan mucus dari dalam mulutnya. Buih-buih kekal ini atau bercantum antara satu sama lain membentuk segumpal sarang. Pada mula diperkenalkan akan berlaku pergaduhan antara induk jantan dan betina. Sehingga pada satu ketika apabila kedua-dua induk telah bersedia mengawan, ianya akan berada di bawah sarangnya dan mulai mengawan.

      5. Pengawanan
      Semasa mengawan ikan jantan dan betina akan membelitkan badannya antara satu sama lain. Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga telur matang dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan mensenyawakannya. Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan memungutnya dan menghembuskannya ke dalam sarang buih. Buih yang rosak akan terus dibaiki oleh ikan jantan. Proses ini akan berulang-ulang dan mengambil masa 1 hingga 1? jam.

      6. Penjagaan Telur
      Sebaik sahaja selesai mengawan induk betina perlu dikeluarkan dari tangki pembiakan dan dirawat sekiranya mengalami kecederaan. Biarkan induk jantan mengawasi telur sehingga menetas.

      7. Penjagaan Fry
      Telur menetas selepas 24-30 jam. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya, membina semula sarang yang rosak, menangkap fry yang terlepas dan memasukkan semula ke dalam sarang. Selepas 3 hari fry akan berenang dan perlu diberi makanan. Makanan pertama terbaik untuknya ialah makanan semula jadi yang terdapat dalam air hijau (green water) yang boleh didapati dari air ternakan ikan seperti tilapia / keli yang telah lama. Kaedah lain ialah dengan menyediakan brine shrimp nauplii (Artemia) yang baru menetas. Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan rumusan berbentuk serbok. Fry berumur 7-10 hari perlu dipindahkan ke dalam tangki pemeliharaan yang lebih besar untuk pembesaran dengan diberi makan moina atau ?blood worm? yang dicincang. Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan.

      8. Pengasingan / Pembotolan
      Setelah berumur 3 bulan ikan jantan mulai aggresif dan perlu diasingkan secara individu di dalam botol. Ikan betina boleh dipelihara dalam tangki secara komuniti. Untuk penghasilan komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas yang banyak untuk menyimpan jantan.

      PERLU DIAMBIL KIRA SEMASA MEMBIAKKAN BETTA
      Jika ikan betina belum bersedia, ikan jantan akan mencederakannya sehingga mati. Jika ikan jantan belum bersedia menerima ikan betina atau sarang buihnya belum siap disediakan ianya juga akan bertindak ganas terhadap ikan betina. Sebaliknya jika betina telah bersedia tetapi jantan belum lagi, ikan betina pula akan bertindak agresif terhadap ikan jantan. Sekiranya jantan masih belum menyiapkan sarangnya kadang kala betina akan melepaskan telurnya tanpa disenyawakan oleh ikan jantan.

      PANDUAN MEMELIHARA BETTA
      Pada asalnya Betta memerlukan air dengan pH rendah sekitar 5-6.5 untuk hidup dengan baik. Kini kebanyakan Betta yang dihasilkan secara komersial di negara kita telah dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai pH air. Bekalan air domestik yang neutral juga sesuai untuk ternakan Betta. Ikan jantan yang terpilih boleh dipelihara dalam botol minuman kecil secara individu untuk mengelakkan dari dicederakan oleh ikan yang sejenis dengannya. Ikan betina boleh dipelihara bersama ikan-ikan lain yang toleran seperti Rasbora, Angel dan neon tetra. Elakkan dari ikan yang gemar menggigit sirip ikan lain (fin nipper) seperti half-red eye tetra, atau tiger barb.
      Betta ialah sejenis omnivor dan boleh diberi sebarang makanan termasuk plankton, cacing, jejentik dan pellet. Ia adalah ikan tahunan (annual fish) dan hayatnya lebih kurang satu atau dua tahun. Adalah tidak digalakkan untuk mengeluarkan wang ratusan atau ribuan ringgit hanya untuk membeli seekor ikan yang diidamkan. Berbeza pula jika anda membelinya untuk dijadikan induk yang bakal mengeluarkan hasil berlipat kali ganda.

      PANDUAN MEMILIH JENIS BETTA
      Pelbagai jenis Betta ?fancy? boleh dibeli di pasaran tempatan ketika ini seperti jenis yang berwarna merah, kuning dan hitam, terdapat juga jenis yang berkilat (metallic) seperti hijau dan biru, pelbagai warna dan bercorak ?marble?. Terdapat juga yang mempunyai ekor yang panjang (veil tail, comb tail atau palm leaf), jenis berekor pendek (short fin), ekor cabang dua (double tail) dan berbentuk ekor guppy atau half moon. Warna ikan dan jenis sirip adalah mengikut selera individu peminat. Ciri penting yang perlu diambil kira dalam memilih Betta ialah dilihat keadaan siripnya semasa berenang dan mengembang. Sirip yang sangat terlentuk ke bawah dan terlipat dianggap tidak bermutu. Bahagian ekornya mestilah agak selari dengan badannya semasa ikan berehat atau berenang. Ekor (jenis panjang) yang berlipat atau bergulung menunjukkan ikan sudah tua atau telah lumpuh (paralyse) dan tidak menarik. Sirip ikan yang kuncup menunjukkan ikan kurang sihat atau kurang selesa dengan sekitarannya. Untuk memilih jantan yang bertenaga perlu dipastikan terdapatnya buih di dalam bekasnya sementara ikan betina dipilih dari individu yang kelihatan ceria dengan sirip terbuka luas, warna menarik dan memberangsangkan.

  16. Pagi tadi kt MHI tv3 ada cakap hujung minggu ada pertandingan ikan laga kebangsaan di kajang dan 26hb jun ni peringkat antarabangsa di Melaka.tapi info tak lengkap,ada sesiapa boleh bagi info lengkap?tq.

  17. Di mana boleh dapat halfmoon betina???sapa yg ada jual boleh bagitahu saya.saya mahu beli…tapi kena pos la.sebab saya tinggal di sabah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s