Carambola Malaysia tambat hati orang Jerman

FRANKFURT: Selain produk pengguna, makanan dan minuman yang enak-enak, The Marktplatz, pasar terbuka di pusat perniagaan Hauptwache yang terkemuka di Frankfurt, turut memperagakan buah belimbing dan buah-buahan eksotik lain yang berwarna-warni.

Walaupun buah belimbing diperkenalkan bersama buah durian belanda dan buah naga, namun ia paling digemari oleh warga Jerman.

Malah disifatkan sebagai sesuatu yang mesti dalam senarai beli suri rumah yang akan berbuat apa sahaja demi mendapatkan buah ini yang datang dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan beberapa tempat lain.

Krismas, sememangnya diibaratkan oleh para penggemar buah-buahan di Jerman, sebagai “waktu bagi bintang”. Ini diakui oleh para pengimport buah-buahan, pakar gourmet, dan mereka yang minat makan yang rata-rata berpendapat buah belimbing kini sesuatu yang `mesti’ dalam menu atas pelbagai alasan selain daripada nilai khasiat dan rasanya.

BELIMBING MENJADI TARIKAN
Dengan rasa masam-manis dan menyegarkan, buah belimbing biasanya digunakan sebagai salah satu daripada ramuan makanan dan untuk membuat salad ayam, selain sebagai sebahagian daripada stew, untuk dimakan terus atau menghiasi koktel dan sebagai pencuci mulut.

“Carambola, nama buah belimbing dalam bahasa Inggeris, merupakan buah yang dipetik semasa masih hijau. Walaupun ia boleh dimakan, ia berasa sangat masam pada peringkat ini. Apabila ia semakin masak buah ini menjadi bertambah manis.

“Lebih lama ia disimpan, warnanya secara perlahan-lahan bertukar kepada kuning cerah. Dengan peredaran masa, buah itu berubah kepada kuning gelap. Ini tidak menjejaskan tekstur buah itu atau kandungan nutrisinya, tetapi menandakan ia sudah cukup masak.

“Mereka yang tidak senang dengan tompok-tompok perang boleh potong dan buang bahagian-bahagian itu. Pada prinsipnya, kulit luar buah yang sudah dicuci boleh juga dimakan bersama benih-benih kecil yang boleh ditemui di dalam buah,” jelas jurucakap “aid”, sebuah pertubuhan yang berpangkalan di Bonn bagi perlindungan pengguna, makanan dan pertanian.

“Aid” sejak kebelakangan ini mempromosi nutrisi kaya buah belimbing.

TARIKAN UTAMA BUAH BELIMBING
Buah belimbing, yang merupakan buah baru yang menarik bagi kebanyakan rakyat Jerman, kini tidak asing lagi berbanding apabila ia pertama kali diperkenalkan kepada penduduk Jerman.

Bentuk buah belimbing, bintang lima penjuru, juga menjadi tajuk perbahasan dalam ruangan majalah-majalah gourmet, dan terbaru dalam blog yang muncul di Internet.

Serentak dengan itu, kemunculan buah belimbing juga telah menjana minat, khasnya, terhadap Malaysia dan, amnya, terhadap rantau Asia Tenggara di mana tanah yang subur dan hujan yang banyak sangat sesuai bagi penanaman buah ini yang telah menambat hati ramai warga Jerman.

Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara merupakan pembekal terbesar di dunia buah belimbing, tetapi para penyelidik Jerman berkata buah itu juga berasal dari India, Brazil dan Israel.

POTENSI EKONOMI BUAH BELIMBING
Dengan minat baik yang ditunjukkan oleh pengguna, para pengeksport Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk menembusi pasaran Jerman dan Eropah.

Walaupun pempamer buah-buahan dan sayur-sayuran Malaysia ada memperagakan buah belimbing di acara-acara utama seperti Pesta ANUGA di Cologne, pesta makanan terbesar di dunia, ataupun `Green Week’ di Berlin, mereka memerlukan pendekatan strategik untuk menembusi pasaran Jerman.

Pendekatan “bidik-dan-tembak” merupakan satu taktik pemasaran tetapi bukan satu strategi, seperti yang diperkatakan oleh ramai pakar Jerman.

MATRADE, yang sudah pun mempunyai pejabat di Cologne, boleh menawarkan sokongan kepada para pempamer Malaysia yang berminat mengeksport ke Jerman sebagai pasaran paling besar dan paling laris di Eropah.

Para pengeksport di Malaysia juga boleh menganjurkan roadshow serta acara lain untuk mempromosi buah belimbing, betik, jambu batu, buah naga dan buah-buahan lazat lain yang semakin popular kerana nilai-nilai khasiatnya yang menarik warga Jerman yang mencintai proses sembuh semulajadi menerusi makanan dan produk-produk semulajadi berbanding ubat-ubatan berasaskan kimia.

Memandangkan popularitinya, Tourism Malaysia boleh juga menggunakan buah belimbing untuk mempromosi Malaysia sebagai sebuah destinasi.

“Apa lagi, laluan termudah untuk sampai kepada hati seseorang ialah melalui perutnya,” demikian kata Kurt Becker, seorang vendor buah-buahan di tengah-tengah Frankfurt.

Tetapi sehingga ini, Malaysia hanya berada di permukaan. Banyak lagi yang perlu dilakukan di bawah, perniagaan-perniagaan Malaysia perlu merumuskan satu strategi untuk mempromosi barisan produk mereka memandangkan pesaing dari negara-negara lain juga mahu merebut peluang di pasaran Jerman yang menguntungkan. BERNAMA

Rezeki dari "Pomosuon" (Lebah)

SIRAN Lasong kelihatan tenang dan tidak gementar bila beliau dikerumuni gerombolan lebah, dipanggil “pomosuon” oleh penduduk tempatan, yang terbang keluar dari “gelodok” atau sarangnya.

Dengan lembut, beliau menghalau lebah-lebah yang masih melekat pada ‘indung madu’, sambil jari-jemarinya nencari ratu lebah.

Beberapa minit kemudian, Siran menjumpai apa yang beliau cari. Dengan cepat dia memerangkap ratu lebah dan memasukkannya ke dalam sarang lebah yang lain.

Apa yang Siran telah lakukan ialah memindahkan ratu lebah dari gelodog asalnya ke satu sarang lain, supaya beribu-ribu lebah lain mengikuti ratu lebah itu ke ‘rumah’ mereka yang baru.

Selepas melakukan tugas tersebut, Siran telah berjaya menamatkan hari terakhir latihan praktikal kaedah memelihara lebah untuk madunya.

KUMPULAN LAIN
Beberapa kawan Siran dalam kumpulan lain tidak begitu bernasib baik mungkin kerana mereka telah menggunakan terlebih asap ketika mahu mengeluarkan ratu lebah, menyebabkan serangga itu menghilangkan diri sebelum dapat ditangkap.

Siran adalah antara 33 peserta yang mengambil bahagian dalam program latihan ternak lebah selama dua hari yang dianjurkan oleh Koperasi Pembangunan Desa (KPD), sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah di sebuah ladang ternak lebah di Simpang Mengayau, Kudat, baru-baru ini.

Siran, dari Lawas di Sarawak, sanggup merentas jarak 400 km untuk hadir kursus ternak lebah yang pertama dibuka pada umum di negeri ini. Peserta lain adalah anak negeri Sabah yang berasal dari Keningau, Tambunan, Ranau, Sipitang, Papar, Kota Belud dan Penampang.

“Ia sungguh menakjubkan dan saya berterima kasih kerana dapat hadir pada kursus ini. Mungkin selepas ini, saya dapat memulakan perniagaan madu lebah saya sendiri. Yang lebih penting, saya sekarang sudah dapat mengenali madu asli terutamanya jenis tropikal,” kata beliau.

Sepanjang kursus, para peserta diajar mengenali lebah jantan dan lebah pekerja serta jangka hayat dan tabiat serangga itu.

PUSAT TERNAK LEBAH
Sebelum itu, para peserta juga menghabiskan masa selama satu hari di pusat ternak lebah KPD di Sikuati, Kudat.

Di situ mereka mempelajari perkara asas tentang menternak lebah seperti bagaimana caranya mencari sarang lebah dan juga cara memerangkap lebah dalam gelodog atau kotak kayu.

Kursus praktikal menternak lebah KPD itu diadakan di bawah pengawasan dua penjaga lebah yang berpengalaman iaitu Benjamin Subinon dan Madillius Maradan.

Mereka juga memberi petunjuk cara mengenali jenisjenis lebah yang boleh didapati di Sabah dan yang mana sesuai untuk diternak secara komersil untuk mendapatkan madu.

Spesies lebah yang biasa diternak oleh KPD dan petani yang mengikuti program ternak lebah agensi tersebut ialah “apis cerana” yang mempunyai nilai pengeluaran madu yang tinggi.

Spesies lain yang terdapat di negeri ini ialah “apis dorsata” yang dikenali juga sebagai lebah madu gergasi Asia, “apis korsevnikovi”, lebah yang suka bersarang secara ‘multicomb’, “apis andreniformis” (lebah kecil) dan juga “apis nuluensis”.

Kejayaan KPD menternak lebah madu telah meningkatkan tahap hidup beratus petani di kawasan pedalaman negeri ini, terutamanya di bahagian utara Sabah.

PETANI-PETANI DI KUDAT
Beberapa petani di Kudat yang mnyimpan beratus sarang lembah mampu meraih pendapatan sekitar RM1,000 dari aktiviti ternak lebah mereka.

Ternak lebah merupakan antara kegiatan ekonomi yang dijalankan KPD semenjak agensi tersebut ditubuhkan pada 1976, untuk membantu usaha kerajaan negeri mengurangkan tahap kemiskinan terutamanya di kalangan penduduk luar bandar.

Ketika ini, aktiviti ternak lebah berpusat di Sikuati di mana agensi ini ada ladang lebahnya sendiri dengan lebih 700 sarang lebah dan 200 gelodog.

Tetapi, aktiviti pembukaan tanah di daerah itu menyebabkan kawasan hutan semakin kecil terutamanya bila berlaku penebangan berleluasa pokokpokok seperti acacia mangium di mana madu dari bunganya merupakan sumber makanan lebah.

Kegiatan ini mengancam aktiviti ternak lebah dan memaksa KPD untuk mencari kawasan lain yang lebih sesuai.

Pengurus Besar KPD, Datu Basrun Datu Mansor, berkata agensi tersebut sedang mencari “rakan niaga” yang baru dalam bidang ternak lebah. Mereka ini adalah petani-petani di daerah Pantai Barat dan Pedalaman.

Mereka ini akan menjadi petani kontrak KPD bila telah menguasai kemahiran dalam bidang ternak lebah, kata beliau.

KURSUS TERNAK LEBAH
“Itulah sebabnya kita menganjurkan kursus ternak lebah untuk umum. Kita mahu lebih ramai tahu tentang potensi yang dapat diperolehi dari bidang ternak lebah secara komersil. Dulu, fokus kita adalah mereka yang miskin di kawasan pedalaman,” Datu Basrun berkata.

Pengurus kanan KPD, Willie Gom, telah ditugaskan menjalankan kajian tentang potensi dan daya maju jika aktiviti ternak lebah dikembangkan ke kawasan Pantai Barat dan Pedalaman.

“Rasanya potensi itu ada, kerana di dua daerah ini ada banyak pokok acacia,” kata Datu Basrun sambil menambah KPD juga akan mendapat bantuan kerajaan pusat untuk mengembangkan aktiviti ini di Sabah.

Kata Datu Basrun, usaha ternak lebah adalah antara kegiatan utama KPD dengan sokongan 250 peserta dan peladang kontrak di kawasan Kudat.

Madu dari peladang kontrak serta ladang KPD dihantar ke pusat pemprosesan lebah KPD di Sikuati. Madu itu kemudiannya dibotolkan serta dilabelkan sebelum diedarkan untuk dijual.

Tahun lepas sahaja, pusat pemprosesan madu lebah KPD di Sikuati telah berjaya mengeluarkan 22 metrik tan madu. BERNAMA

Rezeki dari “Pomosuon” (Lebah)

SIRAN Lasong kelihatan tenang dan tidak gementar bila beliau dikerumuni gerombolan lebah, dipanggil “pomosuon” oleh penduduk tempatan, yang terbang keluar dari “gelodok” atau sarangnya.

Dengan lembut, beliau menghalau lebah-lebah yang masih melekat pada ‘indung madu’, sambil jari-jemarinya nencari ratu lebah.

Beberapa minit kemudian, Siran menjumpai apa yang beliau cari. Dengan cepat dia memerangkap ratu lebah dan memasukkannya ke dalam sarang lebah yang lain.

Apa yang Siran telah lakukan ialah memindahkan ratu lebah dari gelodog asalnya ke satu sarang lain, supaya beribu-ribu lebah lain mengikuti ratu lebah itu ke ‘rumah’ mereka yang baru.

Selepas melakukan tugas tersebut, Siran telah berjaya menamatkan hari terakhir latihan praktikal kaedah memelihara lebah untuk madunya.

KUMPULAN LAIN
Beberapa kawan Siran dalam kumpulan lain tidak begitu bernasib baik mungkin kerana mereka telah menggunakan terlebih asap ketika mahu mengeluarkan ratu lebah, menyebabkan serangga itu menghilangkan diri sebelum dapat ditangkap.

Siran adalah antara 33 peserta yang mengambil bahagian dalam program latihan ternak lebah selama dua hari yang dianjurkan oleh Koperasi Pembangunan Desa (KPD), sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah di sebuah ladang ternak lebah di Simpang Mengayau, Kudat, baru-baru ini.

Siran, dari Lawas di Sarawak, sanggup merentas jarak 400 km untuk hadir kursus ternak lebah yang pertama dibuka pada umum di negeri ini. Peserta lain adalah anak negeri Sabah yang berasal dari Keningau, Tambunan, Ranau, Sipitang, Papar, Kota Belud dan Penampang.

“Ia sungguh menakjubkan dan saya berterima kasih kerana dapat hadir pada kursus ini. Mungkin selepas ini, saya dapat memulakan perniagaan madu lebah saya sendiri. Yang lebih penting, saya sekarang sudah dapat mengenali madu asli terutamanya jenis tropikal,” kata beliau.

Sepanjang kursus, para peserta diajar mengenali lebah jantan dan lebah pekerja serta jangka hayat dan tabiat serangga itu.

PUSAT TERNAK LEBAH
Sebelum itu, para peserta juga menghabiskan masa selama satu hari di pusat ternak lebah KPD di Sikuati, Kudat.

Di situ mereka mempelajari perkara asas tentang menternak lebah seperti bagaimana caranya mencari sarang lebah dan juga cara memerangkap lebah dalam gelodog atau kotak kayu.

Kursus praktikal menternak lebah KPD itu diadakan di bawah pengawasan dua penjaga lebah yang berpengalaman iaitu Benjamin Subinon dan Madillius Maradan.

Mereka juga memberi petunjuk cara mengenali jenisjenis lebah yang boleh didapati di Sabah dan yang mana sesuai untuk diternak secara komersil untuk mendapatkan madu.

Spesies lebah yang biasa diternak oleh KPD dan petani yang mengikuti program ternak lebah agensi tersebut ialah “apis cerana” yang mempunyai nilai pengeluaran madu yang tinggi.

Spesies lain yang terdapat di negeri ini ialah “apis dorsata” yang dikenali juga sebagai lebah madu gergasi Asia, “apis korsevnikovi”, lebah yang suka bersarang secara ‘multicomb’, “apis andreniformis” (lebah kecil) dan juga “apis nuluensis”.

Kejayaan KPD menternak lebah madu telah meningkatkan tahap hidup beratus petani di kawasan pedalaman negeri ini, terutamanya di bahagian utara Sabah.

PETANI-PETANI DI KUDAT
Beberapa petani di Kudat yang mnyimpan beratus sarang lembah mampu meraih pendapatan sekitar RM1,000 dari aktiviti ternak lebah mereka.

Ternak lebah merupakan antara kegiatan ekonomi yang dijalankan KPD semenjak agensi tersebut ditubuhkan pada 1976, untuk membantu usaha kerajaan negeri mengurangkan tahap kemiskinan terutamanya di kalangan penduduk luar bandar.

Ketika ini, aktiviti ternak lebah berpusat di Sikuati di mana agensi ini ada ladang lebahnya sendiri dengan lebih 700 sarang lebah dan 200 gelodog.

Tetapi, aktiviti pembukaan tanah di daerah itu menyebabkan kawasan hutan semakin kecil terutamanya bila berlaku penebangan berleluasa pokokpokok seperti acacia mangium di mana madu dari bunganya merupakan sumber makanan lebah.

Kegiatan ini mengancam aktiviti ternak lebah dan memaksa KPD untuk mencari kawasan lain yang lebih sesuai.

Pengurus Besar KPD, Datu Basrun Datu Mansor, berkata agensi tersebut sedang mencari “rakan niaga” yang baru dalam bidang ternak lebah. Mereka ini adalah petani-petani di daerah Pantai Barat dan Pedalaman.

Mereka ini akan menjadi petani kontrak KPD bila telah menguasai kemahiran dalam bidang ternak lebah, kata beliau.

KURSUS TERNAK LEBAH
“Itulah sebabnya kita menganjurkan kursus ternak lebah untuk umum. Kita mahu lebih ramai tahu tentang potensi yang dapat diperolehi dari bidang ternak lebah secara komersil. Dulu, fokus kita adalah mereka yang miskin di kawasan pedalaman,” Datu Basrun berkata.

Pengurus kanan KPD, Willie Gom, telah ditugaskan menjalankan kajian tentang potensi dan daya maju jika aktiviti ternak lebah dikembangkan ke kawasan Pantai Barat dan Pedalaman.

“Rasanya potensi itu ada, kerana di dua daerah ini ada banyak pokok acacia,” kata Datu Basrun sambil menambah KPD juga akan mendapat bantuan kerajaan pusat untuk mengembangkan aktiviti ini di Sabah.

Kata Datu Basrun, usaha ternak lebah adalah antara kegiatan utama KPD dengan sokongan 250 peserta dan peladang kontrak di kawasan Kudat.

Madu dari peladang kontrak serta ladang KPD dihantar ke pusat pemprosesan lebah KPD di Sikuati. Madu itu kemudiannya dibotolkan serta dilabelkan sebelum diedarkan untuk dijual.

Tahun lepas sahaja, pusat pemprosesan madu lebah KPD di Sikuati telah berjaya mengeluarkan 22 metrik tan madu. BERNAMA

Buah naga untuk juadah harian

TEMERLOH: Walaupun baru setahun dua diperkenalkan di negara ini buah naga yang dikatakan mempunyai asal usul dari Amerika Selatan kini bukan lagi sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia.

Populariti buah yang diakui oleh para pakar sebagai kaya dengan kandungan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium kini terbukti daripada penanamannya yang kian meluas serta kegunaannya yang pelbagai, daripada buah dan jus hidangan meja kepada juadah istimewa harian dan musim perayaan.

Minat untuk mengusahakan ladang buah naga atau nama saintifiknya Epiphytes atau Pitaya yang tergolong dalam spesies kaktus dirangsangkan lagi oleh penemuan para pakar bahawa ia berkhasiat untuk mencegah pelbagai penyakit seperti kanser usus dan kencing manis.

Mengambil manfaat daripada penemuan itu sepasang suami isteri kini menumpukan sepenuh masa kepada penanaman pokok naga di ladang seluas 7 ekar di Taman Baru Kerdau, Temerloh dan penghasilan pelbagai produk hilirannya.

Ketika si suami, Show Lee Sin, 36, membanting tulang di ladang buah naga merah itu isterinya, Chow Kwai Sing, 35, pula giat menghasilkan pelbagai juadah daripada buah berkenaan termasuk ‘Crystal Jelly Moon Cake’ dan kuih bulan yang mendapat permintaan tinggi menjelang pesta tanglung masyarakat Cina.

Diproses untuk bahan kosmetik
Pasangan itu telah mengusahakan ladang tersebut sejak dua tahun lepas, pada asalnya sekadar untuk “suka-suka” sebagai menampung keperluan keluarga semata-mata. Mereka memilih pokok buah naga berisi merah kerana ia lebih menguntungkan berbanding yang berisi putih.

Peluang untuk mereka menceburi bidang perniagaan berasaskan buah naga secara komersil terbuka apabila rakan-rakan menunjukkan minat terhadap kuih bulan yang mereka hasilkan dan membuat tempahan secara besar-besaran pada kadar RM20 sekotak setiap kali menjelang pesta tanglung.

Menurut Chow oleh kerana buah naga merah mempunyai potensi untuk dikomersialkan sebagai produk makanan yang berkhasiat tinggi, beliau merasakan adalah amat rugi sekiranya produk hiliran tanaman itu tidak dipelbagaikan.

Beliau berkata kuihmuih yang dihasilkannya halal dimakan oleh semua orang dan tidak dibuat semata-mata untuk perayaan Pesta Tanglung.

“Kalau kita kreatif kita boleh buat duit daripada buah naga ini kerana selain untuk dijadikan makanan ia juga boleh diproses menjadi bahan kosmetik,” kata Chow.

Beberapa produk yang dihasilkan oleh pasangan suami isteri itu kini telah memasuki pasaran di sekitar Kuala Lumpur termasuk minuman jus dalam tin dengan jenama ‘Pittaberry dan Pinkberry, Teh bunga dan Enzim penambah tenaga yang dijual dengan harga RM30 sebotol.

Samsu buah naga
Show pula berkata selain tumpuan di ladang beliau turut membantu isterinya mengkomersialkan ‘Crystal Jelly Moon Cake’. Di samping itu mereka juga merancang untuk menghasilkan yogurt dan samsu daripada buah naga merah yang diusahanya.

“Kami berhasrat untuk mempelbagaikan lagi hasil keluaran kami. Untuk itu kami bercadang untuk menambah keluasan ladang sebanyak tiga ekar lagi bagi mendapat bekalan buah naga merah yang mencukupi untuk menghasilkan pelbagai produk dalam kuantiti yang banyak,” kata Show.

Mereka juga merancang untuk membina kilang sendiri untuk mengeluarkan produk makanan dan minuman tanpa perlu dihantar ke kilang lain untuk diproses.

Show berkata beliau membuka ladang buah naga merahnya dengan modal sebanyak RM140,000. Berkat kegigihannya, modal itu telah diperolehi balik hanya selepas dua tahun.

Kini ladang itu mampu menghasilkan dua tan buah sebulan. Menerusi jualan buah mentah dan produk hiliran, pasangan itu kini memperolehi pendapatan purata RM15,000 sebulan.

Menurut Show selain buahnya, keseluruhan tumbuhan itu juga boleh dimanfaatkan, dengan bunganya boleh dikering dan dijadikan daun teh, batangnya boleh dijadikan benih, manakala lendir batangnya juga berfungsi seperti aloe vera yang boleh digunakan untuk disapu pada kesan melecur.

Jangka hayat yang panjang
Yang paling istimewa tentang pokok buah naga ialah jangka hayatnya yang boleh mencecah sehingga 100 tahun jika dijaga dengan baik.

Buah naga merah dibahagikan kepada tiga gred iaitu A, B dan C, dan daripada keseluruhan hasil kutipan buah setelah masak, 60 peratus hasilnya adalah gred A yang boleh dijual pada kadar RM10 hingga RM12 sekilogram.

Show berkata gred buah ditentukan oleh beratnya. Bagi buah yang mencecah berat 450 gram ke atas ia dikategorikan sebagai gred A, manakala buah yang mencecah berat 300 gram hingga 450 gram gred B dan 300 gram ke bawah gred C.

Setiap rumpun tanaman di ladang itu mengandungi empat hingga lima batang pokok yang mengeluarkan kirakira 15 biji buah yang sedia untuk dipetik dalam tempoh enam bulan.

Show berkata beliau menggunakan baja organik untuk memastikan tanamannya bebas daripada racun, manakala air yang diguna untuk menyiram ialah air kolam yang bebas daripada klorin.

Selain mengusahakan ladang berkenaan, Show dan isterinya juga menjual peralatan menanam pokok itu seperti tiang sokongan, baja organik dan benih pokok.

Pasangan suami isteri yang mempunyai empat cahayamata itu kini dibantu dua orang pekerja.

Show berkata ladangnya sering menerima pelawat, termasuk peserta kursus pertanian anjuran Risda yang berminat untuk mengusahakan tanaman itu.

Di samping itu beliau sendiri sering mengikuti ekspo pertanian yang dianjurkan oleh agensiagensi tertentu seperti FAMA. Ekspo terbaru yang disertainya ialah Ekspo Industri Asas Tani 2006 (EIAT). Sepanjang empat hari ekspo itu berlangsung beliau memperolehi keuntungan RM10,000. BERNAMA

Tasik Kenyir jadi pusat ikan air tawar

HULU TERENGGANU: Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) mensasarkan pengeluaran akuakultur iaitu ternakan ikan air tawar dalam sangkar sehingga 600,000 tan metrik bernilai RM3.8 bilion menjelang tahun 2010.

Malahan sektor itu dijangka mampu memberi pulangan yang tinggi melalui penglibatan swasta dengan penggunaan teknologi moden.

Bagi negeri Terengganu, sektor akuakultur meliputi kawasan seluas 162.95 hektar kolam dengan 1,206 unit sangkar melibatkan 1,209 penternak ikan.

Pengarah Perikanan Negeri Munir Mohd Nawi berkata bagi daerah Hulu Terengganu sahaja seramai 238 orang telah menceburi sektor akuakultur dengan pelbagai cara termasuk ternakan ikan air tawar dalam kolam, tangki konkrit selain sangkar sejak tahun 2004.

Katanya, bagi pembangunan akuakultur Sungai Como iaitu Kawasan Zon Eksklusif yang dikhaskan untuk ternakan ikan air tawar di Tasik Kenyir, pengusaha akan mematuhi garis panduan pembangunan akuakultur dan akan mengikut kod amalan akuakultur yang ditetapkan.

Beliau berkata tasik terbesar buatan manusia itu mempunyai kawasan permukaan air seluas 36,900 hektar dengan jumlah 2,800 hektar diperuntukkan untuk aktiviti ternakan ikan dalam sangkar.

Kawasan ini telah diwartakan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

Katanya sehingga ini terdapat tiga pengusaha di tasik itu terdiri daripada dua penternak yang telah memulakan ternakan dengan 40 unit sangkar dan sebuah syarikat yang baru menceburi bidang ternakan ikan dalam sangkar secara komersil.

“Kita sasarkan Terengganu mampu mengeluarkan hasil akuakultur sebanyak 40,000 tan metrik setahun menjelang 2010,” katanya.

Amalan baik akuakultur

Bermula tahun ini, sebanyak 8,000 tan metrik dijangka dapat dihasilkan dari tasik itu daripada 10,000 tan metrik pengeluaran keseluruhan, katanya kepada Bernama di sini.

Munir berkata pelaksanaan projek akuakultur akan dijalankan secara sistem blok dan berkelompok.

Setiap blok mempunyai 200 sangkar dengan lapan orang peserta.

Menurutnya, setiap blok memerlukan kawasan seluas satu hektar iaitu 0.6 hektar digunakan sebagai kawasan ternakan manakala selebihnya sebagai ruang untuk pertukaran air bagi keselamatan ternakan.

Beliau berkata pelaburan untuk projek akuakultur di tasik itu dicadangkan bernilai kirakira RM70 juta manakala anggaran nilai hasil tahunan berjumlah RM50 juta setahun di mana pengurusan ternakan adalah berasaskan kepada amalan baik akuakultur.

Ini penting supaya hasilnya menepati tahap keselamatan dan kualiti makanan.

Katanya bagi tujuan pemuliharaan sumber perairan darat yang mapan, Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) turut dipraktikkan.

“Adalah diharapkan pelaksanaan projek yang mengambilkira kos amalan akuakultur dan garis panduan akuakultur akan dapat memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar,” katanya.

Tiada masalah pasaran

Pengurus Perhubungan Korporat syarikat Gabungan Saudagar Aquamarine (GSA) Sdn Bhd Manan Ngah berkata syarikatnya yang ditubuhkan setahun lalu giat menjalankan penyelidikan sebelum memulakan projek akuakultur di tasik itu.

“Buat permulaan syarikat 100 peratus bumiputera ini mengusahakan 10 sangkar dengan melepaskan sebanyak 20,000 benih ikan talapia.

“Saya jangka jumlah sangkar akan ditambah sehingga 50 buah sebelum akhir tahun ini dengan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000,” katanya ketika ditemui pada majlis perlepasan benih ikan di Tasik Kenyir awal bulan ini.

Manan berkata syarikat yang menggabungkan beberapa orang usahawan muda itu yakin industri akuakultur akan memberi pulangan yang baik jika diurus dengan betul.

“Perusahaan yang kita ceburi ini mendapat kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Terengganu yang memberi bimbingan, nasihat serta pemantauan,” kata Manan yang juga seorang komposer terkenal.

Beliau berkata 20,000 benih ikan, yang dilepaskan ke dalam 10 sangkar di Sungai Como tasik itu pada majlis tersebut, dijangka dapat dipasarkan Oktober depan.
Sasaran seterusnya ialah untuk mengeluarkan kirakira 50 tan metrik ikan talapia sebulan, buat permulaan untuk pasaran tempatan.

Manan berkata pasaran ikan talapia tidak menghadapi masalah kerana ikan itu sangat digemari.

Ikan kelas satu

Beliau berkata rancangan jangka panjang GSA ialah untuk menambah 1,000 sangkar dengan peruntukan kirakira RM1 juta bagi mengeksport ikanikan itu ke luar negara terutama di pasaran Amerika Syarikat, Eropah serta Asia Barat kerana ikanikan itu sangat digemari di sana.

“Di negaranegara berkenaan terutama Amerika Syarikat ikan ini sangat digemari dan dianggap sebagai ikan kelas pertama, berbeza di sini di mana ikan laut merupakan ikan kelas pertama.

Mengenai penglibatannya dalam industri akuakultur Manan berkata, beliau bukanlah beralih arah, tetapi ingin mengembangkan dan mempelbagaikan kerjayanya.

Menurutnya perusahaan memelihara ikan air tawar dalam sangkar tidak harus dipandang sebagai perusahaan orang kampung yang tidak mempunyai sistem pemeliharaan yang betul.

Sementara itu seorang pengusaha akuakultur persendirian di tasik itu Mohamad Chik, 73, berkata beliau mula menceburi bidang itu sejak beberapa bulan lepas dengan modal kirakira RM100,000.

“Saya bermula dengan 20 buah sangkar dengan menternak ikan talapia, patin, baung serta keli dan dalam beberapa bulan lagi ikan ini boleh dipasarkan,” katanya yang bercadang untuk menambah 20 sangkar lagi. BERNAMA

Nipah lumayan jika bijak didagangkan, kata PM

KUALA TERENGGANU: Tanaman nipah mampu menjadi satu produk asas tani yang memberi pulangan lumayan jika pengusahanya bijak mengkomersialkannya, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata pokok nipah bukanlah satu tanaman baru, namun selama ini hanya airnya sahaja digunakan sebagai minuman sedangkan terdapat banyak produk yang boleh dikomersialkan serta dihasilkan daripada pokok itu yang mampu menjana pendapatan.

“Telah wujud satu industri air nipah… diambil dan dijual bukan sahaja di tepi jalan tetapi dibawa ke kilang, dibotolkan bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga dipasarkan sehingga ke Timur Tengah,” katanya ketika berucap selepas melawat serta merasmikan pusat pengumpulan dan pemprosesan nira nipah di Kelulut, Marang, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh dan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar.

Pusat pengumpulan dan pemprosesan nira nipah itu diusahakan oleh KRM Builders and Trading dengan kerjasama Koperasi Pekebun Nipah Marang Berhad dengan mempunyai 16 pekerja. Ia diwujudkan hasil cetusan idea Abdullah sendiri yang amat menggemari air nira nipah.

Perdana Menteri melahirkan rasa bangga kerana kilang yang diwujudkan itu bukannya dibina oleh orang kaya dari luar tetapi diusahakan oleh syarikat koperasi tempatan dengan melibatkan tenaga kerja penduduk kampung.

Beliau berkata Terengganu mempunyai banyak pohon nipah di tebing sungai, dan jika diteroka dengan lebih serius, ia mampu menghasilkan lebih banyak produk lain selain air nira.

Katanya gula merah, cuka dan ais krim yang boleh dihasilkan dariapda air nipah boleh dijadikan produk keluaran negeri itu untuk dipasarkan dengan lebih meluas.

“Dalam keadaan harga gula pasir yang tidak menentu pada masa kini, Terengganu seharusnya merebut peluang tersebut dengan menghasilkan lebih banyak gula nira nipah untuk dijadikan alternatif kepada gula pasir,” kata Abdullah.

Beliau juga meminta masyarakat agar tidak memperlecehkan bidang pertanian kerana sektor itu sebenarnya boleh melahirkan ramai golongan usahawan yang berjaya.

Pada majlis itu, Abdullah turut menyampaikan cek bantuan pembangunan Jabatan Pembangunan Koperasi sebanyak RM100,000 kepada Pengerusi Koperasi Pekebun Nipah Marang Rosdi Ibrahim. BERNAMA

Dari tembakau ke sayur-sayuran

KUALA TERENGGANU: Dua tahun lepas kira-kira 40 peserta rancangan penanaman tembakau di Kampung Alor Ketitir, Merchang dekat Marang memberi tumpuan sepenuh masa kepada tanaman tersebut kerana pulangannya yang sangat lumayan.

Pendapatan keseluruhan peserta berkenaan dianggarkan mencecah jutaan ringgit kerana pada waktu itu syarikatsyarikat tembakau tidak mengenakan kuota kepada mereka dalam mengusahakan tanaman tersebut.

Bagaimanapun sejak akhirakhir ini sebahagian daripada peserta terbabit, seperti sesetengah penanam tembakau di tempattempat lain di Terengganu, mula mengubah selera dengan mengurangkan atau menghentikan terus aktiviti itu dan beralih kepada tanaman integrasi lain seperti padi, tembikai, keledek dan sayur-sayuran.

Pengarah Lembaga Tembakau Negara (LTN) cawangan Terengganu, Azis Tik berkata peralihan itu berpunca daripada penurunan sebanyak 25 peratus kuota tembakau dalam negeri, kerana kurang permintaan atau masalahmasalah lain.

Katanya kuota tembakau yang dikhaskan untuk penanam di Terengganu pada tahun ini ialah sebanyak 1,625,500kg berbanding 2,023,200kg pada tahun lepas.

Menurut beliau ekoran itu sebanyak 224 orang daripada 1,439 orang penanam yang ada di Terengganu tahun lepas, termasuk dari Alor Ketitir, beralih kepada projek tanaman intergrasi.

Azis berkata LTN memberikan sokongan kepada peserta-peserta program itu dengan memberi pinjaman tanpa faedah serta bantuan peralatan seperti pam air dan pam racun.

Beliau berkata pulangan daripada tanaman di bawah program intergrasi itu amat menggalakkan sehingga ada di kalangan peserta yang menanam padi memperolehi hasil sebanyak 10 tan metrik sehektar.

Seorang peserta dari Alor Ketitir, Mohamad Md Nor, 28, berkata beliau dan kirakira 30 rakan penanam tembakaunya mula beralih kepada tanaman integrasi setelah kuota pengeluaran daun tembakau di situ dihadkan kepada 1,500kg setahun bagi setiap peserta.

“Selain LTN Jabatan Pertanian juga sentiasa menasihat serta menggalakan pesertapeserta rancangan itu agar tidak menumpukan perhatian kepada tanaman tembakau sematamata,” katanya.

Sehubungan itu sebahagian tanah tembakau Mohamad kini ditanam dengan tanaman sampingan seperti cili, terung, tembikai dan jagung, dengan bantuan dua orang adiknya.

Beliau berkata setakat ini hasil daripada tanaman sayursayuran itu amat memuaskan dan setiap hari peraih atau penjaja akan datang membeli tanaman yang dihasilkan itu untuk dipasarkan.

Bagaimanapun Mohamad belum mampu untuk meninggalkan terus tanaman tembakau kerana menurutnya harga sayursyuran sentiasa berubahubah setiap hari berbanding tembakau yang sentiasa stabil.

Pendapatan keseluruhan Mohamad daripada tanaman tembakau berjumlah kira-kira RM10,000 setahun.

Pun begitu mulai tahun ini Mohamad bertekad untuk memberi tumpuan yang lebih kepada tanaman sampingan khususnya cili, terong, jagung dan tembikai di kawasan seluas kirakira satu hektar.

Kawasan berkenaan kini sedang dibajak dan kerjakerja menanam anakanak pokok berkenaan dijangka dilakukan bulan depan.

Seorang lagi peserta rancangan itu, Minah Jusoh, 56, berkata selain tembakau beliau kini turut mengusahakan tanaman sampingan seperti jagung, tembikai dan labu madu.

“Bagaimanapun seperti rakanrakan yang lain, masih sukar bagi saya untuk meninggalkan terus tanaman tembakau yang diusahakan sejak berpuluhpuluh tahun yang lalu,” katanya.

Minah berkata beliau mengusahakan tanaman sayursayuran di belakang rumahnya di Kampung Alor Ketitir dan hasilnya cukup untuk menambah pendapatan keluarganya.

Sementara itu, Pegawai Pertanian Daerah Marang Mohamad Abdullah berkata pada masa ini kira-kira 30 peserta rancangan tembakau di Kampung Alor Ketitir, mengusahakan tanaman sayursayuran sebagai tanaman sampingan.

Beliau berkata pihaknya berharap para peserta yang belum menyertai program itu supaya segera berbuat demikian kerana mereka mempunyai banyak masa sementara menunggu hasil tembakau matang dalam tempoh tiga bulan.

Menurutnya setakat ini kira-kira 20 daripada 96 hektar kawasan tembakau di Kampung Alor Ketitir sudah ditanam dengan sayur-sayuran dan tanaman kontan yang lain. BERNAMA

Kuat bagaikan payung kepada usahawan tani

KUALA LUMPUR: Bukan senang untuk menjadi usahawan tani, tetapi kalau ia diusahakan dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti kegagalan ia pasti membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Masalah seperti mendapatkan tanah hinggalah soal pembungkusan, pemasaran dan modal adalah antara yang lumrah dihadapi usahawan tani sebelum mereka boleh dikategorikan sebagai usahawan tani yang berjaya.

Dalam mereka bergelumang dengan kemelut yang tiada kesudahan itu, sebuah kelab dikenali Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT) ditubuhkan dengan hasrat menjadi enjin penjana yang penting bagi menjuruskan ahli ke arah usahawan tani berteknologi, sekaligus mencapai matlamat kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian.

Ditubuhkan pada 29 Nov 2002 hasil cetusan bekas Menteri Pertanian Datuk Mohd Effendi Norwawi, ia melibatkan peladang, penternak, nelayan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKs) tani dan disokong oleh agensi kerajaan di bawah naungan Kementerian Pertanian terutama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

“Kita tubuhkan KUAT, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), untuk mengumpul dan menggabung usahawan tani yang berdaya maju termasuk peladang jaya supaya mereka ada satu tempat jaringan untuk bantumembantu,” kata Setiausaha KUAT Aminuddin Mohamad.

Penggabungan ini membolehkan ahli membina jaringan pasaran dan maklumat, mempunyai wakil persidangan dalam dan luar negeri, merangsang keupayaan pertumbuhan perniagaan, meluaskan skop pasaran, meningkat dan mempelbagaikan barangan proses.

Kini ada 100 ahli, yang turut bertindak sebagai mentor dalam sektor pertanian negara, katanya.

PEMANGKIN INDUSTRI

Sebagai sebuah kelab yang bakal menyatu dan memperkasakan tenaga usahawan tani ke arah transformasi teknologi pertanian negara, KUAT diyakini akan menjadi pemangkin bagi pertumbuhan dan perkembangan industri melalui perhubungan yang erat antara usahawan dengan Kementerian Pertanian dan agensiagensi yang berkaitan.

Untuk memperbesar dan mengembangkan sektor pertanian, penternakan, perikanan atau pemprosesan bermakna pengeluaran perlu dilakukan secara skala besar.

Oleh itu KUAT mempunyai pelbagai program untuk membantu sektor pertanian berkembang selain mencapai kapasiti pengeluaran maksimum yang antaranya program mentormentee, “Agro Challenge”, pemasaran bersepadu (penjenamaan, promosi, sektor pengedaran), program pembungkusan, program pemindahan teknologi, program kesedaran seperti kempen makanan organik, makan ikan air tawar, pemindahan bioteknologi.

“Bagi KUAT, untuk memajukan usahawan tani dengan efektif diwujudkan program mentormentee dengan usahawan tani yang berjaya bertindak sebagai mentor”, kata Aminuddin.

“Kerana dia tahu industri berkenaan, masalahnya, ada pengalaman dan berjaya, bolehlah menjadi mentor dengan satu konsep menduplikasikan kejayaan mereka kepada bakal mentee dan dengan sendiri industri itu akan berkembang,” katanya.

Sesuatu bidang itu juga boleh diagihagihkan di bawah program mentormentee, contohnya projek lembu ‘feedlot’ yang mana seorang khusus menternak dan yang lain menyediakan makanan lembu, rumah penyembelihan, memproses daging lembu menjadi bebola, pemasaran dan perniagaan sup lembu, yang semuanya di bawah satu payung dengan satu mentor.

Beliau mengakui bahawa melalui program mentormentee ini banyak kesilapan lalu dapat dikurangkan apabila dibimbing oleh mentor yang melalui banyak kegagalan dan kesilapan sebelum berjaya.

PEMINDAHAN TEKNOLOGI

KUAT bermatlamat membantu usaha pemindahan teknologi bagi peningkatan keupayaan usahawan tani menghadapi era globalisasi.

Aminuddin berkata, di bawah program pemindahan teknologi, petani masih mampu meraih pulangan yang baik walaupun mempunyai tanah yang kecil dengan penggunaan baka dan benih yang baik, ternak lembu ‘feedlot’ dan ternak ikan dalam sangkar atau secara kondominium seperti di Thailand.

“Kita boleh dedahkan kesedaran mengenai bioteknologi di kalangan usahawan tani seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

“Bioteknologi bermula dari benih hingga peringkat pemprosesan. Nilai barangan selepas melalui bioteknologi juga lebih, contohnya telur omega atau keli omega. Baru orang sanggup bayar lebih sebab ada nilai tambah kepada produk dari segi kesihatan,” katanya.

Untuk mempercepatkan pemindahan teknologi dalam bidang pertanian ia memerlukan penglibatan siswazah lulusan teknologi pemakanan, industri kimia dan jurutera kimia, tambah beliau.

FORUM UNTUK TIMBA ILMU

KUAT berperanan mewakili kepentingan industri pertanian dalam forum dan dialog dengan pihak yang berkaitan di samping mewujud dan mencari peluang untuk perkembangan industri pertanian melalui misi perdagangan dan sesi pertemuan.

“Kita juga mengadakan seminar, kursus, bengkel untuk tujuan mencapai pemindahan teknologi agar usahawan boleh menimba ilmu atau formula hasil penyelidikan para saintis tempatan”, kata Aminuddin.

Beliau mengakui bahawa walaupun sekarang banyak penyelidikan dibuat tetapi tiada pengendalinya sebab kadangkadang usahawan tani tidak mengetahui mengenainya.

Jadi kelab sebagai “penemu jodoh” antara saintis dan usahawan tani berharap dengan adanya program berkenaan keduadua pihak dapat menambah nilai produk sedia ada atau mewujudkan beberapa produk yang tertinggal.

Sememangnya KUAT berperanan menghebah dan menyalurkan maklumat kepada usahawan tani mengenai perkembangan terkini dalam pasaran yang semakin mencabar di samping perubahanperubahan infrastruktur agar usahawan tani bukan hanya dapat bertahan malah merebut peluang yang sedia ada, jelas beliau.

TABUNGAN YANG TINGGI UNTUK PEMASARAN

“Apabila mahu dilancar program mentormentee, kita nampak isu yang kritikal kepada usahawan tani ialah pemasaran”, kata Aminuddin.

Sememangnya bantuan tidak boleh disalurkan kepada individu tetapi boleh diadakan program semacam payung seperti pelancaran satu jenama barubaru ini iaitu “Mr Famos” bagi pasaran seluruh negara dan global di bawah konsortium Usahawan Kuat Sdn Bhd.

“Masalah pada orang kita bila cerita pasal pemasaran mereka tidak ada tabung untuk promosi dan pengedaran. Di bawah kelab ini dengan dibantu oleh LPP para usahawan boleh bantu membantu dalam pemasaran”, katanya.

Beliau turut berkata jaringan dan pemasaran adalah amat penting kerana ada pihakpihak yang tidak ada barang sekalipun boleh memegang pemasaran kerana mempunyai orang perhubungan perniagaan.

Contohnya Singapura membeli barang dari rantau ini seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Malaysia, tetapi ia bertindak sebagai pedagang dan boleh melabelkan buah laici dalam tin dari Singapura.

Di sini KUAT boleh bantu pembekal yang terdiri daripada peladang untuk mencapai tahap Amalan Pengilangan Baik (GMP), yang membolehkan mereka mendapat sijil halal.

MASALAH DI TAKUK LAMA

Persoalan mengenai modal, pemasaran, pembungkusan dan penghasilan dalam sektor pertanian kalau dilihat setakat ini, kata Aminuddin, perkembangannya masih di takuk lama dan kalau adapun perubahan ianya dari segi pembungkusan.

Dalam hubungan ini, KUAT membantu meningkatkan standard pembungkusan dengan mewujudkan satu jenama bagi memudahkan penyediaan satu pusat pembungkusan selain menjaga kualiti.

Apabila terdapat usahawan yang tidak mampu membeli mesin mereka boleh menghasilkan bahan mentah dalam jumlah banyak dan kelab akan bantu dalam pembungkusan, katanya.

Misalnya, di bawah jenama “Mr Famos” pusat pembungkusan diadakan di Bandar Tun Razak yang berdekatan dengan pusat bandar bagi memudahkan pemasaran, pengangkutan dan pengedaran.

“Bila dah bantu dengan pembungkusan kita usahakan dengan promosi dan rangkaian pengedaran. Ini yang mahal, secara individu mereka tidak mampu, kadangkadang dia tidak ada senarai produk, kos akan dikongsi bersama apabila dibuat secara kumpulan… barulah menguntungkan”, katanya lagi.

Pemasaran yang melibatkan pelbagai saluran antaranya melalui pasar, borong, jualan langsung, kedai katalog, eksport dan internet perlu diterokai dan mempunyai rangkaian yang baik… bukan setakat rangkaian produk malahan promosi kerana tanpanya produk tidak boleh jalan, jadi rugi, promosi pun mesti ada strategi dan banyak modal”, katanya.

PERSAINGAN

Mengenai persaingan dengan jenama makanan seperti Agro Mas (LPP) dan Fish Best (Jabatan Perikanan), Aminuddin berkata, walaupun nampak seperti bertindih tetapi ia merupakan satu persaingan yang sihat kerana pengguna ada pilihan dalam kuasa membeli dan tidak wujud suasana monopoli.

Dari situ usahawan tani secara tidak langsung akan bekerja kuat untuk memberi kepuasan dan manfaat kepada pengguna dan kumpulan sasaran.

Usahawan tani juga boleh memasarkan produk melalui banyak saluran dan di bawah pelbagai jenama seperti Mr Famos, Agro Mas, Iwani’s, Fish Best.

“Mereka boleh pilih mana satu mereka mahu dan yang terbaik. Inilah antara cara kita boleh bantu industri tani. Kalau kita letak semuanya dalam satu bakul bila bakul itu koyak habislah yang lainlain… mati,” katanya.

MENJANGKAU PERINGKAT ANTARABANGSA

Sudah ada ahli KUAT yang pengeluaran mereka telah memasuki pasaran antarabangsa, sama ada melalui FAMA atau usaha sendiri.

Antara produk yang dipasarkan ke peringkat antarabangsa ialah jus buah-buahan, makanan ringan, produk bakeri, pastri melalui jaringan atau rombongan dagang yang dianjurkan oleh pelbagai agensi termasuk FAMA. Antaranya ke Dubai, Afrika Selatan, China dan Hong Kong. BERNAMA

Promosi minyak kelapa dara di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Minyak Kelapa Dara mendapat tempat pada persidangan Dewan Rakyat hari ini apabila Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim mengambil kesempatan mempromosikan produk itu yang dikatakan mempunyai banyak khasiat terutama untuk kulit.

Beliau berkata minyak yang kini hangat diperkatakan itu mempunyai pelbagai kegunaan dalam bidang farmaseutikal untuk rawatan penyakit kulit, industri, kesihatan dan sebagai bahan asas penjagaan diri.

“… Saya ada bawa krimnya dan kalau yang berhormat berminat boleh jumpa saya di luar dewan… guna dulu sendiri yang berhormat, lepas tu kita boleh berkongsilah dari segi khasiat-khasiat krim yang diolah dari kelapa ini,” katanya menjawab soalan Datuk Tengku Putera Tengku Awang (BN-Hulu Terengganu) di Parlimen.

Beliau berkata Minyak Kelapa Dara yang ada di negara ini jernih jika dibandingkan dengan minyak yang dikeluarkan di Filipina dan Indonesia yang mempunyai warna kekuningan.

“Saya baru dapat maklumat, yang kita telah dapat keluarkan melalui teknologi yang terkini, ia putih macam air, jernih. Jadi kita sekarang ada ‘niche’ yang boleh digunakan untuk mengolah pelbagai lagi produk yang berkualiti tinggi.

“Sebab itulah ia juga boleh digunakan dalam pemakanan,” katanya.

Terdahulu, Rohani berkata Mardi telah menjalankan kajian mendalam penghasilan produk Minyak Kelapa Dara dengan menggunakan kaedah bioteknologi.

Jabatan Pertanian juga telah memulakan projek perintis untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara di empat kawasan iaitu Rengit (Johor), Sungai Air Tawar (Selangor), Bagan Datoh (Perak) dan Pekan (Pahang), katanya.

Beliau berkata setiap kawasan melibatkan 20 hingga 30 orang peserta dengan setiap peserta dibekalkan peralatan untuk pemprosesan.

“Bagi setiap kawasan, satu pusat pengumpulan untuk tujuan pemprosesan lanjutan akan turut diwujudkan,” katanya. BERNAMA

Abdul Razak labur RM10,000 ternak lembu

BATU PAHAT 12 Mac – Menyedari bidang penternakan mempunyai masa depan yang cerah, Abdul Razak Abdul Rahman membuat pelaburan dalam bidang penternakan lembu sebagai persiapan apabila bersara nanti.

Abdul Razak, 52, merupakan seorang guru Sains Pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penghulu Saad Parit Sulong di sini, yakin pelaburannya akan membuahkan hasil pada masa depan.

”Untuk tujuan itu, buat permulaan saya telah melabur sebanyak RM10,000 dalam bidang penternakan dengan membeli 12 ekor lembu sejak lima bulan lalu dan akan ditambah 10 ekor lembu lagi pada masa terdekat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bekas graduan Bidang Pertanian di UPM itu berkata, segala ilmu yang diperolehi akan dikongsi bersama mereka yang berminat dalam bidang penternakan.

”Saya berhasrat untuk memberi motivasi pada orang kampung saya khususnya yang berminat dan orang perseorangan tentang bidang penternakan ini yang merupakan satu perniagaan,” jelasnya yang menetap di Kampung Parit Tengah, Mukim 7, Yong Peng.

Abdul Razak berkata, sekiranya tumpuan diberikan secara serius dan memastikan ternakan sentiasa berada dalam keadaan baik, ternakannya akan memberi pulangan lumayan.

Beliau yang menyelia Biro Ekonomi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kampungnya, yakin pelaburannya dalam bidang ternakan ini tidak akan mengecewakan.

”Pendapatan dalam bidang ini amat lumayan. Misalnya, harga lembu semakin hari semakin naik dan anak lembu kini boleh dijual dengan harga antara RM1,000 ke RM3,000 setiap seekor bergantung kepada usianya,” katanya.

Abdul Razak beruntung kerana dibantu oleh anak dan menantunya yang juga berminat dalam bidang penternakan walaupun masing-masing mempunyai pekerjaan tetap.

Menurutnya, beliau akan meluangkan masa untuk melihat lembu-lembu ternakannya setiap kali selesai waktu persekolahan sementara menantunya, Rafidah Abdul Rahman, 21, menjadi pembantunya sepenuh masa.