EFFECTIVE MICROORGANISME

EM adalah singkatan kepada “Effective Microorganisme”.

Ianya merupakan “bakteria baik” hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen / bakteria jahat yang ada dalam sistem tumbesaran.

Mikrob dalam EM dan fungsinya ialah :

a) Bakteria Asid Laktik (Lactic Acid Bacteria)
Berfungsi sebagai pelindung dengan membantutkan perkembangan mikrob dan serangga berbahaya seperti Fusanium dan Nematod. Juga berfungsi sebagai bahan penggalak pengkomposan bahan-bahan organik.

b) Yis / Ragi (Yeast)
Berfungsi sebagai pengeluar hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan keaktifan sel tanaman dan akar.

c) Bakteria Photosintetik (Photosythetic Bacteria)
Berfungsi menghasilkan asid amino, asid nuklik, bahan bioaktif dan gula yang akan menggalakkan pertumbuhan tanaman.

Sifat EM secara amnya ialah cecair berwarna kuning coklat, berbau enak dan berasa masam. Ianya sangat sesuai digunakan dalam bidang pertanian dan penternakan untuk meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran.

Kebaikan EM Dalam Pertanian

– EM menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman.
– Meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman.
– Menukar bahan organik kepada baja dengan cepat.
– Menambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit.
– Memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.

Cara Guna
– Sembur pada tanah dan pokok.

Kebaikan EM Dalam Penternakan


– Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.
– Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.
– Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.
– Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.
– Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.
– Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.

Cara Guna

– Tambah EM dalam makanan dan minuman ternakan.
– Sembur pada najis, lantai dan bangunan ternakan.
– Masukkan EM dalam kolam ternakan.

Selain itu, ia juga boleh digunakan dalam :

– Pertanian / Landskap sebagai baja dan pembaikpulih tanah.
– Merawat air dan alam sekitar seperti sungai, longkang dan pusat kumbahan.
– Kegunaan dapur dan rumah iaitu menyingkirkan bakteria bahaya.

Membuat pupuk Effective Microorganisme atau EM

Pupuk EM adalah pupuk organik yang dibuat melalui proses fermentasi menggunakan bakteri (microorganisme). Sampah organik dengan proses EM dapat menjadi pupuk organik yang bermanfaat meningkatkan kualitas tanah.

Beriikut langkah-langkah pembuatan pupuk menggunakan EM :

Pembuatan bakteri penghancur (EM).

Bahan-bahan :

* Susu sapi atau susu kambing murni.
* Isi usus (ayam/kambing), yang dibutuhkan adalah bakteri di dalam usus.
* Seperempat kilogram terasi (terbuat dari kepala/kulit udang, kepala ikan) + 1 kg Gula pasir (perasan tebu) + 1 kg bekatul + 1 buah nanas + 10 liter air bersih.

Alat-alat yang diperlukan :

Panci, kompor dan blender/parutan untuk menghaluskan nanas.

Cara pembuatan :

* Trasi, gula pasir, bekatul, nanas (yang dihaluskan dengan blender) dimasak agar bakteri lain yang tidak diperlukan mati.
* Setelah mendidih, hasil adonannya didinginkan.
* Tambahkan susu, isi usus ayam atau kambing.
* Ditutup rapat. Setelah 12 jam timbul gelembung-gelembung.
* Bila sudah siap jadi akan menjadi kental/lengket.

Perlu diperhatikan susu jangan yang sudah basi karena kemampuan bakteri sudah berkurang. Sedangkan kegunaan nanas adalah untuk menghilangkan bau hasil proses bakteri.

One thought on “EFFECTIVE MICROORGANISME

  1. Pingback: EM Cara penggunaannya « Sinar Pertanian Modern

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s