Projek biri-biri beri pendapatan lumayan

Alwi mula kerjaya dengan lapan baka kacukan Thailand kini miliki 1,000 ternakan

BAGAN DATOH: Alwi Rasni, 42, tidak menduga niat awalnya sekadar mencuba nasib akhirnya menjadi kenyataan dan kini menjadi usahawan ternakan biri-biri yang berjaya di kawasan Parlimen Bagan Datoh sejak lapan tahun lalu.

Semuanya bermula apabila tertarik hati melihat jiran di kampungnya memelihara biri-biri yang dikurniakan Jabatan Haiwan Daerah Hilir Perak dan dilepaskan di kawasan kebun kelapa.

“Saya kemudian membeli lapan biri-biri baka ekor panjang kacukanThailand iaitu seekor jantan dan tujuh betina daripada penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Siput, Sungai Batang dekat sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, selepas tujuh bulan, semua biri-biri betina itu melahirkan anak dan jumlahnya bertambah mencecah 1,000 dalam tempoh lapan tahun lalu.

Melihat ternakannya semakin membiak, beliau membina bangsal terbuka tempat berteduh haiwan itu daripada hujan dan panas yang dibina di bawah pokok kelapa di kawasan rumahnya.

Beliau berkata, menternak haiwan itu tidak sukar dan tidak banyak kerenah kerana biri-biri kacukan Thailand tahan lasak kepada panas dan hujan serta jarang diserang penyakit.

“Sebelah pagi hingga tengah hari biri-biri masih berehat dalam bangsal dan saya hanya sediakan air minuman saja. Sementara untuk makan semua biri-biri keluar makan rumput di kawasan berhampiran tali air kira-kira 300 meter jarak dari rumah saya,” katanya.

Beliau berkata, rutin harian bermula jam 3 petang dengan biri-birinya keluar sendiri dari bangsal berpusu-pusu ke padang ragut berhampiran dan pulang ke bangsal menjelang waktu Maghrib.

“Saya hanya memantau dan melihat pergerakan biri-biri itu dari jauh saja,” katanya yang menjadikan usaha itu sebagai kerjaya sepenuh masa.

Sehubungan itu, Alwi terterima kasih kepada Jabatan Haiwan Daerah Hilir Perak kerana banyak memberi khidmat nasihat di samping membantu memperkenalkan ternakannya kepada penternak dan pelanggan baru.

Pada peringkat awal dulu beliau menjual biri-birinya berusia setahun yang beratnya antara 20 kilogram hingga 30 kilogram pada harga RM160 seekor.

“Tetapi berikutan harga ternakan itu semakin naik di pasaran, saya menjual RM300 dan RM350 seekor mengikut harga runcit daging RM15 sekilogram.

“Saya menjual biri-biri hidup dan tidak jual dagingnya kerana tidak ada masa menguruskannya,” katanya yang setiap bulan menjual antara lima hingga l0 ekor kepada penduduk tempatan dan orang luar daerah Hilir Perak.

Beliau berkata, kebanyakan biri-birinya dijual kepada pelanggan untuk dibuat akikah, kenduri kahwin atau berkhatan termasuk pada musim perayaan Aidilfitiri dan Aidiladha.

“Tahun ini, saya berazam menjual sekurang-kurangnya 10 biri-biri setiap bulan,” katanya.

Alwi berkata, berikutan padang ragut di kampung berkenaan tidak luas, beliau terpaksa mengehadkan ternakan sekitar 600 hingga 700 ekor pada satu masa.

“Saya memang bercita-cita menternak hingga 2,000 biri-biri tetapi kerana keadaan padang ragut tidak luas, hasrat itu terpaksa dilupakan,” katanya.

Berkat ketabahan dan ketekunannya sebagai penternak, Alwi bersyukur kerana setakat ini sudah ada simpanan yang agak banyak dalam bank.

“Saya belum membuat sebarang perancangan dengan wang itu, tetapi kemungkinan besar menggunakannya untuk memperkembangkan kegiatan menternak biri-biri,” katanya yang masih belum berumah tangga.

Beliau mengakui kerana belum puas lagi berjinak dengan haiwan ternakannya itu menyebabkannya menangguhkan dulunya hasratnya untuk mencari teman hidup.

“lnsya Allah, kalau ada jodoh saya akan berkahwin juga tetapi belum tahu bila,” katanya yang tinggal bersama ibunya berusia 65 tahun yang juga ibu tunggal.

8 thoughts on “Projek biri-biri beri pendapatan lumayan

  1. Assalamualaikum…saya minat sangat dengan ternakan biri-biri ni…tolonglah bagi no tel en alwi atau setidak-tidaknya alamat dia, mana tau suatu hari nanti nak gi melawat ladang dan membeli baka biri-birinya. Tq

  2. assalamualaikum…
    Berharap sekiranya dapat mengetahui risiko-risiko dan cabaran-cabaran yang encik alwi hadapi semasa menternak biri-biri tersebut dan bagus sekiranya dapat sedikit ilmu mengenai cara-cara penjagaan biri-biri yang diusahakanya..

  3. assalamualaikum wbt.
    Saya juga berminat dalam peternakan biri-biri. Sebelum itu, saya mengucapkan tahniah kepada En. Alwi kerana menjadi penternak yang berjaya. Agak-agak en. berapakah perbelanjaan 10 ekor bibi-biri dalam sebulan.

  4. saya pun ade membela kambing &lembu.blh saya tahu eck alwi tingal kampung mana.sbb saya pun asal BG DATOK.blh la saya tengok ternakan eck alwi bila saya blk kesana.

  5. assalamualaikum, encik alwi, diharap beri respon nak menuntuk dari a-z psl bebiri ni ….minat snagat nak tinggal kerja makan gaji n beralih ke sektor ternak menternak ni…. di harap encik dapat memberi respond tq

  6. sy baru nk mula ternak biri-biri.memang minat betul dgn ternakan ni.boleh tuan bagi no talipon, hajatnya nak tuntut ilmu dari tuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s