Nipah lumayan jika bijak didagangkan, kata PM

KUALA TERENGGANU: Tanaman nipah mampu menjadi satu produk asas tani yang memberi pulangan lumayan jika pengusahanya bijak mengkomersialkannya, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata pokok nipah bukanlah satu tanaman baru, namun selama ini hanya airnya sahaja digunakan sebagai minuman sedangkan terdapat banyak produk yang boleh dikomersialkan serta dihasilkan daripada pokok itu yang mampu menjana pendapatan.

“Telah wujud satu industri air nipah… diambil dan dijual bukan sahaja di tepi jalan tetapi dibawa ke kilang, dibotolkan bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga dipasarkan sehingga ke Timur Tengah,” katanya ketika berucap selepas melawat serta merasmikan pusat pengumpulan dan pemprosesan nira nipah di Kelulut, Marang, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh dan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar.

Pusat pengumpulan dan pemprosesan nira nipah itu diusahakan oleh KRM Builders and Trading dengan kerjasama Koperasi Pekebun Nipah Marang Berhad dengan mempunyai 16 pekerja. Ia diwujudkan hasil cetusan idea Abdullah sendiri yang amat menggemari air nira nipah.

Perdana Menteri melahirkan rasa bangga kerana kilang yang diwujudkan itu bukannya dibina oleh orang kaya dari luar tetapi diusahakan oleh syarikat koperasi tempatan dengan melibatkan tenaga kerja penduduk kampung.

Beliau berkata Terengganu mempunyai banyak pohon nipah di tebing sungai, dan jika diteroka dengan lebih serius, ia mampu menghasilkan lebih banyak produk lain selain air nira.

Katanya gula merah, cuka dan ais krim yang boleh dihasilkan dariapda air nipah boleh dijadikan produk keluaran negeri itu untuk dipasarkan dengan lebih meluas.

“Dalam keadaan harga gula pasir yang tidak menentu pada masa kini, Terengganu seharusnya merebut peluang tersebut dengan menghasilkan lebih banyak gula nira nipah untuk dijadikan alternatif kepada gula pasir,” kata Abdullah.

Beliau juga meminta masyarakat agar tidak memperlecehkan bidang pertanian kerana sektor itu sebenarnya boleh melahirkan ramai golongan usahawan yang berjaya.

Pada majlis itu, Abdullah turut menyampaikan cek bantuan pembangunan Jabatan Pembangunan Koperasi sebanyak RM100,000 kepada Pengerusi Koperasi Pekebun Nipah Marang Rosdi Ibrahim. BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s