Suri rumah raih RM2,500 sebulan hasil jual telur itik

BERMULA hanya sekadar hobi membela itik pada waktu terluang, akhirnya menjadi satu perusahaan keluarga sehingga mampu memberi keuntungan RM2,000 hingga RM2,500 sebulan hasil penjualan telur itik.

Penternakan itik diusahakan keluarga Maznah Md Top, 45, pada mulanya hanya membabitkan kira-kira 50 ekor itik pada 2004 di reban yang dibina di pekarangan rumah di Kampung Pandan Satu, dekat Kuantan.

Namun, disebabkan bau kurang menyenangkan dan teguran jiran kerana persekitaran berbau busuk, memaksa keluarga terbabit mencari tapak sesuai membina reban ternakan lebih besar. Susulan itu, kerajaan negeri meluluskan kawasan lebih besar, kira-kira 500 meter dari rumahnya yang boleh menempatkan 500 ekor.

“Pada pertengahan 2006, kami mendapat kawasan sesuai kemudian mula membina kandang lebih besar bagi menambah jumlah ternakan itik. Itik yang diternak mampu menghasilkan 100 hingga 150 biji telur sehari, bergantung kepada keadaan cuaca dan jika hujan, telur dihasilkan berkurangan sedikit berikutan keadaan persekitaran yang sejuk.

“Telur itik kami dibeli pengusaha restoran sekitar Kuantan yang menjadi pelanggan tetap dengan harga jualan mengikut gred antara 50 sen sebiji atau RM15 bagi 30 biji,” kata Maznah ketika ditemui di ladang ternakan itiknya, di situ baru-baru ini.

Maznah berkata, telur itik yang dikutip juga dibuat telur masin dengan harga RM17 bagi sebalang besar berisi antara 25 hingga 30 biji, manakala RM5 bagi balang kecil memuatkan lima hingga enam biji telur.

Kebiasaannya katanya, semakin berusia itik itu, semakin besar telur dihasilkannya.

“Telur besar selalunya diambil restoran sekitar bandar ini, manakala saiz kecil akan dibuat telur masin. Cara penghasilan telur masin sedikit berbeza, kerana telur itik dijeruk atau direndam dalam air garam, tetapi rasanya tetap sama seperti kaedah disalut dengan tanah liat dan arang,” katanya.

Dalam mengusahakan penternakan itik, Maznah turut dibantu dua anaknya, Siti Rohani Mohamad, 25, dan Siti Aishah, 21, yang menjaga ternakan itu secara bergilir.

“Pendapatan hasil ternakan itik ini dapat meringankan beban suami, Mohamad Saleh, 53, yang bekerja sebagai pemandu lori dan saya yakin, suri rumah lain juga boleh mengusahakannya di rumah mereka,” katanya.

Maznah bercadang membina satu lagi kandang di lokasi sesuai bagi menternak itik putih, tahun ini. Itik putih atau dipanggil itik daging diternak khusus untuk dagingnya dan beliau juga bercadang menambah jumlah itik sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran telurnya.

Sementara itu, Siti Rohani berkata, harga makanan itik yang mahal, selain kesukaran mendapat kawasan ternakan sesuai antara masalah utama yang sering dihadapi pengusaha ternakan itik.

“Sebab itu, tidak ramai yang berani menjadikan penternakan itik sebagai perusahaan, selain harga makanannya seperti dedak dan jagung sering meningkat. Dalam sebulan, kami membelanjakan kira-kira RM800 untuk penjagaan itik, termasuk makanan.

“Walaupun kos penternakan agak tinggi, pulangan jangka panjang agak menguntungkan kerana itik bertelur setiap hari, selain tidak mudah dijangkiti penyakit,” katanya.

Beliau berkata, itik juga sensitif terhadap persekitaran, malah penghasilan telur juga boleh terjejas jika kerap diganggu seperti kehadiran pelawat yang ramai ke kandang.

Adiknya, Siti Aishah berkata, dia sering memanfaatkan cuti semester pengajiannya di Politeknik Merlimau, Melaka dengan membantu ibu dan kakaknya mengusahakan ternakan itik.

“Rutin harian saya, termasuk memberi itik makan setiap pagi dan petang, selain mengutip telur, membasuh serta menyiapkan kerja pengasingan telur mengikut gred dan pembungkusan,” katanya.

68 thoughts on “Suri rumah raih RM2,500 sebulan hasil jual telur itik

  1. sy ni tgh fanatik nk bela itik,dan nak hasilkan telur itik,ada sesape yg tau mcmane nk hubungi org yg ternak itik.blh kol 0176686256

  2. as’kum saya tertarik melihat blog anda dan saya rasa anda mempunyai banyak idea yang boleh kita kongsi bersama silalah layari ke blog saya dan saya ada promosi tentang produk mata yang amat berkesan dan sesuai digunakan utk dewasa dan kanak-kanak sekian terima kasih wasalam dari kak lily

  3. Salam, saya sudah memulakan ladang ternak itik telur sebanyak 1700 ekor dan jangkanya mendapat hasil pertengahan bulan october 08. Ladang saya di Kelantan. Sesiapa berminat untuk membeli telur secara borong amat dialu-alukan. Sila hubungi saya di 012 3490813

  4. Saya asyraf berkecimpung dlm bidang penternakan itik hampir 3 bulan. Menternak dalam 600 ekor itik telur di kelantan. Sesiapa yg inginkan perkongsian maklumat atau ingin dptkan bekalan2 itik dan makanan itik telur,kambing dan kuda boleh hubungi sy di talian 019-907 8228 @ 017-432 7228.

    • a’kum…sy bru nk brgiat dalam pemeliharaan itik telur,kalau boleh nk kongsi cara atau langkah pertama untuk pelihara itik telur. nak tanya harga anak itik seekor berapa ringgit?. 0199551500.TQ

  5. salam, pn maznah. Saya membela kira2 600 ekor itik telur. Jumlah kasar telur dihasilkan sehari 200 biji. Dedak makanan itik sgt mhl, apakah makanan gantian yang baik tetapi berkos rendah boleh diberikan kepada itik2 tersebut? Terima kasih, liza harun. Simpang renggam, johor.

  6. Saya nak mencari pemborong telor itik sekitar kedah/perlis. Sesiapa yang berminat untuk membeli telor itik secara borong bolehlah hubungi saya. Harga boleh dirunding..

  7. Saya nak mencari pemborong telor itik sekitar kedah/perlis. Sesiapa yang berminat untuk membeli telor itik secara borong bolehlah hubungi saya. Saya tinggal di Langgar Alor Setar

  8. Assalamualaikum….saya ingin menjual itik daging yang berusia dlm lingkungan 4 bulan.itik sume dah besar.anggaran ada dalam 150 ekor.bagi sesiapa yang berminat hendak membeli bole lah contack saya.016-6697981 ( milah) daerah negeri melaka saje.sekian terima kasih

  9. saya baru nak berjinak dalam menteranak itik telur tapi masih tiada pengalaman dalam bidang ini dan sedang mencari pengatahuan dalam perternakan itik telur

  10. saya baru saja memulakan penternakan itik. Sekarang baru ada 150 ekor. Niat di hati nak tambah lagi..Kadang2 rasa takut tapi bila dapat support dari family and suami semangat makin berkobar2 nak buat. Sesiapa ada pandangan dan komen,berikankah..Saya baru nak belajar dalam bidang ni.

  11. milah,u ternak itik daging ok tak income?
    saya nak try itik telor dulu,ada rezeki nak ternak jugak la kalu milah berjaya dapt byk income

  12. kepada sesiapa yang berminat
    saya ada membekalkan anak itik telor baka khaki cambell dengan harga [RM4.20/ekor]dan anak itik daging jenis serati,muscovy dengan harga [RM3.70/ekor]untuk maklumat lanjut sila hubungi saya ;

    Bob:012-7496049

  13. kepada sesiapa yang telah berkecimpung dalam bidang ternakan itik telur boleh beri sedikit anggaran kos untuk 300 ekor,berapa lamakah jangka setelah itik mula bertelur.6 bulan atau lebih?

  14. asmkm..sye yaya dr jb..sye punye teman lelaki ade menternak itik..skrg nie di johor market utk itik mcm berkurangan..so,leh x sye nk tau,kt mne sye leh dpt kn supplier utk jualkn tlr2 itik ini di kwsn kuantan?kalo de sebarang maklumat..tlg emailkn kpd sye
    izya88@gmail.com..
    trm ksh..

  15. Kami menternak unggas secara besar besaran.
    Ladang unggas kami di Kpg Ulu Lepar ,Pekan Ulu Dong,Raub ,Pahang. Saya tinggal di PANDAN jAYA .KL.
    Kami mememberi kursus secara percuma & menolong menjualkan itik matang dan telurnya.
    Kami mengedar anak benih :
    Benih itik daging Muscovy / Serati RM 3.75
    Benih itik Khaki Campbell Betiana RM 3.75
    Benih itik Khaki Campbell Jantan RM 1.50

    Saya menyeru kpd bakal penternak agar berjumpa dahulu penternak yg sudah berjaya & juga penternak yg dah gagal sebelum anda sendiri GAGAL.

    • Bagaimana dan dimana sya boleh dapatkan benih itik telor di area kl dan kawasan berhampiran…
      hubungi sya
      011-155 55982

  16. Assalamulaikum
    Saya perternak baru, sesiapa yang sedang mencari telur itik boleh hubungi saya 0123539611 zamri. kami sedia membekalkan 500 biji telur sehari. harga boleh dirunding
    pemborong disekitar melaka dialu-alukan

  17. assalamualaikum

    saya baru nak mencuba menternak itik daging.buat permulaan 30 ekor.saya nak tahu bagaimana pasarannya! di mana kalau nak dipasarkan.?

  18. salam…saya dalam perangcangan untuk menternak itik telur,boleh bagi penerangan x tentang pasaran itik telur ni…kepada penternak di kelantan sila bg pandangan atau ingin berkongsi pndangan anda kepada saya di no 0193027430

  19. Saya sedang mencari pasaran telur itik di kelantan.
    Itik baru bertelur sebanyak 100/hari. Telur Gred A dan B,
    berminat… sila hubungi 0122643628

  20. salam…saya ingin bertanya..sy berminat untk menternak itik..berapakah modal permulaan utk 1 ribu itik?..apa kah makanan yang sesuai untuk itik ini.?dan jenis itik apakah yg mendapat pasaran mahal dan senang dijual?harap kawan2 dpt membantu…

    • anak itik rm4.00 seekor x 1,000 anak itik = rm4,000
      insfrastruktur +- rm3,000 (tidak termasuk sewa tanah)
      makanan itik lebihkurang rm,300 sebulan

      cuma anggaran kasar sahaja

      • Berminat mahu mendapatkan anak itik telur? Boleh dptkan juga melalui saya pada harga sekitar rm3.70 seekor. Lokas sekitar kedah perlis.
        Whatsapp saya 01124066991

  21. saya ada itik jantan untuk dijual. sesiapa mahu beli boleh call saya 0123508637.
    untuk dimakan atau dijual.

  22. saya ada ternak 100 ekor itik telur dan dah bertelur selama 2 bulan.sehari kutip 60 biji.telur itik saya masih kecil.kenapa ya?

  23. saya beri itik telur dengan makanan ayam penelur .tempat saya tidak ada bekalan makanan penelur untuk itik.saya beri 5kg pagi dan 5 kg petang.tengahari saya beri dedak padi dan batang rumbia yang dibelah.
    oya,mukah,sarawak

  24. Saya ada jual Telur dan Daging Itik untuk sesiapa yang berminat.

    Telur sebiji $0.50
    Itik sekilo $10.00 (hidup)
    Angsa dewasa $350.00 (sepasang)

    Sila telefon jika berminat

    Amir 0193500197
    Aimran 0126183424

    Sekian, terima kasih

  25. salam, saya tertarik dengan usaha sahabat semua dalam ternakan itik. saya baru start bela itik dalm 50 ekor, nak tambah lagi dalaam 200 ekor tapi modal belum cukup, hepi temgok itik berjalan terkedek-kedek, target saya nak dapat hasil dalam rm 100 sehari drp jualan telur itik.moga kita semua tambah maju

  26. suami saya dulu pernah ternak itik dalam 500 ekor, masa tu saya tak jumpa lagi dengan dia, siap ada gambar bagi makan itik. tapi dia tak serius jaga, banyak itik mati sebab tak cukup makanan. telur pun sikit je dapat. last tu bukan setakat jual itik dengan reban itik sekali kena lelong. terus dia merantau ke perak. saya dari keluarga petani jadi saya nak cuba kurangkan aliran keluar wang dari poket sendiri dan usahakan apa yang mampu spt tanam sayur skit, bela ayam itik, cukup lah.

  27. Salam. Saya memerlukan alamat pengusaha itik sekitar kuatan. Tujuan pemberian alamat ini adalah untuk memudahkan saya dan rakan-rakan menjalankan kaji tentang potensi perniagaan itik telur.

  28. Kenapa pertanyaan kita yang ada masalah tidak dibalas.Sesiapa yang pernah mengalami masalah tersebut atau ada pendapat,sila balas.buang masa aku saja.

  29. saya pembeli dan jual telur itik. saya memarlukan 1000 hingga 1500 biji untuk tempoh 1minggu.saya membeli dengan harga 35sen sebiji.saya memerlukan lebih ramai penternak itik telur di kawasan pantai timur.tel- 0139124501

  30. salam..sesiapa memerlukan bekalan telur itik bolehlah menghubungi saya di 012-5540634.saya di kawasan utara..pemborong dialu-alukan..harga berpatutan dan boleh dirunding..

  31. Sy tertarik dgn artikal tentang telur masin ni…jika sy hendak jdi pengedar baragan anda..berape harge yg ditawarkan…usahawan muda…..

  32. Saya ada menjual itik daging secara pukal jenis Cherry Valley . Harga ladang RM4.60-RM5.00/kg tak termasuk transport.

    Zaidi 019-5598822

  33. Assalammualaikum..saya bercadang utk menternak ituk dan ayam kg..tp tiada pengalaman..sesiapa yg boleh berkongsi pengalaman n nasihat boleh hubungi sy 0176950335.khairul

  34. saya memerlukan stok ank itik telur dlm 200 ekor,secepat mugkin area terengganu. 01129490893(norazieana@mgv.com.my)

  35. As’salam..dan slmt sejahtera pda pengusaha ternakan amnya. Sy Hairul dari N9 igin bkongsi link web bagi ternakan itik telur. pda rakan2 boleh layari web sy di patik.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s