Projek diusahakan JPP di kawasan Bukit Bintang dalam proses keluar hasil pertama, jangka tembusi pasaran pertengahan tahun ini
KANGAR: Perlis yang sebelum ini terkenal unik sebagai satu-satunya negeri yang mampu menghasilkan produk mempelam harumanis, kini bakal menerima satu lagi mercu tanda baru dalam bidang pertanian melalui projek penanaman anggurnya.
Walaupun teknologi dan kepakaran asal penanaman produk tani terbabit diceduk daripada negara jiran iaitu Thailand, namun Perlis tetap berbangga kerana berupaya menghasilkan anggurnya sendiri, selepas bertahun-tahun penyelidikan dan percubaan dijalankan.
Malah, tidak mustahil dengan kualiti dan tahap kemanisan yang tinggi, anggur Perlis mampu menyaingi keunikan mempelam harumanisnya yang sekian lama menjadi tarikan utama pertanian di negeri ini.
Projek penanaman anggur Perlis yang diusahakan Jabatan Pertanian Perlis (JPP) di kawasan Bukit Bintang di sini, kini dalam proses mengeluarkan hasil pertamanya yang dijangka bakal menembusi pasaran selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.
Projek itu dimulakan selepas penanaman percubaan di kawasan seluas 0.35 hektar di Kompleks Pertanian Bukit Temiang di sini, pada November 1981, dan mendapati ia sesuai untuk tanaman anggur dengan cuaca serta iklim negeri.
Difahamkan, bagi peringkat pertama, penanaman membabitkan anggur jenis Isabelle dan Cardinal dari Amerika Syarikat, New White Malaga (Thailand) dan IAC (Taiwan), sebelum diikuti peringkat kedua membabitkan jenis Black Opal, Kyoho dan Green Lose Perlete.
Bagaimanapun, pada 18 Jun 2005, JPP kemudian bertukar kepada penanaman anggur jenis IAC yang diusahakan di Pusat Pertanian Bukit Bintang II yang kemudian mengeluarkan hasil pertama dua tan.
Menteri Besar Perlis, Datuk Dr Md Isa Sabu, berkata Projek Ladang Anggur Perlis adalah hasil penyelidikan di bawah kelolaan JPP sejak 1987 dan projek perintisnya dimulakan di kawasan Bukit Bintang di sini, pada April 2006 lalu.
Melalui projek itu, katanya anggur pertama di ladang terbabit diusahakan di atas tapak seluas 0.8 hektar dengan jumlah 800 pokok daripada jenis IAC, selain lima hektar tanah lagi membabitkan empat jenis anggur iaitu White Malaga, Black Queen, Black Opal dan Loose Perlitte.
“Bagaimanapun, pada Ogos 2006, JPP mencuba empat jenis tanaman anggur iaitu White Malaga, Black Queen, Black Opal dan Loose Perlitte yang terkenal dengan kualitinya yang lebih tinggi di atas tapak seluas enam hektar, di kawasan sama.
“Namun, selepas beberapa tahun percubaan dan hasil yang dikeluarkan juga menepati piawaian ditetapkan, maka kerajaan negeri melalui JPP mula mengembangkan projek penanaman anggur terbabit untuk memenuhi permintaan yang tinggi baik di dalam atau luar negara,” katanya.
Terdahulu, beliau mengiringi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail melakukan lawatan kerja ke ladang itu. Baginda berkenan meluangkan masa selama sejam untuk meninjau ladang anggur itu sebelum mendengar taklimat disampaikan Pengarah Pertanian negeri, Abdul Razak Shafiai. Hadir sama, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri.
Berdasarkan perancangan awal, projek berkenaan diusahakan secara komersial sebagai memenuhi hasrat menjadikan Perlis pengeluar utama anggur di negara ini menjelang 2010.
Malah, kerajaan negeri turut mensasarkan mengeluarkan 10,400 tan anggur setahun berdasarkan tempoh perancangan lima tahun projek penanaman anggur di kawasan seluas 1,000 hektar melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9),
Untuk itu, Md Isa berkata kerajaan negeri memperuntukkan kawasan seluas 9.5 hektar untuk projek ladang anggur di kawasan Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat, dekat sini, bermula April tahun lalu.
Beliau berkata, projek berkenaan menunjukkan hasil yang membanggakan apabila ladang anggur terbabit mula mengeluarkan hasil pertamanya, tahun lalu dan jika tiada masalah ia dijangka berada di pasaran tempatan pertengahan tahun ini.
Anggur negara ini terutama di Perlis mempunyai rasa yang begitu manis dan mampu menyaingi anggur dihasilkan negara pengeluar lain seperti Perancis, Amerika Syarikat dan Itali. Antara jenis anggur yang popular termasuk New White Malaga, IAC, Black Opal, Green Loos Perlette, Black Queen dan Kyoho.
Bagaimanapun, New White Malaga dan IAC lebih mendapat perhatian atau digemari berbanding Black Opal, Green Loos Perlette, Black Queen dan Kyoho, kerana ia terdiri daripada spesies tanpa biji dan mempunyai beberapa kelebihan terutama rasanya yang masam manis.
New White Malaga mempunyai saiz buah yang lebih besar, manakala IAC pula lebih manis dan buahnya juga bujur dan besar.
Berdasarkan hasil kajian, tanaman anggur New White Malaga yang berusia empat atau lima tahun mampu mengeluarkan hasil sehingga 10 tan semusim atau kira-kira 20 tan setahun, manakala IAC pula sebanyak lapan tan semusim atau 16 tan metrik setahun.
Melalui perancangan, semua hasil anggur Perlis ini akan dijual dalam bentuk segar, selain diproses menjadi jus, jeruk dan jem. Selain buah, pokok anggur juga mempunyai nilai tambah kerana daunnya boleh diproses menjadi herba teh anggur, kulit buahnya pula dijadikan jus, manakala isinya pula dijadikan tepung dan bijinya untuk diproses menjadi minyak.
Malah, Pusat Pertanian Bukit Bintang II juga akan dijadikan Pusat Kecemerlangan Tanaman Anggur, manakala ladang anggur di pusat itu pula akan berfungsi sebagai pusat sumber rujukan bagi tujuan penyelidikan dan latihan berhubung tanaman anggur selain sebagai pusat pengeluaran benih.
as/kum saya tak ade ape nak komen saya cuma nak tahu tentang cara penanam aggur dari awal hingga akhir sebab saya tak tahu taknik-taknik cara penanam aggur kalau boleh saya ingin mintak tuan/puan sudilah kiranye ajar saya sebab saya memang minat dengan tanaman
sekian
terima kasih
askum.name saya lia.saya wakil dr prog majalh tv1, panorama.sy berminat ngn anggur dr perlis ni la…klu boleh nak muatkn dalam prog ini.dgn sape sy boleh hubungi ye?
sila hubungi en. hasanuddin di jabatan pertanian perlis
salam..
saya peminat anggur.
teringin nak belajar tanam anggur.
mcm mane nk start ye?
boleh tak nak tahu dia punya teknik dan cara tanaman, baja dn lain2 aspek penjagaannya.
salam,
mcammana saya nak mendapatkan benih pokok anggur ni kat sabah susah nak dpt kalau nak beli dari semananjung sana ada tak pembekalnya
assalamialaikum,boleh saya tahu alamat ladang anggur di Perlis ni. Teringin nak pergi melawat…
saya ingin melawat ladang anggur diperlis , adakah dibuka kepada orang ramai dan bagaimana alamatnya.
ia dibuka kpd org ramai.blh dibuat kunjungan trs ke ladang demonstrasi anggur yg terletak di jabatan pertanian negeri perlis yang terletak di kompleks pertanian bukit temiang negeri perlis.waktu lawatan adalah mengikut hari bekerja.ada pekerja yang akan memberi penerangan di sana
Pokok anggur yg saya tanam telahpun berbuah dan rasanya masam2 manis.
salam..
saya peminat anggur.
teringin nak belajar tanam anggur.
mcm mane nk start ye?
boleh tak nak tahu dia punya teknik dan cara tanaman,dari mana nak dapat benih, baja dn lain2 aspek penjagaannya.
salam..sya stdent pltknik..ngah cri inf0 utk fnal prjek sya..antra y sya perlukn inf0 tntg aggur d perlis ni..jika ada pape lg info sal aggur ni..hrap muatkan la pda page ni..xpun send la pda email sya..ye…?
untuk dapatkan info boleh hubungi terus en hasanudin di jabatan pertanian negeri perlis atau boleh buat kunjungn terus ke jabatan pertanian negeri perlis
salam,
Saya berminat dengan tanaman anggur, dimanakah saya boleh mendapatkan benih
pokok anggur, saya teringin untuk menanam pokok anggur
sy nak th la tpt ldg anggur kat perlis tu sediakan tpt resort o rmh tmpangan yg berdktn gan ldg anggur..mcm mn sy nak dptkan info ye…