Tanaman labu manis jadi projek angkat



BERI SOKONGAN: Hasim (dua dari kiri) menyampaikan benih labu kepada penduduk Kampung Pelegong.

SEREMBAN: Projek penanaman labu manis secara besar-besaran yang dirancang di Labu, dekat sini akan dijadikan projek angkat Jabatan Pertanian Negeri Sembilan (JPNS) bagi memastikannya berjaya dan membuahkan pulangan memuaskan kepada pengusaha.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi, berkata projek komersial itu akan dilaksanakan di kawasan tanah terbiar seluas kira-kira 120 hektar dengan peserta sudah dikenal pasti, manakala tapak semaian akan dibuka tidak lama lagi.

“Projek ini tetap diteruskan walaupun diperlekehkan sesetengah pihak. Kita sudah memulakan langkah awal dengan mengenal pasti kawasan sesuai selain memberikan kursus asas kepada bakal peserta. Majoriti pemilik tanah terbiar yang akan dimajukan ini juga memberi sokongan padu.

“Saya yakin dengan kerjasama JPNS, projek ini dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat,” katanya ketika merasmikan penutupan kursus teknologi tanaman labu manis di Kampung Pelegong, Labu, dekat sini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan, Pilus Bidin.

6 thoughts on “Tanaman labu manis jadi projek angkat

  1. saya hendak tanam labu manis di atas 50 ekar tanah,tapi saya kurang pengalaman dan tidak tahu di mana hendak mendapatkan benih yang baik dan tempat untuk dipasarkan setelah pungutan hasil nanti.sekiranya pihak tuan menyediakan tempat untuk diberi latihan, saya berminat menyertainya.

  2. Kami telah menanam labu manis jenis waluh 767 di ladang kami seluas 16 ekar dan mungkin akan di perbesarkan lagi yang mungkin akan menjangkau 100 ekar.Pada mula penanaman, kami telah menghadapi berbagai-bagai masalah seperti serangan serangga. bermacam-macam usaha telah dibuat untuk mengatasi masalah tersebut dan berbagai-bagai racun serangga telah digunakan untuk menghalau serangga yang menyerang tanaman labu manis kami. Persoalannya , apakah racun yang paling sesuai digunakan pada tanaman tersebut ?

  3. Assalamualaikum kepada pengusaha tanaman labu, saya memerlukan DAUN LABU dalam kuantiti yang banyak. Jika ada pengusaha labu yang nak tuai hasil, bolehlah hubungi saya di talian 012-9001649. saya nak daun labu sahaja…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s