Felda berjaya lahirkan usahawan peneroka

BANDAR JENGKA – Pembangunan di kawasan tanah rancangan Felda membuka banyak peluang kepada peneroka untuk meningkatkan sosioekonomi mereka sehingga mampu bergelar usahawan.

Perkara itu diakui sepasang suami isteri, Man Mihat, 62, dan Rokiah Bakar, 61, yang terlibat dalam bidang perniagaan membuat sos, kicap dan cili boh di Felda Puteri Malu Jengka 13, Bandar Tun Abd.Razak Jengka di sini.

Dengan modal asas sebanyak RM20,000, Rokiah berkata, produk Sri Emas Sos Cili yang dikeluarkan oleh syarikatnya, Semaju Jaya Enterprise (Semaju Jaya), menemui pelanggan di pasaran tempatan buat pertama kalinya pada 1997.

Katanya, produk sos cili dan kicap dengan jenama Sri Emas itu mendapat sambutan hebat daripada peneroka malah permintaannya kian bertambah dari semasa ke semasa.

”Bermula daripada sebuah bangunan kecil dengan peralatan yang terhad, kini Semaju Jaya mampu bersaing dengan syarikat bukan bumiputera.

”Suntikan modal berjumlah RM60,000 daripada pinjaman Mara, sebuah bangunan baru dibina serta tiga mesin moden pelbagai fungsi dibeli bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran, ” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada peringkat awal, menurut Rokiah, pasaran produk Semaju Jaya hanya tertumpu kepada masyarakat peneroka di sini dan tanah rancangan berhampiran.

Bagaimanapun, maklum balas daripada pelanggan menjadikan pasaran produk Semaju Jaya semakin berkembang sehingga ke Temerloh, Jerantut, Kuantan, Bera dan Lembah Klang, ujarnya.

”Kita menerima permintaan sos cili, kicap dan cili boh secara purata sebanyak lebih 1,000 botol sehari,” katanya.

Pengurus Operasi Semaju Jaya, Noraslamiah Man berkata, pada masa ini seramai 10 pekerja terdiri daripada isteri dan anak peneroka bekerja sepenuh masa dalam bahagian pembuatan dan pembungkusan di kilang syarikat itu.

Menurut beliau, selain dihantar ke premis perniagaan runcit dan borong, ada peniaga yang datang sendiri ke kilang untuk mendapatkan bekalan.

”Kita mempunyai sebuah lori dan van untuk mengedarkan produk di pasar raya – pasar raya di Bandar Tun Abd.Razak Jengka, Temerloh, Jerantut, Kuantan, Bera, Keratong dan Kuala Lumpur,” katanya yang merupakan anak ketujuh pasangan itu.

Mengenai bekalan bahan mentah, Noraslamiah memberitahu, bahan-bahan seperti botol, tepung sos, air kacang soya, cili kering bermutu tinggi diperoleh secara kontrak daripada pembekal di Kuala Lumpur.

Mengenai prospek produk syarikat itu, menurut beliau, pihaknya mengunjurkan pengeluaran sehingga 5,000 botol sos dan kicap sehari kerana permintaan semakin bertambah setiap masa.

”Di samping itu pertumbuhan ekonomi dan sosial masyarakat peneroka Felda yang setanding kelas menengah di bandar, turut mempengaruhi geraf jualan syarikat yang semakin meningkat,” katanya.

Noraslamiah mengakui sokongan Felda yang menggalakkan peneroka terlibat dalam kegiatan industri kecil dan sederhana (IKS), mempengaruhi minat keluarganya aktif dalam bidang perniagaan.

Katanya, penyediaan dana pinjaman untuk usahawan bumiputera oleh agensi kerajaan seperti Felda berupaya melonjakkan status ekonomi dan sosial peneroka.

Kerajaan, tambahnya, menyediakan tapak kukuh untuk usahawan bumiputera merebut peluang peniagaan seperti kewujudan koridor Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pada masa sama, jelasnya, Felda berusaha mendidik peneroka agar terus terlibat aktif dalam bidang keusahawanan yang mampu membina semangat berdikari dan berdaya saing.

”Hasil didikan pegawai Felda itu, minda peneroka lebih ‘celik’ dengan potensi besar dalam sektor perniagaan apabila kuasa beli penduduk semakin meningkat,” katanya.

3 thoughts on “Felda berjaya lahirkan usahawan peneroka

  1. Saya berminat untuk menjadi peneroka Felda di daerah Lundu, Sarawak. Saya berasal dari daerah ini, tapi sekarang saya bekerja di Johor. Saya nak tahu bagaimana cara saya boleh memohon menjadi peneroka Felda.

  2. Salam…

    Saya mencari bakal2 usahawan ICT dalam pembangunan pendidikan teknologi dari anak2 peneroka felda jengka .


    Hafizi Ms
    Ilmudunia Technologies
    (Komuniti Usahawan ICT Pembelajaran Melalui Laman Web (WEB + EDUCATION)
    0177619807
    (Berpengalaman dalam bidang e-pendidikan/ Tuisyen Online dari tahun 2007)
    ilmudunia – “Kerana Tuhan Untuk Manusia”

    Perintis Usahawan WEBUCATION 2010 Diperlukan. Permintaan Tinggi, Pasaran Luas.
    Daftar di
    http://www.ilmu3p.com/?id=ilmudunia

    Info:
    http://www.youtube.com/anakmystar
    http://www.infopuncakmas.com

    Bahan Sokongan:
    Kertas Cadangan Disediakan Percuma

Tinggalkan Jawapan kepada Lengki@Suhaila Abdullah Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s