Ikan air tawar rezeki baru Shahrul

shahrul Redzuan menunjukkan induk ikan keli yang sesuai untuk digunakan dalam proses aruhan.

Bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah dengan usahawan muda yang baru ‘bertatih’ ini. Walaupun baru enam bulan bergiat dalam industri pembenihan ikan air tawar – keli dan tilapia, Shahrul Redzuan Abd. Majid, 26, boleh digelar usahawan berjaya.

Selepas menghadiri kursus anjuran Perintis Agrotech Centre Sdn. Bhd. lebih enam bulan lalu, usahawan muda berkenaan tidak menoleh ke belakang lagi.

Berbekalkan pengalaman menjual telefon bimbit di salah sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur selama lebih dua tahun, Shahrul berubah arah kepada ternakan ikan air tawar – keli dan tilapia di atas tanah kerajaan di Gombak, Selangor.

“Ketika itu pendapatan hasil ternakan ikan memang menggalakkan tetapi ada kalanya saya sukar mendapatkan bekalan benih.

“Kadang-kadang saya terpaksa membiarkan kolam kosong selepas ikan habis dituai kerana putus bekalan benih,” katanya semasa ditemui di tapak pembenihan ikan air tawarnya di tanah seluas satu ekar di Telok Gong, Pandamaran, Kelang, Selangor.

Walaupun kehilangan ibu dan ayahnya semasa berusia 15 tahun ini dan meninggalkan persekolahan setakat Tingkatan Empat, bukan bererti Shahrul tidak boleh meletakkan dirinya sebagai usahawan berjaya.

Dengan galakan dan sokongan rakan sekolahnya Mohd. Alif Parjan, 25, graduan jurusan kejuruteraan Universiti Teknologi Mara (UiTM) – dua anak muda dengan latar belakang pendidikan berbeza ini mengambil keputusan mengusahakan industri pembenihan ikan air tawar secara kecil-kecilan.

“Walaupun saya telah menghadiri kursus selama dua hari mengenai pembenihan ikan air tawar tetapi untuk untuk mengkomersialkannya bukan semudah yang disangkakan.

“Pada mulanya saya terpaksa mencuba lebih lima kali teknik aruhan sebelum telur-telur ikan berjaya disenyawakan.

“Sampai sekarang saya tidak tahu apa silapnya tetapi sifat tidak putus asa menyebabkan saya dan Alif terus mencuba sehingga berjaya,” katanya yang memelihara 200 ekor induk keli betina.

Shahrul menambah, bagi seekor ikan keli betina yang beratnya satu kilogram boleh menghasilkan sehingga 50,000 telur untuk disenyawakan dengan kadar kejayaan hidup boleh mencapai sehingga 80 peratus.

Hanya memelihara induk betina, Shahrul membeli keli jantan dari pasar memandangkan haiwan itu akan dikorbankan semasa mengambil sperma yang terletak di bahagian tulang belakang ikan.

Bagaimanapun induk betina digunakan sekali saja kerana ia hanya akan menghasilkan telur semula selepas enam bulan.

“Sekarang ramai yang menggunakan kaedah aruhan memandangkan peratusan benih yang hidup lebih tinggi berbanding cara semula jadi,” katanya yang bergiat dalam pembenihan ikan memandangkan tidak ramai yang berminat menceburinya atas alasan kerjanya yang remeh.

Buat masa ini, Shahrul berupaya mengeluarkan sehingga 500,000 anak benih keli dan tilapia bergantung kepada permintaan pelanggan.

Jika anak benih keli dihasilkan menerusi aruhan, anak benih tilapia pula dihasilkan menggunakan kaedah inkubator bagi mendapatkan kadar hidup yang lebih tinggi.

Kaedah inkubator telah berjaya digunakan dengan jayanya bagi menghasilkan ikan tilapia yang kemudian diasuh bagi mendapatkan ikan monoseks yang lebih lebih cepat membesar dan boleh dituai

Menyentuh mengenai pasaran, bapa kepada seorang anak ini berkata, beliau menerima tempahan daripada bekas-bekas peserta kursus dengannya yang berminat menjalankan ternakan ikan air tawar.

“Walaupun saya tidak mencari pasaran tetapi permintaan yang diterima sangat menggalakkan sehingga tidak dapat dipenuhi,” katanya.

Merancang masa depan Shahrul bercadang meluaskan industri pembenihan ikan air tawar dan meneruskan kesinambungan ternakan ikan yang ditinggalkan sebelum ini.

“Dan jika simpanan saya mencukupi, insyaallah saya akan membuka kolam pancing pula,” katanya yang amat meminati industri perikanan.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan bekalan benih ikan boleh menghubungi Shahrul Redzuan di nombor 019-259 2213.

Bagi mereka yang berminat menghadiri kursus teknik aruhan ikan keli atau kursus pertanian yang lain bolehlah menghubungi Perintis Agrotech Centre di 019-3311298 atau 019-6634527.

Advertisements

15 thoughts on “Ikan air tawar rezeki baru Shahrul

  1. Saya daripada Jakarta, Indonesia. Saat ini sedang berencana untuk membuat peternakan ikan Keli (di Indonesia disebut ikan Lele).

    saya berkeinginan belajar beternak Lele di malaysia dan tidak menutup kemungkinan untuk bekerjasama dengan warga Malaysia jika mau berusaha di Indonesia.

    Saya memiliki lahan seluas hampir 1 1/2ekar (5.836 meter) di daerah Karawang. Lahan tersebut tadinya adalah petakan sawah. saya ingin mengubah menjadi ternak ikan keli.

    Bolehkah saya mendapat masukan. dan saya bersedia ikut kursus di Malaysia. Mohon informasi biaya kursus, lama kursus dan sekaligus penginapan di dekat tempat kursus tersebut.

    saya tunggu informasinya dan sila hubungi saya melalui email riadyku@gmail.com

    terima kasih

    Rgds

    Riady Lazuardy

  2. Aku dah buat kertas kerja ikan keli mohon pinjaman lengakap.
    Jika sesiapa nak jadikan panduan sila hubungi emel aku. Just duit kopi o aja. he he

  3. Assalamualaikum,
    Saya pekerja bahagian pemasaran untuk En.Shahrul di dalam gambar ini. Kami sekarang telahpun berpindah tapak kolam ke tapak yang lebih besar.
    Ketika ini juga En.Shahrul telahpun membuka peluang untuk sesiapa sahaja menjalani kursus ternakan dan pembenihan ikan keli di kolam beliau.
    Kolam beliau kini di Teluk Gong, Klang, Selangor.
    Untuk tujuan kursus dan pembelian anak benih keli, bolehlah hubungi saya di no 017-3030433 atau 019-3737311(Fahmi)

  4. Assalamualaikum,
    Saya adalah individu yang dilantik untuk menguruskan pertanyaan dan pendaftaran sebarang kursus dan pembelian benih ikan keli bagi pihak En.Shahrul. Sekarang En.Shahrul sudah memindahkan pusat penternakan kelinya dan menambah lebih sepuluh buah kolam 70 kaki lagi di Janda Baik, Bentong, Pahang. Perjalanan lebih kurang 30 minit sahaja dari Kuala Lumpur. Beliau sekarang menyediakan kursus pembenihan ikan keli dan juga membekalkan benih ikan keli.
    Sebarang pertanyaan lanjut untuk benih ikan keli dan berkaitan kursus yg beliau anjur di Janda Baik, bolehlah hubungi saya di 017-3030433(Ahmad Fahmi).

  5. assalamualaikum, sye nie baru je nak menceburi bidang ternakan ikan air tawar nie. so sye nak tanyer boleh tak kalau sye nak bermula dengan kuantiti ikan yang sedikit dahulu. ini kerana sye sukan untuk mendapat kan anak ikan dengan kuantiti yang sedikit.

  6. benih ikan untuk DIJUAL…..

    KELI
    2 inci 6.5-7.5 sen
    3 inci 9.5-10.5 sen
    3.5 inci 12.5-13.5 sen

    PUYU
    1 inci + 11-13 sen
    2 inci 15-17 sen

    TILAPIA
    2 inci 16-18 sen
    3 inci + 25-28 sen

    benih POKOKO ROSELLE RM5-RM10..

    harga tmasuk phhntrn dan bdasarkn kuantiti.. PASIR GUDANG

  7. Assalamualaikum..Sy ingin mengetahui beberapa perkara.Apakah risiko yg bakal dihadapi sekiranya sy ingin menjalankan
    menternak ikan air tawar ini?Bagaimana pula dengan pasaran?ikan jenis apa yg berbaloi dan mamberi pulangan dan permintaan yg tinggi?jika sy ingin mendapatkan bantuan dimana?
    Sy bercadang ingin memulakan menternak ikan air tawar ni pada tahun hadapan.terlebih dahulu sy ingin mendapat sedikit maklumat
    daripada yg berpengalaman dalam hal2 begini.

    terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s