Ekspo Industri Asas Tani NS 1-3 Ogos

SEREMBAN 25 Julai – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri akan menganjurkan Ekspo Industri Asas Tani Negeri Sembilan 2008 bermula pada 1 hingga 3 Ogos depan.

Ketua Unit Perhubungan Awam FAMA negeri, Mohamad Din Abdul Hamid berkata, ekspo tersebut akan diadakan di tapak Pasar Tani Mega Ampangan di sini dan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam sepanjang tiga hari berkenaan.

Menurut beliau, produk-produk yang dijual merangkumi produk industri asas tani berasaskan keluaran pertanian, akuakultur, ternakan, herba, rempah-ratus serta kraf tangan.

”Antara acara menarik sepanjang ekspo berkenaan termasuk demonstrasi membuat lempuk durian, gula enau dan dodol gula enau,” ujarnya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah Mohamad Din, selain daripada itu, terdapat acara lain seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak pra sekolah, pertandingan gubahan sayur-sayuran peringkat sekolah menengah dan pertandingan kopi tarik Agromas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s