Keunikan ladang herba Muar

ANDA sering berasa tertekan kerana menghidap penyakit migrain? Selain mengambil ubat-ubatan moden dari klinik atau farmasi, adakah anda terfikir untuk merawatnya dengan meminum teh herba?

Atau, bersediakah anda mencuba teh atau sup cinnamon (kayu manis) bagi mengurangkan tekanan darah anda?

Sebenarnya, penggunaan atau amalan mengambil ubat-ubatan alternatif di samping perubatan cara moden semakin berkembang pesat di seluruh dunia.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 74 peratus penduduk dewasa United Kingdom dan satu pertiga rakyat Amerika Syarikat (AS) menggunakan rawatan berasaskan herba atau perubatan alternatif.

Sebanyak 1,400 jenis ubat-ubatan herba diguna dan dipasarkan secara meluas di Kesatuan Eropah (EU).

Di China, penggunaan dan pengeluaran ubat berasaskan herba yang bernilai lebih RM9.5 bilion (AS$2.5 bilion) merupakan 50 peratus daripada penggunaan ubat-ubatan keseluruhan di negara itu.

Di Malaysia, perkembangan sama juga berlaku apabila rakyat semakin cenderung menggunakan rawatan dan perubatan alternatif berasaskan herba.

Pada masa ini, Nasuha Enterprise Sdn. Bhd. merupakan pengusaha dan pengeluar herba terbesar di negara ini dengan memiliki ladang seluas kira-kira 1,000 hektar di Pagoh, Muar.

Sehingga kini, lebih sejuta pokok daripada 130 spesies herba telah ditanam di ladang tersebut yang mana hampir keseluruhan benih diimport dari luar negara, terutama Eropah, Afrika dan Asia.

Pengarah Urusan Nasuha Enterprise, Nasuha Kasian memberitahu, pada peringkat awal iaitu lebih 20 tahun lalu, pihaknya memulakan tanaman rempah ratus untuk bekalan bahan mentah produk jenama Mak Siti keluaran syarikat itu.

Katanya, antara rempah ratus yang ditanam termasuklah kayu manis, cengkih, serai, lengkuas, kantan, limau purut dan kesum.

Tetapi kini, menurut beliau, tumpuan diberi kepada tanaman herba yang diusahakan tanpa penggunaan racun atau baja kimia sebaliknya menggunakan teknologi pembiakan dan pembesaran secara organik.

“Selain pasaran tempatan, kita bercadang mengeksport teh dan sup serta pati minyak herba ke luar negara terutama Amerika Syarikat dan Eropah,” kata Nasuha dalam satu pertemuan dengan Mingguan di ladangnya baru-baru ini.

Mengunjungi ladang herba Nasuha Enterprise di Kilometer 21 Jalan Muar-Pagoh ini, anda tentunya terpukau dengan kehijauan dan kerimbunan jutaan herbanya di samping keindahan hutan tropika yang dikekalkan.

Setakat ini 11 buah bukit masing-masing telah ditanam dengan satu spesies herba utama yang kemudiannya dijadikan nama panggilan bukit tersebut.

Lebih 350,000 pokok mengkudu atau noni dengan nama saintifiknya Morinda citrifolia yang mana benihnya diimport dari Amerika Syarikat telah ditanam di Bukit Mengkudu iaitu tanaman herba terbesar di ladang itu.

Herba serico (Strobilantes crispus) atau juga dikenali sebagai pecah beling dari Indonesia pula ditanam sebanyak 150,000 pokok di salah sebuah bukit.

Ini diikuti kayu manis (Cinnamomum zeylanicum) kacukan Myanmar, India dan Sri Lanka, 100,000 pokok; kembang semangkuk atau scaphium (Scaphium macropodium), 60,000 pokok; dan gora (Cola nitida) dari Yaman, 40,000 pokok.

Buah keras dari Indonesia dan garcina atau asam gelugur (Garcinia atroviridis) dari Myanmar pula masing-masing ditanam sebanyak 15,000 pokok.

Herba gingko (Gingko biloba) dari Amerika Syarikat dan eucalyptus (Eucalyptus globulus) dari Tasmania masing-masing 10,000 pokok manakala allspice (Pimenta dioica) dari Casablanca, 5,000 pokok.

Turut ditanam ialah pokok egg fruits dari Amerika Syarikat, pegaga (Centella asiatica) dari Filipina, tee tree dan royal stevia dari Jepun.

Selain itu, pokok lain yang ditanam secara besar-besaran ialah kunyit atau turmeric (Cucurma longa), sambung nyawa (Gynura procumbeus), ginseng Korea, buah naga, minyak kayu putih dan salak pondoh (Salacca edulis) yang cukup terkenal dari Indonesia.

Sementara itu, anda tentunya tidak mendapat kepuasan jika sekadar meninjau atau melawat bukit-bukit herba tanpa mengetahui khasiat dan kelebihan pokok-pokok tersebut.

Anda tentu terkejut jika diberitahu oleh pegawai Nasuha Enterprise bahawa pokok gingko boleh hidup sehingga 35,000 tahun dan hanya mengeluarkan buah setiap 25 tahun.

Saintis dari Jepun yang melawat ladang tersebut bersama-sama lebih 20 saintis lain dari luar negara pada Ogos tahun lalu mendakwa, pokok gingko merupakan satu-satunya yang tidak musnah akibat letupan bom atom yang menghancurkan Hiroshima pada Perang Dunia Kedua.

Menurut kajian para saintis Jepun dan Barat, gingko boleh meningkatkan daya ingatan, membetulkan peredaran darah dan merangsang proses penurunan keupayaan otak manusia.

Jika tongkat ali terkenal di negara ini untuk menambah kekuatan dan tenaga, khususnya bagi kaum lelaki, herba gora dari Yaman pula setanding dengannya, malah memiliki banyak khasiat lain.

Selain menambah keperkasaan lelaki, gora membantu mengatasi keletihan dan kemurungan, menambah selera, mengubati cirit-birit dan membantu penghadaman.

Pokok garcinia (asam gelugur) terbukti berkesan sebagai diet mengurangkan berat badan dan membuang lemak, noni (mengkudu) pula untuk sakit-sakit sendi termasuk gout dan serico untuk mengubati buasir.

Sebenarnya di Spices and Herbs Paradise (Syurga Rempah Ratus dan Herba) Nasuha Enterprise, banyak lagi keistimewaan, kelebihan dan keunikan herba-herba boleh ditemui.

Kali ini, anda cuma didedahkan dengan khasiat beberapa jenis herba tersebut.

dalam rencana akan datang, anda berpeluang mengetahui lebih terperinci mengenai khasiat herba-herba utama yang ditanam di ladang itu.

Ikuti juga kelebihan teh dan sup daun pegaga Filipina, allspice, kayu manis, kembang semangkuk dan scaphium.

9 thoughts on “Keunikan ladang herba Muar

  1. salam..kawan saya,jannah kena buat projek tahun akhir pasal pokok kesum..boleh tau mcm mana cara pembiakan kesum?puas cari kat internet tapi x jumpa,dia mintak tlg sy carikan infonya..

    • senang je nk biakkan pokok kesum nie..ambil ranting2 pokok kesumbasahkan dengan air dan bungkus dengan kertas surat khabar masukkan dalam peti sejuk insyaallah dlm tempoh 5 hari jer ranting2 tadi akan tumbuh akak biarkan 1 minggu dlm peti kemudian letakkan dikaw.yg berlembah.pokok kesum akan tumbuh dengan subur.

  2. salam.bro sy nk tanam pokok buah asam gelugur di mana pasarannya skrg tinggi dan leh dpt hasil ari2.leh tolong tk??kat mana k cr pembekal atau benih pokok nie yea????pleassssee.tlg gtau eh.thanx a lot.

  3. emm..sye kne wat assignment pasal agrotourism…bley ke ladang herba nasuha ni dikategorikan sebagai pelancongan pertanian..??

  4. Hi..
    Saya ingin tahu lebih mendalam tentang agrotek..
    Saya ingin memulakan wang saya dengan membuka sebuah perniagaan perladanagn atau perkebunan.
    Saya ingin meminta pandangan tentang hal ini.
    Sekian,
    Terima Kasih.

  5. abg sy ade benih tongkat ali… sy nk mintak perhatian abg ttg penjagaan tongkat ali dan klau bleh sy nk tumpang kwasan ladang herba tuk pembenihan(hasil 1kg akar kering bernilai rm28.. purata ketingian pokok yg bleh diambil hasil 5.50m, diameter btg 7.4sm, akar segar 1.6kg, ekstrak dlm bentuk debu 30g

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s