Ternak arnab untuk daging dan perlancongan

Bagi menyahut seruan kerajaan, sejak tiga dekad lalau, David K.K Wong memulakan penternakan arnab bagi memenuhi permintaan daging arnab untuk pasaran tempatan dan eksport. Arnab merupakan haiwan yang mudah diternak dan cepat membiak, selain mampu menjadi sumber membekalkan daging dengan kandunga protien dan mineral tinggi dengan kalestrol dan lemak yang rendah.

Bermula denga hanya beberapa ratus ekor, David, mengusahakan ternakan tersebut di sebidang tanah seluas setengah hektar di Semenyih, Selangor dan kini jumlahnya meningkat kepada lebih 30,000 ekor arnab pelbagai jenis.

David mendapat bekalan arnab daripada Australian Malaysia Livestock Trading (AMLT), sebuah syarikat usahasama bagi mempromosi ternakan arnab ketika itu.

Semua haiwan berkenaan diimport samada dari Australia, Perancis, Itali, Amerika Syarikat dan New Zealand. Bagi melancarkan perjalanan operasi ladangnya, David membuka East Asia Rabbit Corporation (EARC) sebagai sebuah ladang integrasi arnab di negara ini mempunyai dua buah ladang di Semenyih dan Broga, Selangor yang menempatkan lebih 30,000 arnab.

Selaku Pengarah Urusan EARC, David berkata, syarikatnya banyak melibatkan diri dalam membiakbaka, menternak serta membekalkan daging arnab ke seluruh negara. ” Kajian menunjukkan daging arnab berkualiti kerana mengandungi protien dan mineral yang tinggi dan lemak serta kalestrol yang rendah. Malah arnab yang di ternak di EARC bukan saja berkualiti malah selamat kerana lebih semulajadi dan bebas daripada pelbagai jenis vaksin yang biasa digunakan bagi membasmi penyakit ternakan,” katanya yang menyerahkan perjalanan operasi ternakan kepada anaknya, Jerry Wong Jun Wei.

Sehingga kini EARC, kata David, membekal dan menjadi pengedar daging arnab kepada industri tempatan seperti hotel, pasaraya dan restoran. Selain untuk pengeluaran daging, EARC juga membuka ladangnya kepada orang ramai setiap hujung minggu – sabtu, Ahad serta cuti umum, sebagai satu usaha menjana industri perlancongan.

Ditanya mengapa hanya dibuka dua kali seminggu, sebagai Pengurus Produksi, Jerry menjawab, apabila kakitangan telah ditambah, pihaknya bercadang menambah bilangan hari lawatan.

Dinamakan Rabbit Fun Land kawasan ini sesuai bagi lawatan sambil belajar dengan keluarga yang mempunyai anak-anak yang bersekolah. Kawasan yang terletak di Broga, Semenyih mudah duhubungkan bagi mereka yang tinggal samada di Kuala Lumpur, Kajang, Nilai dan Seremban. Rabbit Fun Land sesuai sebagai satu kawasan persinggahan semasa dalam perjalanan dihujung minggu bagi seisi keluarga atau bagi pelajar sekolah.

Disini kanak-kanak bukan saja boleh melihat sendiri arnab tetapi memegang dan memberi makanan kerana mereka akan mendapat satu paket makanan arnab dengan pembelian tiket masuk. Kanak-kanak juga boleh bergambar dengan pelbagai jenis arnab seperti Angoras, White Dwarfs, New Zealand White dan Lion Heads.

Jerry menambah bagi pengunjung dalam satu kumpulan, seorang pemandu pelancong disediakan bagi memberikan pelbagai maklumat mengenai arnab. ” Pengunjung terutama kanak-kanak akan didedahkan dengan pengurusan arnab seperti kelahiran, penyusuan dan penjagaan arnab dewasa,” katanya. Selain itu terdapat juga zon penting yang mana arnab akan dilepaskan bebabs dan dibiarkan bermanja dengan pengunjung.

Sosej Arnab

Disana juga pengunjung dihidangkan dengan sosej arnab yang diproses di kilang makanan sejuk beku Saudi. Rabbit Fun Land bukan saja menepatkan arnab tetapi juga kuda padi, kambing serta pelbagai pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis dan mangga. “Pengunjung boleh mencuba pelbagai buah-buahan apabila tiba musimnya,” kata Jerry lagi.

Ia bukan saja sebagai kawasan percutian keluarga tetapi juga majlis penyendirian dan majlis hari jadi. Apa yang lebih menarik pihak pengurusan Rabbit Fun Land tidak menggunakan baja kimia dalam usaha mengekalkan tanaman tetapi hanya menggunakan najis arnab. Jerry berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah dengan baja untuk tanaman kerana baja organik yang dihasilkan oleh ladang arnab sudah mencukupi.

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut sama ada mengenai ternakan arnab atau mengunjungi Rabbit Fun Land bolehlah menghubungi 03-9173 3228 atau email: enquiry@earcsb.com atau layari laman web www.earcsb.com

 

contoh Reban arnab yg simple & praktikal.

 

27 thoughts on “Ternak arnab untuk daging dan perlancongan

  1. slamt sejahtera.

    saya inginkan sebuah reban yang besar untuk diletak didepan rumah,jadi di mana saya boleh membeli reban seperti yang disiarkan di web anda dan berapakah kos untuk memiliki reban sebegitu?

  2. boleh ke arnab d ternak scara lepas bebas, maksudnya d ternak d atas tanah d kelilingi oleh jaring bpagar seluas 50m x 50m….ini kerana kws rmah sy terdapat batuan yg membentuk sperti lantai…from final student of biotechnology…

  3. xde masalah zikri…cume risiko byk la.dari segi pembiakan mmg xde masalh,tapi ancaman luar la..ramai binatang2 lain yg suka mkn arnab ni..bkn manusia jer…Lagipun susah la nk manage..Nak tangkap tgk sihat x,bunting ke tak,mcm2 la…Panjang kate x sesuai la

  4. Saya penternak arnab secara comersial di malaysia. sila hubungi saya untuk nasihat dan info tentang penternakan arnab di 012 312 0702

  5. sesiapa ade arnab daging baka arnab mcam mr. david. call sy 019 3829637.sy perlu 100 induk betina n 20 induk jantan

  6. salam..saya nak tahu kalau bela arnab ditanah bukankah akan senang dapat penyakit kutu, kurap, etc..jadi kalau dah banyak arnab macam mana nak pantau keadaan arnab-arnab ini…
    Terima kasih

  7. saya ada stock daging arnab utk dijual sesiapa yg ingin membeli sila hubungi saya . Untuk monthly basis pun bekalan mencukupi.
    MARKET PRICE RM38.00 SEKILO DAN MASIH BOLEH DIRUNDING.

    0122192237
    0196680178

  8. salam..
    saye liyana..
    i want 2 sell of of my bunny,do u interested??
    skrg nie, saye da ade lebi kurg 70 eko arnab,baka tempatan..sesuai tuk wat arnab daging..harga RM 25/kilo..harap pihak en, dpt respon msg ini. terime kasih 🙂

    pape hal leh email saye
    tpolz_cencergurl@yahoo.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s