‘Melatih’ pokok — supaya berbuah lebih lebat

Kajian institut itu sejak tahun 1985 mendapati hasil tanaman dapat ditingkatkan sehingga tiga kali ganda berbanding sistem tanaman konvensional.

Kajian di stesen Mardi Jeram Pasu, Pasir Putih, Kelantan oleh Pegawai Penyelidik Mardi, Syed Mohd Syed Ibrahim mendapati kawasan ladang tembikai wangi seluas satu hektar boleh mengeluarkan 30 tan hasil.

Katanya, keluasan yang sama menerusi sistem tanaman konvensional hanya mampu mengeluarkan 11 tan buah tembikai wangi.

Beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada pelaksanaan SPP yang kini masih di peringkat tanaman dalam petak penyelidikan di beberapa stesen Mardi di seluruh negara.

Menerusi SPP, katanya, pokok buah-buahan tropika seperti tembikai wangi, belimbing besi, jambu batu, mempelam, manggis dan ciku boleh ‘dilatih’ dan dibentuk untuk mengeluarkan hasil berlipat kali ganda daripada cara tananam biasa.

“Latihan itu melibatkan aktiviti mencantas, memangkas dan membentuk pokok sejak kecil bagi memaksa pokok itu tumbuh lurus dan mendatar.

“Ia melibatkan hujung dahan, ranting dan batang pokok. Junjung pula disediakan supaya pokok membesar mengikut bentuk yang dikehendaki,” katanya kepada Utusan di Serdang baru-baru ini.

Katanya, sistem spindel Malaysia untuk tanaman belimbing dan sistem palmet lintang bagi mempelam dan ciku digunakan untuk melatih tanaman berkenaan mengeluarkan hasil lebih tinggi.

“Kedua-dua sistem itu adalah sistem satu baris yang terletak di bawah SPP,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai SPP, Syed Mohd berkata, proses mencantas dan memangkas dahan dilakukan untuk mengecilkan saiz dan menipiskan struktur kanopi pokok.

Beliau berkata, saiz pokok yang kecil membolehkan semua daun menerima cahaya matahari dan proses penjanaan gula menerusi fotosintesis dapat ditingkatkan.

“Ini bermakna tidak ada daun akan berselindung di sebalik daun lain atau terperangkap dalam gelap atau redup pokok,” katanya.

Selain itu, katanya, struktur kanopi pokok berkenaan dapat dinipiskan dan ia membantu meningkatkan pengeluaran hasil.

Sebagai perbandingan, katanya, sistem tanaman konvensional menyebabkan saiz pokok dan struktur kanopi menjadi besar.

Katanya, pokok besar tidak produktif manakala saiz struktur kanopi yang besar pula menjadikan ruang bawah pokok gelap.

“Ruang gelap atau redup itu menunjukkan cahaya matahari tidak sampai pada keseluruhan daun dan kerana itu, proses fotosintesis tidak dapat berjalan lancar,” katanya.

Katanya, saiz struktur kanopi pokok yang ditanam menerusi SPP lebih kecil dan walaupun ia ditanam rapat-rapat, saiz itu membolehkan semua daun menerima cahaya matahari.

Syed Mohd. berkata, kelebihan SPP ialah ia mengeluarkan hasil lebih tiga kali ganda daripada sistem tanaman konvensional.

Menurutnya, SPP memudahkan pengurusan ladang kerana ia menggunakan jentera, sama ada untuk memangkas, mencantas atau meracun serangga.

Malah katanya, menerusi sistem itu, aspek automasi terutama dalam penyiraman diperkenalkan iaitu menggunakan sistem pembajaan airan dan pengairan titis.

“Oleh itu, modal awal untuk memulakan sistem ladang menggunakan SPP agak mahal. Tetapi pulangan daripada pelaburan besar itu lebih tinggi berbanding sistem konvensional,” katanya.

Beliau berkata, SPP dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di ladang kerana lebih banyak jentera digunakan untuk sistem berkenaan.

Menurutnya, hasil pengeluaran juga dapat ditingkatkan walaupun keluasan tanah terhad dan dijangka SPP dapat mengatasi masalah kekurangan tanah pertanian pada masa depan.

“Oleh kerana saiz pokok lebih kecil maka penjagaan menjadi lebih mudah dan kawalan penyakit lebih berkesan kerana semburan racun serangga perosak akan lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, sistem itu telah diguna pakai sejak tahun 1970-an di Eropah untuk tanaman buah epal, pic dan pir.

Menurutnya, SPP belum dilaksanakan di ladang-ladang di Malaysia tetapi Mardi berusaha memperkenalkan sistem tanaman itu demi kepentingan petani dan peladang.

“SPP adalah perkara baru di Malaysia dan belum ada lagi mana-mana pengusaha ladang buah-buahan menggunakan sistem itu.

“Sistem itu baru dicuba di stesen-stesen Mardi di Jeram Pasu, Pasir Putih, Kelantan untuk tanaman tembikai wangi, ciku, belimbing dan jambu batu manakala di Bukit Tangga, Sintok, Kedah untuk tanaman mempelam dan manggis,” katanya.

Pengusaha ladang dan petani yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai SPP boleh menghubungi Syed Mohd. di talian 03-9437270 atau faks 03-9483664 atau e mel: syedmohd@mardi.my

4 thoughts on “‘Melatih’ pokok — supaya berbuah lebih lebat

  1. saya ada 2 ekar tanah sudah siap dibersihkan cuma tunggu saliran air dari bukit terus ke kebun shj.cadangan hendak menanam pokok manggis & pokok petai,boleh kah pihak tuan memberi tunjuk ajar cara dan teknik untuk menjayakan project saya,terus terang saya katakan saya memang tak ada pengalaman untuk bercucuk tanam,harap tuan boleh bantu saya, kalau perlu kita jumpa pun boleh

    ingin menjadi belia tani

    nahar afendi bin amin @ ibrahim
    h/p 0192610045 (k.lumpur)

  2. Bagaimana membuat cantasan yang betul untuk pokok jambu madu kerana telah berusia 3 tahun hanya berbuah sekali dan sedikit.

  3. As salam dan Salam Sejahtera

    PERHATIAN KEPADA PENANAM TUMBUHAN

    Go-Grow Chitosan bahan biopolimer semulajadi diperbuat dari kulit udang, ketam dan kerang yang mengandungi keajaiban untuk semua jenis tanaman, BUATAN MALAYSIA. Go-Grow Chitosan bukan BAJA atau bahan TOXIC/KIMIA. Bagaimana ia bertindak?

    1. Perangsang Pembesaran Tumbuhan Untuk tanaman, Chitosan berfungsi sebagai perangsang untuk tumbuhan menyerap nutrien dan baja dengan semula jadi dan sempurna serta meningkatkan daya tahan atau imun tanaman itu sendiri. Kesan Chitosan pada tanaman boleh dilihat selepas penggunaan kali kedua (atau 10 hari) sahaja. Pada peringkat permulaan, daun tanaman akan menjadi hijau terang, segar dan putik atau bunga akan mula bercambah dengan banyak.

    2.Membantu Pembajaan Tanah Ia membantu mikrob menguraikan nutrisi bukan organik kepada bentuk organik agar boleh diambil oleh tanaman. Ia membantu membaiki keberkesanan sistem akar untuk lebih cekap menyerap zat makanan dalam tanah untuk dihantar kebahagian lain tanaman. Ia juga bekalkan kalium dan unsur zat-mikro dalam tanah yang sering kekurangan.

    3. Anti Fungal Chitosan menghalang serangan oleh kulat dan ia juga membentuk lapisan kompoun fenolic yang menghalang sebarang kemasukan (penetration) sebarang patogen kulat. Chitosan menghalang reproduksi patogen termasuk menghalang gene yang akan mengeluarkan ‘protease inhibators’ yang menghalang serangan serangga pada tanaman.

    4.Bio Pesticide Apabila chitosan dibubuh pada tanah, ia akan membantu membentuk persekitaran sesuai bagi mengaktifkan bakteria pemakan chitin menghapuskan kulat (fungus) dan telur nematod dan organisma mengandungi chitin yang lain. Kulit kerang juga didapati akan menggalakan pengeluaran(secretion) enzim chitonase yang akan menguraikan chitin pada telur kuutu daun, telur nematod dan patogen lain. Kahadiran chitin pada keling tumbuhan ini sebagai biopestide asli (natural biopesticide) menyebabkan ia tidak memberi kesan toksik kepada haiwan lain seperti ikan, burung, tumbuhan lain dan organisma berfaedah.

    5. Preservatif Lapisan membran Chitosan dapat mengawal buah-buahan dan bunga-bunga ornamental daripada menjadi kuning atau coklat dan buah-buahan menjamin kualiti dengan cara menahan kandungan antosianin, flavonoid, dan semua polifenol dalam buah-buahan dari meningkat. Kajian membuktikan bahawa kitosan filem segar penyimpanan boleh mengelakkan buah-buahan dan sayur-sayuran (termasuk pic, pear, gooseberry Cina, timun, lada, anggur, strawberi, mangga, tomato, dan lain-lain) daripada mendapat reput dan rosak. Ia membantu memanjangkan masa penyimpanan dan jangka hayat. Bagaimana ia berfungsi: Membran Chitosan boleh menghalang kedua-dua penyerapan oksigen dan limpahan Karbon yang disebabkan oleh respirasi buah-buahan. Tetapi ia mendorong gas etilena yang bocor keluar, yang menghasilkan buah-buahan selepas menjadi masak. Melalui cara ini, ia menghalang kulat dari pembiakan dan menangguhkan buah-buahan dari masak.

    (Atikel keberkesanan Kitosan kepada pembesan pokok – Grapevines – http://www.fupress.net/index.php/pm/article/view/2156)

    Sila kontak saya untuk maklumat lanjut. Pertanyaan agen seluruh Semenanjung dialu-alukan.
    Terima kasih

    Salleh S Mohamed
    019-2288433 (Tel/whatsapp)
    salleh.mohamed@gmail.com
    http://www.cbs-malaysia.com/index.php/chitosan/

  4. Saya ingin bertanya kenapa ada pokok buah2an yg sdh bertahun2 tp tidak berbuah..apakah masalah tanaman tersebut..
    Whatspp saya.. 01125207853

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s