Mas cotek sumber rezeki pesara guru

BEBERAPA tahun lalu, seorang daripada anak pasangan Mohamad Nawi Yusoff, 58, dan isterinya, Che Safiah Abd Rahman, 54, mengalami gatal-gatal di seluruh badan kerana alahan setiap kali selepas menikmati makanan laut seperti udang dan sotong.

Selepas mencuba pelbagai jenis herba, ia tidak berhasil. Namun, anak gadis pasangan dari Kampung Gong Dermin, di pinggir bandar Kota Bharu itu, kini pulih sepenuhnya selepas mengamalkan minum air rebusan herba mas cotek yang pada mulanya diperoleh melalui seorang rakan.

Bertitik-tolak daripada itu, Mohamad Nawi yang juga bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putri Saadong, Bukit Marak, Bachok tekad mengusahakan tanaman mas cotek secara komersial di halaman rumahnya sebaik bersara daripada bidang perguruan, lebih dua tahun lalu.

Berbekalkan modal sebanyak RM5,000, Mohamad Nawi dibantu isterinya yang masih bertugas sebagai guru kanan di sebuah sekolah rendah kini mampu mengeluarkan produk teh herba daripada mas cotek yang sudah mendapat pasaran meluas sekitar Kelantan, Lembah Klang dan Perak.

Mas cotek atau nama saintifiknya ficus deltoidea adalah herba daripada keluarga moraceae yang semakin mendapat perhatian di kalangan pengamal perubatan tradisional kerana khasiatnya dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit serta baik untuk penjagaan kesihatan.

Daun mas cotek dikatakan mempunyai kandungan yang baik untuk meningkatkan fungsi seksual lelaki, mengekalkan keayuan dan awet muda, mengurangkan risiko barah, melindungi diri daripada kesan penuaan, mengurangkan risiko angin ahmar dan penyakit jantung serta meringankan radang kulit dan kesan gigitan serangga.

Walaupun turut dikenali sebagai telinga beruk, telinga gajah, serapat angin, delima sudip, ara jelatih dan ara tunggal, herba yang dikatakan menyaingi khasiat tongkat ali dan kacip fatimah ini lebih dikenali dengan nama mas cotek kerana dipercayai berasal daripada perkataan Pantai Timur disebabkan bintik-bintik halus berwarna emas pada permukaan atas setiap helaian daunnya.

Bermula dengan hanya beberapa anak pokok yang tumbuh meliar dicari sekitar pantai dan hutan Kelantan dan Terengganu, Mohamad Nawi kini mempunyai ratusan pokok mas cotek daripada lebih 10 spesies, termasuk yang mempunyai ketinggian melebihi dua meter.

“Pada mulanya, saya menanam mas cotek untuk kegunaan sendiri selepas mendapati daunnya mempunyai banyak khasiat. Malah, ibu mentua saya berusia lebih 90 tahun yang menghidap angin ahmar juga semakin sihat sejak mengamalkan minum air rebusan daun mas cotek.

“Bagaimanapun, melihat kepada potensi mas cotek yang mempunyai khasiat tersendiri, saya dan isteri bertekad mengusahakan tanaman ini secara serius dan berjaya mengeluarkan produk teh yang di bawah syarikat saya iaitu Kristal Berlian Enterprise, sejak dua tahun lalu,” katanya.

Selain produk teh herba 20 uncang yang siap dikotak dan dijual pada harga RM20, bapa kepada 10 anak itu turut menjual anak pokok tumbuhan itu dengan harga antara RM10 hingga RM20 bergantung pada saiz serta daun kering yang mendapat permintaan pada harga RM50 sekilogram.

Mohamad Nawi berkata, daun mas cotek yang sudah dipetik di halaman rumahnya, kemudian diproses sebagai teh herba yang dijadikan dalam bentuk uncang di sebuah kilang di Kuala Lumpur sebelum dibungkus dalam kotak di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan diedarkan atas jenama syarikatnya.

“Sehingga kini, teh herba mas cotek yang dikeluarkan syarikat saya mendapat sambutan sangat menggalakkan. Malah, pada masa tertentu permintaan boleh menjangkau sehingga 70,000 kotak, tidak termasuk yang dijual menerusi pameran seperti Pesta Flora.

“Buat masa ini, saya terpaksa menghantar daun mas cotek untuk diproses di Kuala Lumpur kerana tidak mempunyai mesin sinar gamma yang berperanan untuk membunuh kuman, tetapi jika ada rezeki saya merancang membuatnya sendiri di Kelantan,” katanya.

Beliau menjelaskan, daun mas cotek yang hendak dipetik untuk dijadikan teh herba mestilah berwarna kekuningan kerana sudah cukup matang, manakala daun yang lebih besar dipercayai mempunyai lebih banyak khasiat berbanding daun bersaiz kecil.

“Daun yang dipetik perlu dijemur dan dikeringkan sebelum dihantar untuk diproses atau dijual secara kering, daun yang sudah kering juga boleh terus direbus dan diminum,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai penjagaan pokok mas cotek, Mohamad Nawi berkata, ia tidak terlalu sukar, sebaliknya pokok mestilah diletakkan di bawah jaring berwarna gelap bagi menghalang terdedah kepada terlalu banyak cahaya sehingga boleh menyebabkannya mati.

“Biasanya, anak pokok yang diambil dari hutan atau dibeli daripada pembekal perlu diletakkan di dalam polibeg. Selepas itu, anak pokok terbabit dialihkan ke tanah atau pasu yang mengandungi campuran tanah pasir, baja, sekam padi yang sudah dibakar serta sabut kelapa.

“Setiap pokok perlu disiram sekurang-kurangnya sehari sekali bagi memastikan ia tumbuh subur. Apabila pokok semakin tinggi, ia perlu diikat dengan kayu bagi menyokong batang pokok dan mengelak daripada tumbang,” katanya sambil menjelaskan sebatang pokok mas cotek boleh menjangkau usia sehingga 10 tahun.

Mengenai perancangan masa depannya, Mohamad Nawi berkata, beliau bercadang menghasilkan losen penjagaan kulit daripada mas cotek yang fungsinya hampir sama dengan losyen pati halia yang semakin diterima baik di pasaran negara ini.

“Saya juga bercadang menghasilkan jus segar daripada mas cotek. Ketika ini, saya dan beberapa rakan masih menjalankan kajian lanjut bagi memastikan produk losyen dan jus daripada tumbuhan herba ini dapat dihasilkan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Selain mengusahakan tanaman mas cotek, beliau turut mempunyai ladang misai kucing yang diusahakan di tanah seluas setengah hektar, tidak jauh dari rumahnya di Kampung Gong Dermin.

“Saya mempunyai kira-kira 10,000 pokok misai kucing yang dijaga oleh seorang pekerja sepenuh masa. Hasilnya turut saya jadikan sebagai produk teh herba kerana ia juga mempunyai banyak khasiatnya seperti yang ada pada mas cotek,” katanya.

Beliau berkata, selain teh herba misai kucing yang dijual pada harga RM20 sekotak, daun misai kucing basah pula dijual dengan harga RM2 sekilogram dan daun kering berharga antara RM15 hingga RM20 sekilogram yang dipasarkan sekitar Kelantan dan Lembah Klang.

“Saya turut bercadang memasarkan daun kering mas cotek dan misai kucing berserta produk teh herba menerusi internet kerana cara itu lebih mudah dan cepat selain dapat menonjolkan produk tempatan ke pasaran luar negara,” katanya.

Advertisements

20 thoughts on “Mas cotek sumber rezeki pesara guru

  1. Pingback: Blog Zool Ligakampung » Blog Archive » Mas Cotek
  2. salam sejahtera

    saya berminat untuk menanam tanaman herba. untuk permulaan saya berminat dengan MAS KOTEK. Diharap pihak tuan dapat memberikan info2 berkenaan penanaman MAS KOTEK dan pasarannya. kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai.

    SAIFUL AKHYAR BIN JUREMI,
    BANTINGM SELANGOR,
    0123485486

  3. salam.saya tertarik dengan cerita pasal guru berkenaan mas cotek.saya ada tanam secara suka2. saya semai pokok mas cotek dan di beri kepada kawan2 yang berminat.Saya tak tahu yang harganya sampai rm10 sepokok.

  4. sesiapa ingin membeli daun kering mas cotek dan pokok mas cotek.
    Harga boleh dirunding
    Hubungi : 017-7908292

    • hubungi saya jika nak commercialkan hasil tanaman misai kucing atau mas cotek

      019 2868446
      Izzat

      saya akan cube membantu

  5. Saya berminat utk menceburi tanaman mas cotek secara kecil-kecilan. Sesiapa yang mempunyai anak pokok/benih Mas Cotek boleh hubungi melalui e-mail.

    Sekian wasalam.

    • buat masa ini..kami telah mempunyai seramai 32 orang peserta ladang kontrak mas cotek di tg karang selangor.

      syarikat kami telah mengeluarkan satu produk minuman
      isotonik yang berasaskan herba mas cotek..
      pengedar dan stokis amat di perlukan

  6. produk terbaru berasaskan mas cotek telah berada di pasaran!!!!
    minuman isotonik pertama berasaskan mas cotek ISOMEDIC keluaran syarikat DELTO MEDICAMA PLANTATION.
    syarikat bumiputera di Sg.Besar Selangor.
    kepada yg berminat utk menjadi stokis atau pengedar sila hubungi 017-2452119 (azhar).
    Syarikat ini juga merupakan pengelola projek ladang kontrak mas cotek di Tg.Karang Selangor.

  7. Halo everyone! I’m a Malaysian. I’m currently looking for Ficus Deltoidea (Mas Cotek) from Malaysia to be exported to China since my Manufacturer there. Of course, i’m only interested with those who can provide me 1 tan and above only ….(with good pricing).

    please leave me a message at jessicallison_ccm90@hotmail.com together with your contact number. This is urgent because I’m be departing to China soon!!!

  8. slam….sy josni dri kuantan…ingin bertanya tentang pasaran tanaman misai kucing.utk pengetahuan suadara sy ade menanam pokok misai kucing lebih kurang 1 ekar,tpi sy x thu nak dipasarkan tanaman ini d mne…d harap saudara memberi malumat tentang serba sdkit dimana sy nak pasarkan tanaman ini….saudara blh hbungi sy d no hp 0139153406…..

    • Salam Cik Puan Asma.
      Syarikat kami sedang mencari pengedar minuman tenaga mas cotek ke seluruh negara dan Asia. Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut (sitisalmi.phsb@gmail.com). Sertakan no telefon utk pihak kami hubungi.
      Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s