Taman strawberi tarikan baru Gunung Jerai

Khairiyanti Zakaria (kanan) bersama rakan-rakan mempromosikan tanamam strawberi yang menggunakan kaedah fertigasi di kawasan pergunungan Gunung Jerai Gurun, Kedah, semalam.

JERAI 21 April – Jika selama ini strawberi sering dikaitkan dengan Cameron Highlands, namun tidak mustahil dalam tempoh terdekat ini, buah tersebut pula bakal menjadi tarikan baru di kawasan peranginan Gunung Jerai.

Gunung Jerai yang merupakan gunung tertinggi di negeri ini, bakal menjadi tumpuan pelancong apabila 1,500 anak pokok strawberi dari baka ‘Chandler’ Amerika Syarikat dan ‘Cama Rosa’ dari Belanda mula disemai di kawasan tanah tinggi tersebut.

Pembantu Pertanian, Jabatan Pertanian Kuala Muda, Zainol Hashim berkata, setelah menjalani kursus tanaman strawberi di Jepun pada awal tahun 1990-an, dia mula memikirkan mengenai prospek tanaman itu di negeri ini.

“Sia-sia jika ilmu yang saya peroleh tidak digunakan sebaik mungkin. Akhirnya setelah puas mencuba, projek tanaman strawberi di Gunung Jerai ini menjadi kenyataan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak.

“Projek yang dimulakan pada 27 Januari 2008 bakal menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar untuk datang ke sini,” katanya ketika ditemui di Gunung Jerai di sini hari ini.

Zainol yang juga penasihat bagi projek Taman Strawberi Gunung Jerai memberitahu, strawberi yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi adalah paling mudah dan hasilnya boleh dituai dalam tempoh 70 hari.

“Kami menjangkakan hasil pertama akan dapat dituai pada awal Julai ini, dan projek ini adalah langkah awal Jabatan Pertanian dalam memajukan industri pertanian negara ini.

“Dengan suhu dan kawasan persekitaran yang sesuai untuk strawberi, kami yakin hasil yang bakal diperoleh tidak lama lagi setanding dengan strawberi yang dihasilkan di kawasan tanah tinggi yang lain,” katanya.

Bagi pengusaha tanaman strawberi Gunung Jerai pula, Zulkifli Muhyiddin, dia yakin tanaman strawberi di puncak Gunung Jerai bakal memberi nafas baru kepada industri agro-pelancongan di negeri ini.

Menurut Zulkifli, beliau mengambil keputusan untuk mengusahakan tanaman strawberi kerana menyedari, tanaman tersebut mampu memberi keuntungan yang tinggi kepada pengusahanya.

“Apabila hasil dapat dituai, saya mencadangkan pengunjung sendiri dapat merasai keseronokan memetik sendiri buah strawberi.

“Saya pasti tanaman strawberi ini dapat menjadikan Gunung Jerai popular seperti Cameron Highlands,” katanya.

2 thoughts on “Taman strawberi tarikan baru Gunung Jerai

  1. Usaha dan keazaman yg tinggi sudah pasti akan beroleh kejayaan. Yang penting kita mesti berani meneroka dan melaksanakan. Sikap tunggu dan lihat tidak akan membawa sebarang makna.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s